Makhluk Asing di Planet Bumi...

>> Sunday, August 9

ada ka orang sekarang yang tak minum 100 plus?..

tak minum milo?
tak makan maggi?
tak makan product nestle???

Seorang ikhwah tiba tiba mengemukakan soalan.

''Kite je buat benda pelik pelik ni, bahkan maggi tu dah sebati dalam jiwa masyarakat melayu. Jenama lain pun, kalau seangkatan dengan maggi, mesti akan dinisbahkan sebagai maggi walaupun bukan maggi, macam cintan, indo-mee dll ''

Kata ikhwah yang lain.

Saya pun mengiyakannya.

Begitulah dialog antara saya dan beberapa ikhwah di perkarangan salah sebuah masjid di kota samarahan. Jika difikirkan, ada benarnya penyataan ikhwah tu tadi..

Teringat saya semasa mengikuti ekspedisi pelayaran mengelilingi Laut Sulu dan Sulawesi minggu lepas (Julai 2009) dengan menaiki sebuah kapal besar (ala ala star cruise besarnya tapi fasilitinya biasa biasa sahaja)



2 hari yang pertama, saya pening dan loya (mabuk laut). Mahu tak mahu, saya terpaksa membeli makanan dari kantin untuk alas perut, bila sampai sahaja saya ke kantin, saya mendapati hanya barang barang boikot (milo,maggi, F&N CC, nestle dll) yang di jual di kantin kantin mereka..perasaan marah, sedih dan kecewa bercampur baur.. dah la tak de alternatif lain..jadi saya pun terpaksa la menumpang maggi kawan kawan yang beli......nak beli......rasa berdosa pula....takut ada dari duit saya yang mengalir ke tangan yahudi zionis..tambahan lagi bila teringatkan saudara dan adik adik di palestin yang bukan sekadar tak makan bahkan rumah dan segala bekalan makanan dirampas sewenang wenangnya oleh yahudi zionis.

Jadi terpaksalah saya jadi ''makhluk asing'', manusia yang tak membeli maggi, milo, air kotak, air tin, coklat dan lain lain sedangkan semua orang membelinya.

Untuk pengetahuan juga, di dalam kapal laut tak boleh perut kosong, kalau perut kosong mesti pening dan akan muntah, masalahnya, makanan di sediakan pada waktu waktu tertentu sahaja..terkadang waktu disediakan makanan tu, kita pening dan loya, so tak dapat makan...Alternatifnya, maggi dan makanan ringan yang lain la untuk memenuhkan perut otherwise kita akan terus pening dan muntah..

Dalam kejadian yang lain, pernah saya pergi mendengar ceramah tentang isu isu palestin, berkobar kobar ustaz tu ceramah tentang penderitaan rakyat palestin, seusai ceramah, saya pun ke kafeteria untuk menemani ustaz tersebut makan dan minum..

''100 plus ada?'' tanya ustaz tersebut kepada penjual air..

Terkejut dan hairan saya, ''Biar betul ustaz ni?''

Baru tadi berkobar kobar ceramah tentang boikot dan isu palestin. tup..tup..order 100 plus..Terlintas dalam fikiran saya, 100 plus ni tak boikot ke? tapi syarikat pengeluar dia F&N CC... Adakah beliau tidak tahu atau kurang sensitif..wallahua'lam

Isteri saya juga pernah ditegur ekstrim oleh keluarganya bila dia menceritakan tentang barang barang boikot ke keluarganya..kenapa?, kerana barang barang tersebut sudah sebati dalam jiwa mereka (masyarakat melayu) . Tak makan atau minum boleh ''mati'' kot... agaknya.

Kejadian kejadian ini mengingatkan saya dengan sebuah hadis yang pernah di bahaskan oleh naqib saya waktu tingkatan 2 di maktab mahmud dulu. Beliau memetik hadis dari buku 40 hadis akhir zaman karangan Ustaz Fahmi Zam Zam.

"Sesungguhnya Islam pada permulaannya adalah asing dan akan kembali menjadi asing seperti pada permulaannya. Maka keuntungan besar bagi orang-orang yang asing." (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain disebutkan:

"Dan keuntungan besar bagi orang-orang yang asing. Iaitu orang-orang yang (tetap) berbuat baik ketika manusia sudah rosak." (al-Albani berkata, "Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Amr Ad-Dani dengan sanad yang sahih")

Beliau menerangkan,

''Islam itu suatu ketika dahulu datang dalam keadaan pelik (asing). Di awal dakwah baginda Rasul, masyarakat arab jahiliah tidak dapat menerima apa yang dibawa oleh baginda Rasul. Rasulullah SAW dan para sahabat dianggap sebagai orang pelik yang hidup dalam masyarakat ketika itu. Oleh itu, pengamal pengamal Islam di akhir zaman pun akan dianggap pelik dan terasing dari budaya masyrakat.Tetapi, harus diingat, manusia pelik dan asing itulah yang dijamin beruntung di dunia dan akhirat. Dalam hadis yang lain disebutkan, umat akhir zaman itu menggenggam islam seperti menggenggam bara api ''

Demikianlah ulasannya yang masih saya ingat hingga saat ini walaupun analogi yang digunakannya berbeza.

Lihat saja budaya couple yang makin menjadi jadi. Orang yang tak bercouple (maaf dewan bahasa dan pustaka) diangap tak 'macho' dan tak pandai memikat, tetapi bagi siapa yang mempunyai couple akan dipuji dan di sanjung. Sekali lagi orang yang mengamalkan Islam menjadi 'Makhluk Asing' di buminya sendiri.

Pernah ditanyakan pada saya

''Abg, macam mana nak kahwin kalau tak couple, nanti tak kenal hati budi. Abg kahwin macam mana?".

Sukar untuk saya menerangkan dalam coretan saya yang sederhana ini, khuatir akan memanjangkan artikel ini dan mendatangkan kebosananan kepada pembaca. Cukup rasanya saya sarankan dua buah buku untuk siapa yang mencari jawapannya.

1. Abdullah Nasih Ulwan dengan tajuk buku yang diterjemahkan 'Manajemen Cinta''. Sesuai bagi orang yang mempunyai masalah dalam mengatur cinta.

2. Fatimah Syarha Mohd Nordin dengan tajuk bukunya 'Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul''. Dari buku ini, anda akan menyelami ke dalam 'syurga dunia' sepasang suami isteri yang mendirikan mahligai cintanya dengan ''cinta syari'.

Pembaca sekalain,

Seringkali juga kita dengar, ibu dan ayah yang risau akan anaknya mengamalkan Islam dek kerana pengaruh 'Islamfophobia' yang menular di masyarakat kita. Oleh itu mereka akan berpesan kepada anak anak mereka sebelum masuk ke universiti

''Nak, kau pergi sana, belajar saja, jangan join benda benda Islamik sangat, janji sembahyang, puasa dah la''

Jarang sekali kita dengar

Nak,kau pergi sana belajar dan cuba mengamalkan islam dengan sebaiknya. Kalau ada aktiviti keislaman yang baik, pergilah supaya keimananmu semakin utuh. Yang penting jangan pergi ke konsert yang tak berfaedah dan terjebak dengan aktiviti tak bermoral''

Begitulah masyarakat kita,yang lebih takutkan anaknya terjebak dengan Islam berbanding takut anaknya terjebak dengan aktivii tak bermoral.

Pernah ikhwah memberitahu saya yang keluarganya risau bila tengok dia solat jam 9 pagi sedangkan pagi tadi dah solat subuh (solat duha).

''Habislah, anak aku dah sesat dah'' kata ibunya.

''Jadi, lain kali tutup la pintu kalau nak solat duha''. Saya memberikan cadangan.

Begitulah masyarakat kita. Sekali lagi kita terpaksa menjadi 'Makhluk Asing' di bumi kita sendiri.

Jadi di kesempatan ini, saya menyeru kepada ''Makhluk makhluk asing di planet bumi'' teruslah teguh dengan pendirianmu, jadikan Islam sebagai pedomanmu, bingkailah hidupmu dengan bingkai Al-Quran dan sunnah, burulah cinta Allah dan Rasul sebagai sumber kekuatanmu, nescaya kau akan beruntung di dunia dan akhirat

1 comments:

Anonymous February 4, 2010 at 6:30 PM  

salam..
bagi ana, xperlu sampai tutup pintu utk solat dhuha
biarkan ia supaya terus terbuka..
explain je pada keluarga y tw n lastly ajk dorang dhuha skali...
ana pon dh melalui peristiwa spt itu...
I'Allah dgn keikhlasan kita, family akan tertarik utk sm2 berbuat...

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP