Jenayah aktivis dakwah..(antara syariatullah dan sunnatullah)

>> Wednesday, August 12



"Malas betul ana nak belajar, kalau belajar pun bukan nak jadi engineer, pengarahan ana untuk bantu ekonomi dakwah"

kata seorang ikhwah yang tengah mengambil kursus engineering di salah sebuah IPTS di Malaysia.

"Dengan ini ana mengumumkan yang ana telah dibuang dari universiti kerana CGPA ana tak sampai 1"

dengan bangganya ikhwah tersebut mengumumkan dalam 'halaqah' yang dia telah dibuang universiti.

"Ana kena buang universiti pun tak pe, kerja dakwah ana tetap jalan, setiap malam ana ada halaqah"

kata seorang ikhwah yang lain pula.

"Ana dah tak minat belajar la akh, mana mampu nak tanggung isteri, anak pun dah nak masuk dua, kalau belajar sapa nak sara mereka?, ana fikir nak drop out ja"

luahan hati seorang ikhwah yang lain yang sudah berumah tangga.

Ikhwah dan akhwat fillah,

Mutaakhir ini kelihatan fenomena fenomena ini mula menular dikalangan beberapa aktivis dakwah, walaupun tak semua yang berperangai sedemikian tetapi 'vaksin' pencegahan perlu diberikan sebelum virus ini merebak (sama la seperti virus H1N1).

Barang kali mereka lupa yang hukum Allah terbahagi kepada dua iaitu, Syariatullah dan Sunnatullah.

Syariatullah adalah hukum Allah berkenaan perkara-perkara yang halal, haram, wajib, sunat, makruh dan lain-lain. Di mana Sunnatullah atau Law of Nature pula ialah hukum alam yang telah ditetapkan oleh Allah. Seperti kejadian siang dan malam, kewujudan graviti, pergerakan bumi mengelilingi matahari dan lain – lain lagi.

Memahami dan melaksanakan syariatullah dan sunnatullah adalah penting bagi umat islam yang menginginkan kejayaan di dunia dan di akhirat. Saya kemukakan contoh mudah, 2 orang pelajar, A dan B akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Pelajar A seorang muslim yang sangat menjaga ibadahnya. Manakala pelajar B pula bukan seorang muslim. Dalam persediaan menghadapi peperiksaan, pelajar A meningkatkan lagi amal ibadah sehariannya, berdakwah siang dan malam, halaqah pada setiap malam, bertahajud sampai bengkak kaki nya, cuma satu saja yang dia tak lakukan iaitu mengulangkaji pelajaran, sedangkan dia masih ada kesempatan waktu untuk ulangkaji pelajaran. Manakala, pelajar B pula mengulangkaji pelajaran dengan bersunguh-sungguh, hampir setiap malam melakukan ulangkaji pelajaran, berhenti pun hanya untuk makan dan minum, kemudian sambung belajar lagi.

Jadi, antara pelajar A dan B yang manakah akan berjaya akademiknya?

sudah tentu pelajar B akan mendapat keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang walaupun dia non muslim. kenapa?, itulah sunnatullah, siapa yang berusaha dia akan dapat..

Daripada contoh di atas, kita dapati bahawa pelajar A memenuhi syarat-syarat syariatullah. Pelajar B pula memenuhi syarat-syarat sunnatullah. Di dalam kes ini, sunnatullah yang telah ditetapkan untuk mendapat kejayaan yang baik dalam peperiksaan ialah dengan mengulangkaji pelajaran dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana pelajar B memenuhi syarat sunnatullah ini, dia diberikan kejayaan oleh Allah walaupun dia bukan seorang muslim. Jika pelajar A juga melaksanakan sunnatullah, sudah pasti kejayaan pelajar A lebih bermakna. Di mana pelajar A akan mendapat keberkatan dalam kehidupannya atas hasil pelaksanaan syariatullah.

Juga, boleh direnungkan kisah pembebasan kota Costantinople, dimana pembebasan kota ini telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul

"Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya ” (Hadis riwayat Ahmad)

Mendengar hadis tersebut para sahabat berlumba lumba untuk menakluk kota costantinople, mereka ingin mendapat penghormatan yang telah dijanjikan nabi. Beberapa siri peperangan telah dilakukan bagi menakluk Costantinople.Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah. Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah.

apakah rahsia kemenangan Sultan Muhammad Al Fatih dan tenteranya. Adakah keimanan mereka melebihi keimanan para sahabat seperti Abu Ayyub Al Ansary ra?...

Tak lain dan tak bukan adalah kerana strategi dan kelengkapan perang yang mencukupi yang telah dipersiapkan oleh sultan dan tenteranya. Tika waktu tersebut armada pasukan tentera Islam sudah cukup kuat jika hendak dibandingkaan dengan 800 tahun yang lalu. Ditambah lagi dengan kekutan iman Sultan Muhammad Al Fatih dan para pengikutnya. Sultan Muhammad Al Fateh terkenal sebagai seorang yang wara' dan rajin beribadat malam.

Jadi apa resepi kemenangannya?

Jawapannya adalah mereka memenuhi tuntutan Syariyatullah dan Sunnatullah. Memenuhi tuntutan Syariatullah dengan menanam benih keimanan yang tinggi dalam jiwa para pejuang dan memenuhi tuntutan sunnatullah dengan strategi dan kelengkapan yang mencukupi untuk sebuah peperangan.

Saudaraku sekalian,

Mengapa begitu mudah akademik di nombor duakan. Ya..dakwah memang no 1 tetapi harus diingat akademik bukan no 2.

Pernah antum terfikir impak dari kegagalan antum?

Pernah antum terfikir perasaan ibu dan ayah antum ketika antum dibuang universiti?

Pernah antum terfikir masa depan antum?

"Ah! itu semua tak penting, yang penting dakwah hidup"

Wah, lancang benar antum memperkudakan dakwah untuk menghalalkan sikap antum yang malas belajar.

Dakwah apa lagi yang tersisa setelah antum 'musnah' akademik?, setelah antum dibuang universiti?,

Dakwah kepada family?, junior ? mertua? kawan kawan sekuliah?

semua hanya akan mengenali antum sebagai orang yang gagal.

Apa natijahnya?

Semua orang akan cuba mengelakkan diri dari terlibat dengan aktiviti aktiviti keislaman, kenapa?

kerana takut jadi seperti si fulan itu, takut jadi seperti si fulan ini, takut jadi seperti abang itu, takut jadi macam abang ini. Mereka akan meletakkan antum sebagai model kepada sebuah potret kegagalan.

Secara tidak sedar maupuan sedar antum telah melakukan 'jenayah' terhadap agama yang antum junjung.

Benarlah sabda rasul "Al Islam,ma'jubun bilmuslimin "

"Islam itu terhijab/terdinding dengan orang2 Islam sendiri"-->maka fikir2kan lah..

3 comments:

azarahman August 26, 2009 at 6:48 AM  

salam, boleh ana tahu martabat hadis terakhir yang dimuatkan dalam artikel ni?

~Pearls of the South~ October 3, 2009 at 7:30 PM  

Salam. Memandangkan entry ni menarik dan mudah difahami, maka minta izin utk copy 'part' of this artikel ye. Jzkk..

abu ridho January 9, 2010 at 2:33 PM  

silakan, artikel didalam blog ini untuk di ambil manfaat bersama, cuma mohon diletakkan sumbernya supaya andai ada komentar boleh disalurkan langsung..jazakallah

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP