Ustaz Ismail Kamus meninggal??????

>> Friday, August 28


Ustaz Ismail Kamus

Semalam waktu di Hospital, ketika selesai mendengar ceramah dan pelancaran tabung Palestin oleh Ustaz Nazri dari Aman Palestin, saya mendapat kiriman sms

Alfatihah untuk Ismail Kamus yang baru menemui Allah sebentar tadi, satu kehilangan besar buat agama dan negara, Semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya, tolong forward sama sama

"Innalillahi wa inna Ilaihi Rajiun" spontan saya mengucapkannya, disamping mengingatkan hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi

إِنَّ الله لا يَقْبضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزعُهُ مِنَ الْعِبَادِ ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقِبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّ إذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤوسَاً جُهَّالاً ، فَسُئِلُوا ، فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْم ، فَضَلُّوا وأَضَلُّوا

"Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan menariknya daripada hamba-hambaNya, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ‘ulama (orang-orang ‘alim) sehingga jika tidak ada lagi seorang ‘alim pun maka manusia akan mengangkat Juhalaa’ (orang-orang jahil) sebagai pemimpin mereka. Lalu (jika) mereka ditanya, maka merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, (akhirnya) mereka sesat dan menyesatkan orang lain. (Muttafaqun alaih)

Baru saja Ustaz Asri kemudiannya Ustaz Ismail Kamus.

Saya pun menyampaikannya kepada Ayah mertua saya, orang yang paling hampir dengan saya ketika itu, kebetulan saya tengah memandu dan dia di sebelah, reaksinya agak terkejut.

"Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun"..katanya.

Balik ke rumah, langsung saya melayari internet untuk mencari berita kematiannya... Hasilnya...tiada..

Yang ada cuma berita kematian Prof Dato' Dr Ismail Saleh, seorang pakar ekonomi yang meninggal semasa dalam penerbangan
dari China ke Singapura akibat serangan jantung, dan selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Sungai Kantan, Kajang, tidak jauh dari rumah keluarga saya.

Jadi, Ustaz Ismail Kamus meninggal ke tak?..saya bertanya sendirian.

Rupa rupanya tidak, ada dilaporkan juga dalam utusan tentang penafian sms kematian Ustaz Ismail Kamus..boleh klik link di bawah untuk bacaan lanjut


Pegajarannya, jangan mudah menyebarkan sesuatu berita yang belum pasti akan kebenarannya. Dan untuk itu Rasulullah SAW mengingatkan

Cukuplah bagi sesorang itu disebut pembohong, jika ia membicarakan setiap apa yang ia dengar (HR Muslim)

Wallahua'lam..sekadar perkongsian dan makluman bagi yang belum tahu.

Abu Ridho


teruskan membaca...

Respon terhadap doa H1N1 (JAIS)

>> Sunday, August 23


Berikut adalah doa yang tersebar di seluruh Malaysia, konon doanya untuk melindungi diri dari H1N1. Semalam, sebelum memulakan solat Isyak di salah sebuah surau di Unimas, risalah doa ini disebarkan kepada orang ramai, tak terkecuali saya.

Depannya dikepilkan dengan gambar gambar Habib dan beberapa artikel tentang kelebihan selawat dan di muka surat akhirnya, diselitkan doa berikut. Doa untuk selamat dari H1N1.

Ada bagiku lima dengannya, aku memadamkan penyakit berjangkit, mereka itu ialah nabi yang terpilih, Ali yang diredahi, Fatimah dan kedua anak mereka Hasan dan Husain

Sungguh, saya tidak dapat memahami maksud akan doa itu bila saya membacanya.

ada bagiku lima?, bagi siapa?, lima apa?,

saya masih tak dapat memahaminya, apatah lagi nak berdoa dengannya, sesuatu yang saya tak faham..

Bila diamati teks arabnya, saya mula faham, rupanya doa ini minta diselamatkan dari wabak penyakit tetapi melalui perantaraan 'yang lima' itu..

Atau biasa yang dikenali dengan istilah arabnya sebagai tawasul. Tawasul ertinya memohon sesuatu kepada Allah tetapi dengan 'perantara' agar doa mudah dikabulkan. Para Ulamak sepakat boleh bertawasul dengan 3 perkara iaitu

1. Tawasul dengan (Al-Asma'ul Husna) iaitu nama nama Allah atau sifat sifat-NYA, contohnya:

"Ya, Allah aku memohon kepada-Mu, kerana engkau adalah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Ya Allah, Tuhan yang mengampunkan dosa, Ampunkanlah Aku"

2. Tawasul dengan amal salih yang dilakukan oleh orang yang berdoa itu sendiri, contohnya:

"Ya Allah, dengan keimananku kepada-Mu, dengan kecintaanku kepada-Mu, dan ketaatanku kepada-Mu, ampunilah aku"

Di dalam Al Quran ada dinyatakan ciri ciri Muttaqin

" Iaitu orang orang yang berdoa, ' Ya Rabbi, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka (Ali-Imran 3:16)"

3. Tawasul dengan doa orang yang salih

Meminta doa kepada orang salih agar dia berdoa kepada Allah untuk memenuhi sesuatu hajat. Pernah Umar Al-Khatab meminta kepada Abbas bin Abdul Mutalib agar berdoa diturunkan hujan ketika musim kemarau, lalu Allah menurunkan hujan (HR Bukhari).

Saya rasa cukup perbahasan tentang tawasul disini walaupun masih ada lagi cara cara tawasul lain yang masih diperbincangkan dikalangan ulamak akan kebolehannnya untuk diamalkan.

Dan dalam doa yang diedarkan tersebut, mereka bertawasul dengan ahlu bait dan ini membuatkan saya jadi khuatir,

"barangkali ini propaganda Syiah".. bisik saya dalam hati. Wallahua'lam, saya hanya menduga.

Saya jadi hairan kerana saya yakin orang yang mengedarkan risalah tersebut pun tidak memahami kandungan makna dari doa tersebut, tapi mungkin kerana sudah menjadi sikap orang Melayu, suka jadi 'pak turut', dan tak mahu mengkaji, (maaf kalau terkasar bahasa). Dan sebab itu kenapa Allah Taala memperingatkan di dalam Al Quran

لاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

Dan janganlah kamu mengikuti apa apa yang kamu tiada pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya, pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya akan diminta pertanggungan jawabnya (Al Isra' 17: 36)

Kemudiannya, saya menelefon nombor yang tertera di kertas doa tersebut, tak dapat dihubungi, voice mail. Saya cuba surf laman web JAIS, namun tiada apa apa berita mengenai doa tersebut, sehinggalah saya menemui berita utusan di bawah. Berita tentang penafian JAIS mengedar risalah doa tersebut, dan JAIS meminta kepada semua yang mendapat doa tersebut tidak mengamalkannya. Boleh klik di bawah.


Adalah lebih baik, kita mengamalkan seperti apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya. Baginda s.a.w mengajarkan kepada kita zikir tersebut:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang dengan namaNya, tidak ada suatupun yg dapat memberikan kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

“Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang boleh membahayakan dirinya” (HR Abu Dawud)

Dan zikir ini telah disusun oleh Imam As Syahid Hasan Al Bana dalam himpunan zikirnya yang lebih dikenali dengan Al Mathurat. Selamat beramal.

Sekian, wallhua'lam.

Abu Ridho


teruskan membaca...

Ada apa dengan Ramadhan?

>> Friday, August 21


Hai orang orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (2:183)

Iaitu dalam beberapa hari yang tertentu...(2:184)

Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkan permulaan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan penjelasan mengenai petunjuk petunjuk itu dan pembeda (antara hak dan bathil...(2:185)

Alhamdulillah, Ramadhan yang dinanti bertandang jua, namun sangat dikasihankan kerana masih ramai lagi yang belum mengenali Ramadhan. Pelbagai persoalan yang berlegar legar di 'kepala' masyarakat kita, baik yang mencakup tentang 'erti' Ramadhan dan juga pelbagai masalah Fiqh yang berkaitan dengan puasa dan amal ibadat lain di bulan Ramadhan.

Sebentar tadi, sebelum Isyak, ketika tengah memandu ke surau Cempaka, saya dapat panggilan.

"Assalamualaikum akhie, nak tanya, tau tak kalau solat terawikh nak baca surah ape? maksudnya ada tak ayat ayat khusus nak baca dalam solat tarawikh? kena baca Ad-Duha ke bawah ke macam mana?, Rasulullah baca ape?"

Wallahua'lam, jawapan saya, baca aje surah surah apa pun selagi ianya ayat Al-Quran, tiada surah khusus sebenarnya. Adapun yang kebanyakan masyarakat Melayu baca dari Ad-Duha ke bawah tu mungkin untuk memudahkan Imam dan makmum..wallhua'lam

Rasulullah saw. meneladankan kepada kita, bahwa beliau solat tarawih, di raka’at pertama setelah beliau membaca surat Al-Fatihah, beliau membaca surat Al-Baqarah sampai selesai, para sahabat mengira beliau akan ruku’, namun beliau melanjutkan membaca surat An-Nisa’ sampai selesai, para sahabat kembali mengira beliau akan ruku’, namun kembali beliau membaca surat Ali-Imran sampai selesai, baru beliau ruku’. Sedangkan ruku’, i’tidal dan sujud beliau lamanya seperti beliau berdiri rekaat pertama.

Subhanallah!. Mampukah kita???


Antara persoalan lain yang selalu berlegar legar di fikiran masyarakat:

1. Apa sebenarnya bulan Ramadhan?, yang setahunya cuma bulan ini difardukan puasa, itu saja.
2. Apa kelebihan Ramadhan dibandingkan dengan bulan yang lain?
3. Bila dah sampai Ramadhan, selain puasa nak buat apa?

Saudara pembaca,

Seorang pengembala kerbau pasti akan dapat mengenal kerbaunya walaupun 'wajah' kerbau sebenarnya hampir sama atau memang sama. Dulu, saya hairan bagaimana ayah saya boleh kenal kerbau miliknya tika kerbau itu bersama dengan kawanan kerbau yang lain, rupa memang sama, sangat sama, tapi beliau dapat mengenali kerbaunya dan dapat membawa kerbaunya pulang. Kenapa?, kerana beliau kenal benar dengan kerbaunya.














(gambar hiasan)

Begitulah analoginya, jika seseorang yang kenal dengan Ramadhan, mengetahui nilai Ramadhan dengan baik, insya Allah akan mendapatkan kelebihan bulan Ramadhan samalah seperti pengembala kerbau mendapatkan kerbaunya dek kerana betapa kenalnya dia dengan sifat kerbaunya.

Oleh itu, pena ini cuba menyingkap beberapa persoalan mudah tentang 'Ramadhan' sebagai pengenalan untuk kita mengenali dan kemudian mendapatkan berbagai ganjaran yang dijanjikan di dalamnya.


Apakah kedudukan Ramadhan jika dibandingkan dengan bulan bulan yang lain?

Ramadhan merupakan penghulu segala bulan. Dan di bulan ini juga diturunkan Al Quran dan diwajibkan berpuasa. Bahkan hanya bulan ini disebutkan dalm Al Quran seperti firman-Nya dalam surah Al Baqarah 2:185 (rujuk ayat diatas).

Pada bulan ini jugalah seluruh kitab Allah diturunkan

"Suhuf Ibrahim diturunkan pada malam pertama bulan Ramadhan, Taurat diturunkan pada malam ke enam bulan Ramadhan, Injil diturunkan pada malam ke tiga belas bulan Ramadhan dan Al-Qur’an diturunkan pada malam ke dua puluh empat bulan Ramadhan”. (HR Ahmad)

dan dalam riwayat lain disebutkan:

وَأُنْزِلَ الزَّبُورُ عَلَى دَاوُدَ فِي إِحْدَى عَشْرَةْ لَيْلَةً خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ

“Dan Zabur diturunkan atas nabi Daud pada malam ke sebelas bulan Ramadhan”. (Abu Ya’la)

Pada bulan Ramadhan jugalah umat Islam berjaya mengalahkan musuh dalam perang Badar, perang pertama umat Islam. Fathu Mekah, atau lebih dikenali dengan pembebasan Kota Mekah juga berlaku pada bulan Ramadhan. Pembebasan bumi Palestin oleh Salahuddin Al Ayubi juga berlaku pada bulan Ramadhan. Pemerintahan Islam di Andalus selam 700 tahun juga bermula pada bulan Ramadhan. Peperangan Ain Jalut menewaskan tentera Tatar juga berlaku pada bulan Ramadhan

Allahuakbar!! begitulah kehebatan dan kemuliaan bulan Ramadhan.

Apakah kelebihan bulan Ramadhan dibandingkan dengan bulan yang lain?

a) Penghapus dosa (Mukafarah zunub)

Rasulullah SAW bersabda

Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, menghapus doasa yang dilakukan selama mana dijauhi dosa dosa besar (HR Muslim).

Di dalam hadis yang lain, Rasulullah S.A.W bersabda

Bulan Ramadhan adalah bulan yang Allah SWT fardukan puasa kepada kamu dan aku telah mensunahkan ibadah solat tarawikh, tahajud dan witir padanya, maka barangsiapa berpuasa dan bersolat malam dengan penuh keimanan dan mengaharap Redha Allah, niscaya ia keluar dari dosanya seperti hari dilahirkan oleh ibunya (HR Ibn Khuzaimah)

b) Pada bulan ini, pintu syurga dibuka seluas luasnya, pintu neraka ditutup dan syaithan dibelenggu

Rasulullah SAW bersabda

Sesungguhnya apabila datang Ramadhan maka dibukanya segala pintu syurga, dikunci segala pintu neraka dan dibelenggukan segala syaithan (HR Bukhari Muslim)

Dibelenggu Syaithan???

"Jadi kenapa masih ada yang buat maksiat?, kenapa kes kebejatan moral semakin meningkat? kenapa masih ada kes rogol, sumbang mahram, kes kecurian, zina dan sebagainya?"

Mungkin itu persoalan yang bermain di minda masyarakat kita.

Saudara pembaca,

Sebatang besi kalau dipanaskan dengan kepanasan 500 darjah celcius akan tetap panas walaupun pembakarannya telah dihentikan, bahkan kalau disiram dengan air sejuk sekalipun, besi itu akan tetap mengekalkan kepanasannya. Kenapa?..kerana ia telah di panaskan dengan suhu yang sangat tinggi.

Begitulah, kalau dapat dianalogikan . Dek kerana kekuatan 'tarbiyah' syaithan selama 11 bulan, maka hasil 'tarbiyahnya' tetap berjalan walaupun ianya sudah tiada. Untuk melawannya maka diperlukan tarbiyah yang seumpamanya atau sebenarnya lebih daripadanya. Tarbiyah yang tidak hanya berlangsung ketika Ramadhan sahaja tetapi sepanjang tahun.

Apakah amalan lain yang boleh dilakukan selain puasa?

a) Sahur

Sahur
bukanlah pengganti sarapan pagi, bukan juga penambah makan malam. Namun sahur yang penuh berkah, yang dilakukan diakhir jelang waktu fajar. Di sinilah waktu-waktu yang sangat mahal, doa dikabulkan, permintaan dipenuhi. Sibukkan diri dan keluarga kita dengan mensyukuri nikmat Allah dengan bersama-sama melaksanakan sunnah sahur ini dengan penuh hikmat dan kekeluargaan.

“Sahurlah, karena dalam sahur itu ada keberkahan.” Begitu sabda Rasulullah saw. mengajarkan.

b) Ifthar (buka puasa).

Buka puasa. Sunnah buka puasa itu disegerakan. Ketika dengar kumandang adzan Maghrib, segera lakukan buka puasa. Jangan dirasakn masih kuat, ''Ah!, tunggu dululah, sudah terawikh saja berbuka". Jangan dilakukan demikian kerana itu menyalahi sunnah.

Dengan apa kita ifthar? Sunnahnya dengan ruthab atau kurma muda. Berapa biji? Bilangan ganjil satu atau tiga biji. Kalau tidak ada, seteguk air putih. Itu yang dilakukan Rasulullah saw. bukan dengan memakan aneka hidangan, ragam makanan, bukan. Kalau mau makan besar, sebetulnya dilakukan sesudah solat maghrib atau yang lebih bagus lagi sesudah solat terawikh.

c) Solat tarawikh

Tarawih berasal dari akar kata “raaha-yaruuhu-raahatan-watarwiihatan- yang ertinya rehat, istirehat, santai. Sehingga solat tarawih adalah solat yang dilaksanakan dengan thuma’ninah, santai, khusyu’ dan penuh penghayatan. Jadi, jangan hanya mau cepat habis tarawikh saja, jangan hanya dipilih tempat tempat yang bacaannya pendek pendek dan imamnya pun 'ekspress' saja. Sebetulnya, kita harus berusaha mendapatkan kekhusyukan dalam solat, dan juga berusaha untuk menghayati bacaan dalam solat tarawikh, agar tujuan utama dari solat tarawikh itu dapat dicapai.

d) Tilawatul Quran atau tadarus Al Quran

Tadarus tidak hanya dilakukan di bulan suci ini, juga dilakukan setiap hari di luar Ramadhan, namun pada bulan suci ini tadarus harus lebih dikuatkan, ditambahkan kuantitti dan kualitinya. Setiap malam, Rasulullah saw. bergantian bertadarus dan mengkhatamkan Al-Qur’an dengan malaikat Jibril.

Imam Malik, ketika memasuki bulan suci Ramadhan meninggalkan semua kelas pengajiaanya. Semua ia tinggalkan hanya untuk mengisi waktu Ramadhannya dengan tadarus dan amal ibadat lain.

Imam Asy-Syafi’i, ketika masuk bulan Ramadhan ia mengkhatamkan Al-Qur’an sehari dua kali, sehingga beliau khatam Al-Qur’an 60 kali selama sebulan penuh. Subhanallah!

e) Ith’aamul ifthor. Memberi makan orang yang puasa.

Jangan diremehkan memberi berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, baik langsung maupun lewat masjid. Walau hanya satu butir kurma, satu teguk air, makanan, minuman dan lainnya. Sebab, nilai dan pahalanya sama seperti orang yang diberikan makanan berbuka itu.

f) I'tikaf

Melaksanakan i’tikaf 10 hari akhir Ramadhan. Inilah amalan sunnah muakkadah yang tidak pernah ditinggalkan Rasulullah saw semasa hidupnya. Lebih dari 8 atau 9 kali beliau beri’tikaf di bulan suci ini, bahkan di tahun di mana beliau meninggal, beliau beri’tikaf 20 hari akhir Ramadhan. Beliau membangunkan istri-sitrinya, kerabatnya untuk menghidupkan malam-malam mulia dan mahal ini.

g) Taharri lailatail qadar. Memburu lailatul qadar.

Usia rata-rata umat Muhammad adalah 60 tahun, jika lebih, itu kira-kira bonus dari Allah swt. Namun usia yang relatif pendek itu bisa menyamai nilai dan makna usia umat-umat terdahulu yang bilangan umur mereka ratusan bahkan ribuan tahun. Bagaimana caranya? Ya, dengan cara memburu lailatul qadar, sebab orang yang meraih lailatul qadar dalam kondisi beribadah kepada Allah swt., bererti ia telah berbuat kebaikan sepanjang 1000 bulan atau 84 tahun 3 bulan penuh. Jika kita meraih lailatul qadar sekali, dua kali, tiga kali, dan seterusnya, maka nilai usia dan ibadah kita bisa menyamai umat-umat terdahulu.

Rahasia inilah yang di yaumil akhir kelak, umat Muhammad saw. dibangkitan dari alam kubur terlebih dahulu, dihisab terlebih dahulu, dimasukkan ke surga terlebih dahulu, dan juga dimasukkan ke neraka terlebih dahulu, waliyadzu billah.

“Pada bulan ini ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, siapa yang terhalang dari kebaikannya berarti ia telah benar-benar terhalang dari kebaikan.” (H.R. Ahmad)

h) Melaksanakan umrah

Melaksanakan ibadah umrah dibulan suci Ramadhan, terutama 10 akhir Ramadhan adalah sesuatu yang dituntut (bagi yang berkemapuan). Sebab melaksanakan umrah di bulan suci ini seperti malaksanakan ibadah haji atau ibadah haji bersama Rasulullah saw.

“Umrah di bulan Ramadhan sebanding dengan haji.” Dalam riwayat yang lain: “Sebanding haji bersamaku.” (HR. Bukhari dan Muslim)

i) ZISWAF atau singkatan bagi zakat, infaq, sedekah dan wakaf

ZISWAF adalah merupakan ibadah maaliyah ijtima’iyyah, ibadah yang terkait dengan harta dan berdampak pada manfaat sosial. Mengeluarkan ZISWAF tidak hanya bulan suci Ramadhan, kecuali zakat fitrah yang memang harus dikeluarkan sebelum shalat Idul fitri, sedangkan zakat-zakat yang lain, sedekah dan infaq dilakukan bila bila saja dan di mana saja. Namun dek kerana besarnya kemuliaan pada bulan Ramadhan, adalah lebih baik kita memperbanyakkan mengeluarkan ZISWAF pada bulan ini agar pahala yang diperoleh berlipat kali ganda.

Saya cukupkan sampai sini sahaja, walaupun sebenarnya masih banyak persoalan persoalan yang meniti di bibir masyarakat. Tambahan lagi dengan masalah masalah fiqh berkaitan puasa.

"Bagaimanakah kalau terbangun lewat, azan tengah dikumandangkan tetapi makanan telah siap terhidang, boleh atau tidak makan?"

"Bagaimana kalau saya tidak sempat menqada' puasa yang lepas, nak buat apa?"

"Kalau saya datang haid di hari pertama Ramadhan, bolehkah lagi saya niat puasa sebulan penuh?"

"Solat terawikh ni tengah malam masih boleh ke?"

Begitulah antara persoalan persoalan yang pernah di ajukan pada saya. Dan saya tak bercadang untuk menjwabnya di kesempatan ini, tambahan lagi saya bukanlah ahlinya.

Oleh yang demikian, saya mengajak pembaca sekalian terutama diri saya supaya mendalamkan ilmu ilmu agama, memperluaskan bacaan bacaan ilmiah (jangan cuma baca kartun), dan menghadiri sebarang kuliah atau ceramah yang dianjurkan terutamanya berkenaan dengan Fiqh puasa.

Wallahua'lam

Selamat beramal, mudah mudahan Ramadhan ini menjadi titik perubahan kepada diri kita menjadi insan Muttaqin.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..kehadiranmu memang dinantikan..

Abu Ridho
1 Ramadhan 1430H

Note:

Kebanyakan isi tulisan adalah dari sesi ceramah yang saya ikuti dimana penceramahnya adalah Ustaz Saiful Azhar B. A. Usuluddin, Universiti Al Azhar, Kaherah Mesir dan juga dari beberapa pembacaan saya terutamanya dari tulisan Ustaz Ulis Tafa (http://www.dakwatuna.com/2009/10-pohon-ramadhan/).

teruskan membaca...

Ramadhan bertandang lagi

>> Thursday, August 20

teruskan membaca...

Dedikasi buat Saudara Saudara Ku...

>> Wednesday, August 19


Selesai lah sudah Konvokesyen Unimas ke-13,

Menyimpan berbagai kenangan pahit dan manis buat para graduan yang telah bertungkus lumus belajar.Tahniah buat semua graduan yang telah berjaya menamatkan pelajaran, sungguh ada cabaran yang lebih besar menanti kalian di hadapan.

Untuk saudara saudara saya,

Sejuta tahniah buat kalian yang telah berhempas pulas belajar disamping juga menjalankan dakwah yang diamanahkan. Sungguh tugas ini bukanlah mudah, tetapi kalian berjaya menjalankannya dengan baik.

Pembaca sekalian,

Bayangkan, hampir setiap malam mereka 'berusrah' dan 'halaqah', 'syura' terkadang sehingga jam 2-3 pagi. Tidur hanya 4-5 jam sehari. Jadual kuliah mereka padat setiap hari, pagi ke kuliah, petangnya ke sekolah sekolah menyampaikan 'kuliah'. Andai tidak ke sekolah, pasti akan ke kolej kolej menyampaikan tazkirah, sebagai peringatan buat umat. Tatkala selesai Isyak, mereka berhalaqah sehingga tengah malam.Tika dinihari menerjah, mereka bangun bermunajat, menangis memohon diberi kekutan menggalas amanah berat yang diberikan.

Ketika itu orang hairan melihat mereka 'menyengsarakan' diri dalam kelelahan dan bertanya

"Sampai bila kau akan melelahkan diri seperti ini?"

Maka jawab mereka dengan pasti

"Sungguh kami hanya mengharapkan istirehat di syurga".

Sungguh tiada tujuan lain dari apa yang mereka lakukan melainkan hanya untuk melihat rakan rakan dan 'adik adik' mereka tertarbiyah dengan baik mengejar mardhatillah. Di dalam keperitan dan kesusahan itu mereka ini berjaya menyelesaikan studi on time dan mendapat cgpa yang tinggi.

Sungguh pertolongan Allah sentiasa bersama hambanya.

Wahai orang orang yang beriman, Jika kalian menolong agama Allah niscaya Allah pasti akan menolong kalian (Muhammad 49:7)

Didalam hadis Rasulullah S.A.W bersabda

Peliharalah(agama) Allah niscaya Allah akan memelihara (menjaga dan membantu) kamu, Peliharalah (agama) Allah niscaya kamu akan dapati Allah senitiasa di hadapanmu (bersamamu) ...(HR Tirmidzi)


Untuk itu, saya dedikasikan sejuta tahniah buat saudara saudara saya yang telah bergraduat:

1. Akhie Azrin bin Said
2. Akhie Ghafar bin Mahdi
3. Akhie Amiruddin bin Dahlan
4. Akhie Munaim bin Idrus
5. Akhie Hisyam bin Sabrani (konvo-12)
6. Akhie Alif bin Rahman (konvo-12)
7. Akhie Zainizam Zawawi (konvo-12)
8. Akhie Samsuhairi Said (konvo-12)

Juga buat akhawat

1. Ukhtie Zatil Ilyani binti Mohd Arip (konvo-12)
2. Ukhtie Diana Rasani (konvo-12)
3. Ukhtie Norhayati binti Ismail


Untuk saudara saudara saya. Kalian adalah generasi baru harapan umat, generasi baru yang akan bangun menggalas 'beban' umat, kerana kalian sudah terbiasa menanggung 'beban'. Sungguh cabaran yang lebih besar menanti kalian selepas ini.


Saudaraku,

Orang yang gagal dalam perencanaan, maka ia telah merencanakan kegagalan. Seorang yang hendak melakukan perjalanan dan bakal menetap beberapa hari ditempat yang hendak dikunjunginya, pasti mempersiapkan bekal untuk perjalanannya agar pada saatnya nanti ia tidak menemui kendala.

Oleh itu wahai akhie wa ukhtie, persiapkanlah bekal kalian secukupnya, bentengkanlah diri kalian dengan benteng keimanan, bajailah jiwa kalian dengan cinta Ilahi..mudahan mudahan Redha Allah menanti kalian.

"Dan berbekallah, sungguh sebaik baik bekal adalah takwa. Dan bertakwalah kepada-Ku hai orang orang yang berakal" (Al Baqarah 2:197)

Abu Ridho
3.20 a.m


Note:

Halaqah: secara bahasanya bermaksud lingkaran, selalunya disertai oleh 5-10 orang dan berlaku perbincangan. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai hal umat Islam semasa, tadabbur ayat Al Quran, tazkirah hadis, ilmu ilmu Islam dan terkadang menyentuh masalah maslah study, peribadi dan dakwah.Halaqah ini berfungsi untuk menyelesaikan masalah masalah setiap anggota seperti masalah peribadi, masalah dakwah, masalah family dan juga masalah study.

Usrah: Fungsinya lebih kurang sama seperti halaqah
Syura: Mesyuarat
Tazkirah: Seperti ceramah tapi lebih ringkas dan padat
Ikhwah: Saudara lelaki
Akhawat: Saudara perempuan

teruskan membaca...

Thesis ku!

>> Sunday, August 16

Sudah lama saya tak update thesis master saya kerana tiada kesempatan masa.

Eh, betul ke tiada masa atau tak pandai mencari masa!!!
Wallahua'lam

Mudah mudahan Allah beri kekuatan kepada saya untuk menyelesaikan thesis ini.

Pengajaran yang saya dapat adalah jangan berhenti bila sudah melangkah, once berhenti terasa perit untuk memulainya semula. Jadi terpaksala cari momentum baru untuk mulakannya semula..

Teringat saya pada pesan 'murabbi' saya dulu

"dakwah ini kena diteruskan walaupun dengan merangkak, once berhenti, susah untuk mulakannya semula. Malas malas macam mana pun, cuba juga untuk buat benda simple, contoh sms nasihat, bagi tazkirah ringkas ka atau apa apa ja"..

Begitulah seingat saya tentang nasihatnya,

Maha benar lah firman Allah

Wahai orang orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar (dakwah), niscaya Allah memperbaiki bagimu amal amal mu dan mengampunkan dosa dosa mu...(33:70,71)

Apa pengajaran ayat ini?

Berusahalah! berdakwahlah!
walau seteruk mana kamu pasti Allah akan memperbaiki amalmu dan mengampunkan dosa mu..

Jadi jangan 'give up'..kerana Allah bersama kita selagi masih ada sekelumit usaha dari kita..

Wallahu a'lam

teruskan membaca...

3 prinsip utama dari Surah An-Nahl ayat 90


Pag tadi saya diminta untuk menyampaikan tadaabur Al Quran di salah satu acara 'mabit' @ biasa dikenali dengan program qiamullail.

Siri tadabbur ini berlangsung selepas solat Subuh. Agak mencabar jugak, sebab selalunya kalau selepas Subuh, audience akan mengantuk..tapi tadi, alhamdulilah dari awal hingga akhir tadabbur saya, tiada yang tidur..

Saya memetik ayat dari Surah An-Nahl ayat ke 90.

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat ihsan, serta memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran” (An-Nahl: 90)

Ayat ini kebetulan baru dibahaskan oleh salah seorang ikhwah dalam usrah yang saya ikuti. Ayat ini juga ada dibahaskan oleh Dr. Atabiq Luthfi dari laman http://www.dakwatuna.com/2009/tiga-pondasi-umat/. Silalah melayarinya kalau berkesempatan.

Ayat ini juga seringkali kedengaran pada setiap kali khutbah jumaat.

Lalu apa istimewanya ayat ini?

Abdullah Ibn Masu'd pernah sampai menyimpulkan bahawa ayat ini adalah ayat yang paling komprehensif ( paling luas cakupannya ) didalam Al Quran tentang kebaikan yang harus dilakukan dan keburukan yang harus di jauhi.

Redaksi ayat ini juga bersifat umum kerana perintah Allah (Ya'muru) bersifat umum, tidak ditujukan kepada sasaran tertentu sahaja seperti (ya'murukum). Jadi apa ertinya?

Ertinya, kita harus fahami ayat ini dengan ayat universal yang mencakup seluruh Hamba Allah tanpa di batasi dengan fanatisme golongan, ideologi, suku, bangsa dan sebagainya.

Menurut Ibnu Abbas, ayat ini turun ketika Usman bin Madhu'n tengah berada bersama Rasulullah.

Keterangannya panjang, namun saya ringkaskan, kemudian Rasulullah pun membacakan ayat ini kepada beliau.

Dalam riwayat Al Qurthubi, setelah kejadian ini, Usman bin Madhu'n pun tanpa lengah lagi dan bersemangatnya terus membacakan ayat ini kepada seorang penyair tekenal ketika itu Al Walid bin Mughirah. Begitulah kesungguhan para sahabat dalam menyampaikan dakwah. Tanpa lengah, tanpa ragu, terus berusaha untuk menyebarkan ayat Allah. Lalu di mana usaha kita?...

Dan apa kata si penyair itu?

Demi Allah, Al Quran ini mempunyai kelazatan dan keindahan. Diatasnya berbuah dan dibawahnya berakar. Dan ini bukanlah kejadian manusia.

Subhanallah, teringat pula buku yang saya pernah baca karangan Yusof Qardhawi, "Bagaimana berinteraksi dengan Al Quran".

Kata Yusof Qardhawi, Al Quran ini kalau ditemukan ditengah padang pasir, pasti orang yang menjumpainya akan berkata ' ini bukan ciptaan manusia" dek kerana keunikan bahasanya.

Kembali kepada ayat tadi...

Berdasarkan kepada kandungan ayat tadi, terdapat tiga prinsip yang ditawarkan Al Quran dalam membangun dan menata sesebuah masyrakat .

1. Prinsip keadilan
2.Prinsip Ihsan
3. Prinsip takaful (yang dicontohkan dengan memberikan kepada kaum kerabat)

Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, Ihsan, kalau didifinesikan secara umum adalah berbuat baik dalam segala hal, dan takaful ialah prinsip saling tolong menolong .

Ibnu Katsir mengomentari bahwa dalam ayat ini Allah memerintahkan semua hamba-hambaNya agar menjunjung tinggi nilai keadilan dan keseimbangan dalam semua urusan dan selanjutnya menganjurkan bersikap ihsan dalam setiap perbuatan. Ya..berbuat Ihsan dalam semua perbuatan..

Didalam satu hadis

“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan (atas kita) berbuat baik (Ihsan) kepada segala sesuatu. Oleh karena itu, apabila kamu hendak membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang baik; dan apabila kamu hendak menyembelih, maka sembelihlah dengan cara yang baik pula, dan hendaklah seorang di antara kamu mengasah (menajamkan) parangnya lalu percepatlah (jalannya pisau ketika menyembelih) binatang sembelihannya!” (HR Muslim)

Hendak membunuh pun kena Ihsan, tidak dibenarkan menyeksa sebelum membunuh seperti dalam peperangan. Hendak sembelih juga perlu Ihsan, perlu tajamkan pisau dan tidak menyembelih dihadapan sembelihan lain, khuatir kalau binatang lain yang melihat akan sembelihan itu takut..

Pernah kawan saya beritahu, pada Hari Raya Aidil Adha tahun lepas, diadakanlah acara sembelihan di salah sebuah Fakulti di Unimas.

Yang menyedihkan, sembelihan itu dilakukan dihadapan lembu yang belum disembelih. Apa lagi, terkencing la lembu yang belum disembelih itu, mungkin dek kerana takut melihat darah yang terpancut dari 'rakannnya'..Lembu itu pun melarikan diri dan terpaksa lah mereka menangkapnya semula..

Itulah sifat Ihsan, bukan sahaja perlu diaplikasikan dikalangan manusia, malah binatang sekalipun..

Sikap takaful, secara mudahnya dapat diertikan dengan sikap tolong menolong (taa'wun) walaupun sebenarnya sikap takaful ini lebih tinggi derjatnya dari taa'wun..

Dalam surah Al Hasyr (59) ayat ke 9, diceritakan bagaimana sikap para sahabat 'Ansar' dalam memberikan pertolongan kepada kaum muhajirin. Mereka memlebihkan kaum muhajirin dari mereka sendiri walaupun mereka sendiri mempunyai keperluan.

Ketiga tiga prinsip ini perlu dilaksanakan dalam membangunkan sebuah masyarakat. Dan ketiga tiga prinsip ini juga penting dalam membendung Al-Fahsya’ yaitu segala perbuatan yang didasarkan pada pemenuhan hawa nafsu, seperti zina, minuman yang memabukkan dan sebagainya. Al-Munkar, yaitu perbuatan buruk yang bertentangan dengan akal sehat, seperti mencuri, merampok dan tindakan aniaya lainnya. Al-Baghyu, yaitu tindakan yang mengarah kepada permusuhan, seperti kezaliman, tindakan sewenang-wenang dan sebagainya.

Mudah mudahan dengan teraplikasinya prinsip prinsip ini, kemudiannya akan melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun bercorakkan dengan acuan Al Quran dan sunnah ..

Wallahua'lam

Demikian antara isi tadabur saya pada acara 'mabit' di surau bunga raya pagi tadi, mudah mudahan ada manfaatnya..

Abu Ridho

teruskan membaca...

Ayat Ayat Cinta

"Salam, harap semua sihat dan ceria,
Akak nak jemput semua untuk join Liqa' Quran (majlis taklim) yang akan diadakan malam ni, if nak join, bawa bersama buku catatan dan tafsir Al Quran"

Begitulah 'lebih kurang' bunyi sms yang disampaikan isteri saya kepada madu' madu'nya, walaupun dah diperingatkan untuk hadir ke Liqa' Quran sebelum ini..

Tiba tiba, masuk sms

"Salam akak, akak jangan marah tau, sebenarnya saya dan kawan saya nak sangat tengok konsert Faizal Tahir, boleh tak kami tak pergi"

Minta salah seorang madu'nya. Kebetulan malam liqa'
Quran tu bersamaan dengan Konsert Faizal Tahir yang diadakan sempena majlis Konvokesyen Unimas.

Agak emosi jugak isteri saya tatkala membaca sms madu'nya. Tambahan lagi tika itu dia tengah buat preparation untuk liqa' Qurannya pada malam itu..

Di belek beleknya Al-Quran...

"Sayang, ayat apa yang menerangkan tentang Allah ilhamkan kepada jiwa manusia jalan kejahatan dan ketakwaan, dan beruntunglah orang yang memilih ketakwaan?"

tanya isteri saya kepada saya, kebetulan saya ada disebelahnya dalam bilik 'study' di rumah.

Saya pun menunjukkan ayatnya di dalam Al Quran, surah As Syams (91) ayat 7-10.

Isteri saya membacanya dan terus menaipnya,

"Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan) nya,
Maka dia mengilhamkan kepadanya (jiwa) jalan kejahatan dan ketakwaan,
Sungguh beruntunglah orang yang (memilih) menyucikan jiwa itu,
Dan rugilah orang yang (memilih untuk) mengotorinya (91:7-10)

Akak berikan 'ayat ayat cinta' Allah ini sebagai panduan adik adik untuk membuat pertimbangan yang terbaik (konsert@liqa' Quran)....Moga Allah meredhai...."

Demikian isteri saya membalas smsnya..

Dan Alhamdulillah mereka membuat pertimbangan yang terbaik, dengan menghadiri Liqa' Quran pada malam itu.

Pertimbangan yang diredhai Allah hendaknya. Demikianlah berkuasanya "Ayat ayat Cinta" dari Allah.

Terserah kita samada untuk mengungkapkannya atau tidak...Sekadar renungan..

Note:

Liqa' Quran biasanya dilakukan sebelum madu' madu' mengikuti 'halaqah usrah'. Madu' madu' yang berkomitmen dengan liqa' Al Quran akan dipilih dan diajak untuk mengikuti halaqah usrah. Ini kerana Liqa' Al Quran sifatnya lebih santai dan perbahasannya pun ringan manakala halaqah, perbahasannya lebih dalam. Kaidah ini dilakukan selari dengan kaidah dakwah:

khatibu an nas a'la qadri u'qulihin
(berbicaralah dengan manusia sesuai dengan kadar kemampuannya)

Gambar di atas adalah gambar hiasan

teruskan membaca...

Jenayah aktivis dakwah..(antara syariatullah dan sunnatullah)

>> Wednesday, August 12



"Malas betul ana nak belajar, kalau belajar pun bukan nak jadi engineer, pengarahan ana untuk bantu ekonomi dakwah"

kata seorang ikhwah yang tengah mengambil kursus engineering di salah sebuah IPTS di Malaysia.

"Dengan ini ana mengumumkan yang ana telah dibuang dari universiti kerana CGPA ana tak sampai 1"

dengan bangganya ikhwah tersebut mengumumkan dalam 'halaqah' yang dia telah dibuang universiti.

"Ana kena buang universiti pun tak pe, kerja dakwah ana tetap jalan, setiap malam ana ada halaqah"

kata seorang ikhwah yang lain pula.

"Ana dah tak minat belajar la akh, mana mampu nak tanggung isteri, anak pun dah nak masuk dua, kalau belajar sapa nak sara mereka?, ana fikir nak drop out ja"

luahan hati seorang ikhwah yang lain yang sudah berumah tangga.

Ikhwah dan akhwat fillah,

Mutaakhir ini kelihatan fenomena fenomena ini mula menular dikalangan beberapa aktivis dakwah, walaupun tak semua yang berperangai sedemikian tetapi 'vaksin' pencegahan perlu diberikan sebelum virus ini merebak (sama la seperti virus H1N1).

Barang kali mereka lupa yang hukum Allah terbahagi kepada dua iaitu, Syariatullah dan Sunnatullah.

Syariatullah adalah hukum Allah berkenaan perkara-perkara yang halal, haram, wajib, sunat, makruh dan lain-lain. Di mana Sunnatullah atau Law of Nature pula ialah hukum alam yang telah ditetapkan oleh Allah. Seperti kejadian siang dan malam, kewujudan graviti, pergerakan bumi mengelilingi matahari dan lain – lain lagi.

Memahami dan melaksanakan syariatullah dan sunnatullah adalah penting bagi umat islam yang menginginkan kejayaan di dunia dan di akhirat. Saya kemukakan contoh mudah, 2 orang pelajar, A dan B akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Pelajar A seorang muslim yang sangat menjaga ibadahnya. Manakala pelajar B pula bukan seorang muslim. Dalam persediaan menghadapi peperiksaan, pelajar A meningkatkan lagi amal ibadah sehariannya, berdakwah siang dan malam, halaqah pada setiap malam, bertahajud sampai bengkak kaki nya, cuma satu saja yang dia tak lakukan iaitu mengulangkaji pelajaran, sedangkan dia masih ada kesempatan waktu untuk ulangkaji pelajaran. Manakala, pelajar B pula mengulangkaji pelajaran dengan bersunguh-sungguh, hampir setiap malam melakukan ulangkaji pelajaran, berhenti pun hanya untuk makan dan minum, kemudian sambung belajar lagi.

Jadi, antara pelajar A dan B yang manakah akan berjaya akademiknya?

sudah tentu pelajar B akan mendapat keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang walaupun dia non muslim. kenapa?, itulah sunnatullah, siapa yang berusaha dia akan dapat..

Daripada contoh di atas, kita dapati bahawa pelajar A memenuhi syarat-syarat syariatullah. Pelajar B pula memenuhi syarat-syarat sunnatullah. Di dalam kes ini, sunnatullah yang telah ditetapkan untuk mendapat kejayaan yang baik dalam peperiksaan ialah dengan mengulangkaji pelajaran dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana pelajar B memenuhi syarat sunnatullah ini, dia diberikan kejayaan oleh Allah walaupun dia bukan seorang muslim. Jika pelajar A juga melaksanakan sunnatullah, sudah pasti kejayaan pelajar A lebih bermakna. Di mana pelajar A akan mendapat keberkatan dalam kehidupannya atas hasil pelaksanaan syariatullah.

Juga, boleh direnungkan kisah pembebasan kota Costantinople, dimana pembebasan kota ini telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul

"Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya ” (Hadis riwayat Ahmad)

Mendengar hadis tersebut para sahabat berlumba lumba untuk menakluk kota costantinople, mereka ingin mendapat penghormatan yang telah dijanjikan nabi. Beberapa siri peperangan telah dilakukan bagi menakluk Costantinople.Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah. Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah.

apakah rahsia kemenangan Sultan Muhammad Al Fatih dan tenteranya. Adakah keimanan mereka melebihi keimanan para sahabat seperti Abu Ayyub Al Ansary ra?...

Tak lain dan tak bukan adalah kerana strategi dan kelengkapan perang yang mencukupi yang telah dipersiapkan oleh sultan dan tenteranya. Tika waktu tersebut armada pasukan tentera Islam sudah cukup kuat jika hendak dibandingkaan dengan 800 tahun yang lalu. Ditambah lagi dengan kekutan iman Sultan Muhammad Al Fatih dan para pengikutnya. Sultan Muhammad Al Fateh terkenal sebagai seorang yang wara' dan rajin beribadat malam.

Jadi apa resepi kemenangannya?

Jawapannya adalah mereka memenuhi tuntutan Syariyatullah dan Sunnatullah. Memenuhi tuntutan Syariatullah dengan menanam benih keimanan yang tinggi dalam jiwa para pejuang dan memenuhi tuntutan sunnatullah dengan strategi dan kelengkapan yang mencukupi untuk sebuah peperangan.

Saudaraku sekalian,

Mengapa begitu mudah akademik di nombor duakan. Ya..dakwah memang no 1 tetapi harus diingat akademik bukan no 2.

Pernah antum terfikir impak dari kegagalan antum?

Pernah antum terfikir perasaan ibu dan ayah antum ketika antum dibuang universiti?

Pernah antum terfikir masa depan antum?

"Ah! itu semua tak penting, yang penting dakwah hidup"

Wah, lancang benar antum memperkudakan dakwah untuk menghalalkan sikap antum yang malas belajar.

Dakwah apa lagi yang tersisa setelah antum 'musnah' akademik?, setelah antum dibuang universiti?,

Dakwah kepada family?, junior ? mertua? kawan kawan sekuliah?

semua hanya akan mengenali antum sebagai orang yang gagal.

Apa natijahnya?

Semua orang akan cuba mengelakkan diri dari terlibat dengan aktiviti aktiviti keislaman, kenapa?

kerana takut jadi seperti si fulan itu, takut jadi seperti si fulan ini, takut jadi seperti abang itu, takut jadi macam abang ini. Mereka akan meletakkan antum sebagai model kepada sebuah potret kegagalan.

Secara tidak sedar maupuan sedar antum telah melakukan 'jenayah' terhadap agama yang antum junjung.

Benarlah sabda rasul "Al Islam,ma'jubun bilmuslimin "

"Islam itu terhijab/terdinding dengan orang2 Islam sendiri"-->maka fikir2kan lah..

teruskan membaca...

Diari cinta pengantin baru (bahagian 1)

>> Monday, August 10

Dari lubuk nurani, syukur buat Ilahi,
rahmatnya melimpah tak bertepi,
terjalin mesra dua hati,
mendamba cinta hakiki,
moge kekal ke firdausi
(nukilan Fatimah Syarha dari bukunya pemilik cintaku)


Aku Terima Nikahnya

Sekejap ke hulu, sekejap ke hilir, sekejap naik keatas rumah, sekejap masuk bilik air. Habis satu rumah ditawafnya. Jam sudah pun menunjukkan jam 2.30 a.m, namun Ahmad tetap juga tidak dapat melelapkan mata dek kerana teringatkan hari yang akan dilaluinya esok.. Ya.. esok hari..esok hari dimana dia akan dinikahkan dengan bakal pasangannya yang hanya sempat 'ditaaruf' selama dua bulan. Resah, gelisah bersyukur semuanya bercampur baur..

'Ish, kenapa aku ni?'. soal ahmad pada dirinya.

'Astaghfirullahhalazim, baik aku solat tahajud dan solat hajat'. begitulah bisikan Ahmad pada dirinya.

Di dalam solat, Ahmad memohon agar dirinya di beri kekuatan untuk menjalani hari yang mendatang. Dimohon supaya dia diberi kekuatan untuk mengucapkan 'mitsaqan ghaliza' dan bersedia untuk memikul 'amanah baru' yang akan dipertanggungjawabkannya di akhirat kelak.
Di dalam sujud, air mata nya tak berhenti henti mengalir dek kerana teringatkan kasih sayang yang Allah limpahkan padanya.

Mana tidaknya, baru 2 bulan ta'ruf dah bersedia untuk nikah. Semuanya berjalan dengan lancar, keluarga di kedua dua belah pihak benar benar merestuinya, walaupun ada sikit penentangan pada awalnya, tapi alhamdulilah, semuanya dapat di atasi dengan baik dengan rahmat dan kasih sayang Allah.

2 bulan yang lalu,

'Kamu ni betul ke nak kahwin?, kata nak belajar sampai Master la, PhD la , apa la? '..marah si ayah pada Ahmad. Disangkanya Ahmad sudah tidak berminat belajar.

Ahmad masih mendiamkan diri, di carinya waktu yang sesuai untuk diterangkan kepada ayahnya tentang sebab dari pernikahnnya.

Allahu akbar! Allahu akbar!..Muazzin melaungkan azan maghrib

'Ayah, jom kita solat jemaah maghrib sama sama, mak sekali lah'. ajak Ahmad

Mereka pun solat berjemaah bersama. Ahmad meminta ayahnya untuk menjadi imam, tetapi ayahnya menolak dan memintanya untuk menjadi imam.

'Assalamualikim warahmatullah, Assalamualikum warahmatullah'..ahmad memberi salam, diikuti ayah dan maknya. Kemudian di bacakan doa, dengan doa terhadap ke dua orang tuanya 'dikeraskan' sedikit dan di ulang beberapa kali.

'Allahumma'firlana zunu bana, wa liwalidaina, war hamhuma kama rabbayana saghira'..demikian lafaz doannya.

Teringat Ahmad yang lafaz doa inilah yang di ajarkan ayahnya ketika dia masih kecil.

Setelah berdoa, Ahmad mula menyusun kata kata.

"Ayah, Ahmad punya cita cita, Cita cita untuk berjaya di dunia dan akhirat. Cita cita untuk membahagiakan ibu dan ayah, cita cita untuk menjadi seorang yang seperti ayah dan mak harapkan suatu ketika dahulu"..ditenung wajah ayah dan ibunya..

"Perjalanan Ahmad berjaya masih jauh, Ahmad tak pernah melupakan janji Ahmad pada ayah yang pernah Ahmad ungkapkan suatu ketika dahulu. Ahmad janji akan melanjutkan pengajian seperti yang dijanjikan dan seperti yang ayah inginkan, Ahmad janji.." sekali lagi ditenung wajah ayah dan ibunya sedalamnya..

" Ahmad juga berjanji tidak akan pernah mengabaikan ayah dan ibu walaupun sudah berumah tangga, Ahmad sayangkan ayah dan mak.." hatinya mula sebak..

Kelihatan ayah Ahmad sudah tidak dapat lagi menahan air matanya, begitu juga dengan ibunya..

"Jadi Ahmad mohon supaya ditunaikan permintaan Ahmad untuk kali ini, kerana Ahmad rasa inilah jalannya untuk Ahmad mengejar cita cita. Ahmad memerlukan seorang pendamping yang sentiasa memberikan semangat untuk berjaya"...Ahmad menyambung bicaranya.

Dan akhirnya, ayah dan ibunya akur dengan kehendak Ahmad..Alhamdulillah, namun janjinya kepada ayahnya sentiasa tersemat kukuh dalam dadanya..

Bersambung...


teruskan membaca...

Makhluk Asing di Planet Bumi...

>> Sunday, August 9

ada ka orang sekarang yang tak minum 100 plus?..

tak minum milo?
tak makan maggi?
tak makan product nestle???

Seorang ikhwah tiba tiba mengemukakan soalan.

''Kite je buat benda pelik pelik ni, bahkan maggi tu dah sebati dalam jiwa masyarakat melayu. Jenama lain pun, kalau seangkatan dengan maggi, mesti akan dinisbahkan sebagai maggi walaupun bukan maggi, macam cintan, indo-mee dll ''

Kata ikhwah yang lain.

Saya pun mengiyakannya.

Begitulah dialog antara saya dan beberapa ikhwah di perkarangan salah sebuah masjid di kota samarahan. Jika difikirkan, ada benarnya penyataan ikhwah tu tadi..

Teringat saya semasa mengikuti ekspedisi pelayaran mengelilingi Laut Sulu dan Sulawesi minggu lepas (Julai 2009) dengan menaiki sebuah kapal besar (ala ala star cruise besarnya tapi fasilitinya biasa biasa sahaja)



2 hari yang pertama, saya pening dan loya (mabuk laut). Mahu tak mahu, saya terpaksa membeli makanan dari kantin untuk alas perut, bila sampai sahaja saya ke kantin, saya mendapati hanya barang barang boikot (milo,maggi, F&N CC, nestle dll) yang di jual di kantin kantin mereka..perasaan marah, sedih dan kecewa bercampur baur.. dah la tak de alternatif lain..jadi saya pun terpaksa la menumpang maggi kawan kawan yang beli......nak beli......rasa berdosa pula....takut ada dari duit saya yang mengalir ke tangan yahudi zionis..tambahan lagi bila teringatkan saudara dan adik adik di palestin yang bukan sekadar tak makan bahkan rumah dan segala bekalan makanan dirampas sewenang wenangnya oleh yahudi zionis.

Jadi terpaksalah saya jadi ''makhluk asing'', manusia yang tak membeli maggi, milo, air kotak, air tin, coklat dan lain lain sedangkan semua orang membelinya.

Untuk pengetahuan juga, di dalam kapal laut tak boleh perut kosong, kalau perut kosong mesti pening dan akan muntah, masalahnya, makanan di sediakan pada waktu waktu tertentu sahaja..terkadang waktu disediakan makanan tu, kita pening dan loya, so tak dapat makan...Alternatifnya, maggi dan makanan ringan yang lain la untuk memenuhkan perut otherwise kita akan terus pening dan muntah..

Dalam kejadian yang lain, pernah saya pergi mendengar ceramah tentang isu isu palestin, berkobar kobar ustaz tu ceramah tentang penderitaan rakyat palestin, seusai ceramah, saya pun ke kafeteria untuk menemani ustaz tersebut makan dan minum..

''100 plus ada?'' tanya ustaz tersebut kepada penjual air..

Terkejut dan hairan saya, ''Biar betul ustaz ni?''

Baru tadi berkobar kobar ceramah tentang boikot dan isu palestin. tup..tup..order 100 plus..Terlintas dalam fikiran saya, 100 plus ni tak boikot ke? tapi syarikat pengeluar dia F&N CC... Adakah beliau tidak tahu atau kurang sensitif..wallahua'lam

Isteri saya juga pernah ditegur ekstrim oleh keluarganya bila dia menceritakan tentang barang barang boikot ke keluarganya..kenapa?, kerana barang barang tersebut sudah sebati dalam jiwa mereka (masyarakat melayu) . Tak makan atau minum boleh ''mati'' kot... agaknya.

Kejadian kejadian ini mengingatkan saya dengan sebuah hadis yang pernah di bahaskan oleh naqib saya waktu tingkatan 2 di maktab mahmud dulu. Beliau memetik hadis dari buku 40 hadis akhir zaman karangan Ustaz Fahmi Zam Zam.

"Sesungguhnya Islam pada permulaannya adalah asing dan akan kembali menjadi asing seperti pada permulaannya. Maka keuntungan besar bagi orang-orang yang asing." (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain disebutkan:

"Dan keuntungan besar bagi orang-orang yang asing. Iaitu orang-orang yang (tetap) berbuat baik ketika manusia sudah rosak." (al-Albani berkata, "Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Amr Ad-Dani dengan sanad yang sahih")

Beliau menerangkan,

''Islam itu suatu ketika dahulu datang dalam keadaan pelik (asing). Di awal dakwah baginda Rasul, masyarakat arab jahiliah tidak dapat menerima apa yang dibawa oleh baginda Rasul. Rasulullah SAW dan para sahabat dianggap sebagai orang pelik yang hidup dalam masyarakat ketika itu. Oleh itu, pengamal pengamal Islam di akhir zaman pun akan dianggap pelik dan terasing dari budaya masyrakat.Tetapi, harus diingat, manusia pelik dan asing itulah yang dijamin beruntung di dunia dan akhirat. Dalam hadis yang lain disebutkan, umat akhir zaman itu menggenggam islam seperti menggenggam bara api ''

Demikianlah ulasannya yang masih saya ingat hingga saat ini walaupun analogi yang digunakannya berbeza.

Lihat saja budaya couple yang makin menjadi jadi. Orang yang tak bercouple (maaf dewan bahasa dan pustaka) diangap tak 'macho' dan tak pandai memikat, tetapi bagi siapa yang mempunyai couple akan dipuji dan di sanjung. Sekali lagi orang yang mengamalkan Islam menjadi 'Makhluk Asing' di buminya sendiri.

Pernah ditanyakan pada saya

''Abg, macam mana nak kahwin kalau tak couple, nanti tak kenal hati budi. Abg kahwin macam mana?".

Sukar untuk saya menerangkan dalam coretan saya yang sederhana ini, khuatir akan memanjangkan artikel ini dan mendatangkan kebosananan kepada pembaca. Cukup rasanya saya sarankan dua buah buku untuk siapa yang mencari jawapannya.

1. Abdullah Nasih Ulwan dengan tajuk buku yang diterjemahkan 'Manajemen Cinta''. Sesuai bagi orang yang mempunyai masalah dalam mengatur cinta.

2. Fatimah Syarha Mohd Nordin dengan tajuk bukunya 'Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul''. Dari buku ini, anda akan menyelami ke dalam 'syurga dunia' sepasang suami isteri yang mendirikan mahligai cintanya dengan ''cinta syari'.

Pembaca sekalain,

Seringkali juga kita dengar, ibu dan ayah yang risau akan anaknya mengamalkan Islam dek kerana pengaruh 'Islamfophobia' yang menular di masyarakat kita. Oleh itu mereka akan berpesan kepada anak anak mereka sebelum masuk ke universiti

''Nak, kau pergi sana, belajar saja, jangan join benda benda Islamik sangat, janji sembahyang, puasa dah la''

Jarang sekali kita dengar

Nak,kau pergi sana belajar dan cuba mengamalkan islam dengan sebaiknya. Kalau ada aktiviti keislaman yang baik, pergilah supaya keimananmu semakin utuh. Yang penting jangan pergi ke konsert yang tak berfaedah dan terjebak dengan aktiviti tak bermoral''

Begitulah masyarakat kita,yang lebih takutkan anaknya terjebak dengan Islam berbanding takut anaknya terjebak dengan aktivii tak bermoral.

Pernah ikhwah memberitahu saya yang keluarganya risau bila tengok dia solat jam 9 pagi sedangkan pagi tadi dah solat subuh (solat duha).

''Habislah, anak aku dah sesat dah'' kata ibunya.

''Jadi, lain kali tutup la pintu kalau nak solat duha''. Saya memberikan cadangan.

Begitulah masyarakat kita. Sekali lagi kita terpaksa menjadi 'Makhluk Asing' di bumi kita sendiri.

Jadi di kesempatan ini, saya menyeru kepada ''Makhluk makhluk asing di planet bumi'' teruslah teguh dengan pendirianmu, jadikan Islam sebagai pedomanmu, bingkailah hidupmu dengan bingkai Al-Quran dan sunnah, burulah cinta Allah dan Rasul sebagai sumber kekuatanmu, nescaya kau akan beruntung di dunia dan akhirat

teruskan membaca...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP