Diari cinta pengantin baru (bahagian 1)

>> Monday, August 10

Dari lubuk nurani, syukur buat Ilahi,
rahmatnya melimpah tak bertepi,
terjalin mesra dua hati,
mendamba cinta hakiki,
moge kekal ke firdausi
(nukilan Fatimah Syarha dari bukunya pemilik cintaku)


Aku Terima Nikahnya

Sekejap ke hulu, sekejap ke hilir, sekejap naik keatas rumah, sekejap masuk bilik air. Habis satu rumah ditawafnya. Jam sudah pun menunjukkan jam 2.30 a.m, namun Ahmad tetap juga tidak dapat melelapkan mata dek kerana teringatkan hari yang akan dilaluinya esok.. Ya.. esok hari..esok hari dimana dia akan dinikahkan dengan bakal pasangannya yang hanya sempat 'ditaaruf' selama dua bulan. Resah, gelisah bersyukur semuanya bercampur baur..

'Ish, kenapa aku ni?'. soal ahmad pada dirinya.

'Astaghfirullahhalazim, baik aku solat tahajud dan solat hajat'. begitulah bisikan Ahmad pada dirinya.

Di dalam solat, Ahmad memohon agar dirinya di beri kekuatan untuk menjalani hari yang mendatang. Dimohon supaya dia diberi kekuatan untuk mengucapkan 'mitsaqan ghaliza' dan bersedia untuk memikul 'amanah baru' yang akan dipertanggungjawabkannya di akhirat kelak.
Di dalam sujud, air mata nya tak berhenti henti mengalir dek kerana teringatkan kasih sayang yang Allah limpahkan padanya.

Mana tidaknya, baru 2 bulan ta'ruf dah bersedia untuk nikah. Semuanya berjalan dengan lancar, keluarga di kedua dua belah pihak benar benar merestuinya, walaupun ada sikit penentangan pada awalnya, tapi alhamdulilah, semuanya dapat di atasi dengan baik dengan rahmat dan kasih sayang Allah.

2 bulan yang lalu,

'Kamu ni betul ke nak kahwin?, kata nak belajar sampai Master la, PhD la , apa la? '..marah si ayah pada Ahmad. Disangkanya Ahmad sudah tidak berminat belajar.

Ahmad masih mendiamkan diri, di carinya waktu yang sesuai untuk diterangkan kepada ayahnya tentang sebab dari pernikahnnya.

Allahu akbar! Allahu akbar!..Muazzin melaungkan azan maghrib

'Ayah, jom kita solat jemaah maghrib sama sama, mak sekali lah'. ajak Ahmad

Mereka pun solat berjemaah bersama. Ahmad meminta ayahnya untuk menjadi imam, tetapi ayahnya menolak dan memintanya untuk menjadi imam.

'Assalamualikim warahmatullah, Assalamualikum warahmatullah'..ahmad memberi salam, diikuti ayah dan maknya. Kemudian di bacakan doa, dengan doa terhadap ke dua orang tuanya 'dikeraskan' sedikit dan di ulang beberapa kali.

'Allahumma'firlana zunu bana, wa liwalidaina, war hamhuma kama rabbayana saghira'..demikian lafaz doannya.

Teringat Ahmad yang lafaz doa inilah yang di ajarkan ayahnya ketika dia masih kecil.

Setelah berdoa, Ahmad mula menyusun kata kata.

"Ayah, Ahmad punya cita cita, Cita cita untuk berjaya di dunia dan akhirat. Cita cita untuk membahagiakan ibu dan ayah, cita cita untuk menjadi seorang yang seperti ayah dan mak harapkan suatu ketika dahulu"..ditenung wajah ayah dan ibunya..

"Perjalanan Ahmad berjaya masih jauh, Ahmad tak pernah melupakan janji Ahmad pada ayah yang pernah Ahmad ungkapkan suatu ketika dahulu. Ahmad janji akan melanjutkan pengajian seperti yang dijanjikan dan seperti yang ayah inginkan, Ahmad janji.." sekali lagi ditenung wajah ayah dan ibunya sedalamnya..

" Ahmad juga berjanji tidak akan pernah mengabaikan ayah dan ibu walaupun sudah berumah tangga, Ahmad sayangkan ayah dan mak.." hatinya mula sebak..

Kelihatan ayah Ahmad sudah tidak dapat lagi menahan air matanya, begitu juga dengan ibunya..

"Jadi Ahmad mohon supaya ditunaikan permintaan Ahmad untuk kali ini, kerana Ahmad rasa inilah jalannya untuk Ahmad mengejar cita cita. Ahmad memerlukan seorang pendamping yang sentiasa memberikan semangat untuk berjaya"...Ahmad menyambung bicaranya.

Dan akhirnya, ayah dan ibunya akur dengan kehendak Ahmad..Alhamdulillah, namun janjinya kepada ayahnya sentiasa tersemat kukuh dalam dadanya..

Bersambung...


7 comments:

hisyam_mujahid August 10, 2009 at 7:56 AM  

ni petikan novel tu ka?

why not sharing your own experience? :D

abu ridho August 10, 2009 at 11:46 AM  

tak, hanya sajak di atas yang ana kutip dari novel Fatimah Syarha

ummu ridho August 10, 2009 at 6:36 PM  

uishh..ni kisah benar ke?
saya pun tak pernah dengar lagi kisah ni..
sambung le cite cepat encik mujahid..

hisyam_mujahid August 10, 2009 at 6:50 PM  

ooo...

so this really was your story.

jazakumullah for the sharing.

hisyam_mujahid August 10, 2009 at 6:51 PM  

never have imagine my ikhwah actually is a really excellent novelist!

abu ridho August 10, 2009 at 6:53 PM  

Insya Allah,
belum ada kesempatan masa,
tentang soalan tu,insya Allah akan ummi ketahui nanti..
kerana ummi adalah sebahagian dari ukiran sejarah hidup saya...

abu ridho August 10, 2009 at 7:13 PM  

Innal hamda kulluhu lillah..

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP