Respon terhadap doa H1N1 (JAIS)

>> Sunday, August 23


Berikut adalah doa yang tersebar di seluruh Malaysia, konon doanya untuk melindungi diri dari H1N1. Semalam, sebelum memulakan solat Isyak di salah sebuah surau di Unimas, risalah doa ini disebarkan kepada orang ramai, tak terkecuali saya.

Depannya dikepilkan dengan gambar gambar Habib dan beberapa artikel tentang kelebihan selawat dan di muka surat akhirnya, diselitkan doa berikut. Doa untuk selamat dari H1N1.

Ada bagiku lima dengannya, aku memadamkan penyakit berjangkit, mereka itu ialah nabi yang terpilih, Ali yang diredahi, Fatimah dan kedua anak mereka Hasan dan Husain

Sungguh, saya tidak dapat memahami maksud akan doa itu bila saya membacanya.

ada bagiku lima?, bagi siapa?, lima apa?,

saya masih tak dapat memahaminya, apatah lagi nak berdoa dengannya, sesuatu yang saya tak faham..

Bila diamati teks arabnya, saya mula faham, rupanya doa ini minta diselamatkan dari wabak penyakit tetapi melalui perantaraan 'yang lima' itu..

Atau biasa yang dikenali dengan istilah arabnya sebagai tawasul. Tawasul ertinya memohon sesuatu kepada Allah tetapi dengan 'perantara' agar doa mudah dikabulkan. Para Ulamak sepakat boleh bertawasul dengan 3 perkara iaitu

1. Tawasul dengan (Al-Asma'ul Husna) iaitu nama nama Allah atau sifat sifat-NYA, contohnya:

"Ya, Allah aku memohon kepada-Mu, kerana engkau adalah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Ya Allah, Tuhan yang mengampunkan dosa, Ampunkanlah Aku"

2. Tawasul dengan amal salih yang dilakukan oleh orang yang berdoa itu sendiri, contohnya:

"Ya Allah, dengan keimananku kepada-Mu, dengan kecintaanku kepada-Mu, dan ketaatanku kepada-Mu, ampunilah aku"

Di dalam Al Quran ada dinyatakan ciri ciri Muttaqin

" Iaitu orang orang yang berdoa, ' Ya Rabbi, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka (Ali-Imran 3:16)"

3. Tawasul dengan doa orang yang salih

Meminta doa kepada orang salih agar dia berdoa kepada Allah untuk memenuhi sesuatu hajat. Pernah Umar Al-Khatab meminta kepada Abbas bin Abdul Mutalib agar berdoa diturunkan hujan ketika musim kemarau, lalu Allah menurunkan hujan (HR Bukhari).

Saya rasa cukup perbahasan tentang tawasul disini walaupun masih ada lagi cara cara tawasul lain yang masih diperbincangkan dikalangan ulamak akan kebolehannnya untuk diamalkan.

Dan dalam doa yang diedarkan tersebut, mereka bertawasul dengan ahlu bait dan ini membuatkan saya jadi khuatir,

"barangkali ini propaganda Syiah".. bisik saya dalam hati. Wallahua'lam, saya hanya menduga.

Saya jadi hairan kerana saya yakin orang yang mengedarkan risalah tersebut pun tidak memahami kandungan makna dari doa tersebut, tapi mungkin kerana sudah menjadi sikap orang Melayu, suka jadi 'pak turut', dan tak mahu mengkaji, (maaf kalau terkasar bahasa). Dan sebab itu kenapa Allah Taala memperingatkan di dalam Al Quran

لاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

Dan janganlah kamu mengikuti apa apa yang kamu tiada pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya, pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya akan diminta pertanggungan jawabnya (Al Isra' 17: 36)

Kemudiannya, saya menelefon nombor yang tertera di kertas doa tersebut, tak dapat dihubungi, voice mail. Saya cuba surf laman web JAIS, namun tiada apa apa berita mengenai doa tersebut, sehinggalah saya menemui berita utusan di bawah. Berita tentang penafian JAIS mengedar risalah doa tersebut, dan JAIS meminta kepada semua yang mendapat doa tersebut tidak mengamalkannya. Boleh klik di bawah.


Adalah lebih baik, kita mengamalkan seperti apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya. Baginda s.a.w mengajarkan kepada kita zikir tersebut:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang dengan namaNya, tidak ada suatupun yg dapat memberikan kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

“Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang boleh membahayakan dirinya” (HR Abu Dawud)

Dan zikir ini telah disusun oleh Imam As Syahid Hasan Al Bana dalam himpunan zikirnya yang lebih dikenali dengan Al Mathurat. Selamat beramal.

Sekian, wallhua'lam.

Abu Ridho


2 comments:

Imammuda August 25, 2009 at 10:52 AM  

bahaya,
syiah semakin bermaharajalela di Malaysia,
termasuk menggunakan nama jais untuk menyebarkan risalah.

tawassul..teruslah berdoa kepada Allah.
Allah Maha Mendengar hamba-hambanya.

abu ridho August 26, 2009 at 4:23 AM  

Ya akhi, perlu berhati hati dengan beberapa blog dan ucapan beberapa tokoh Syiah...

Sudah kedengaran sekarang bisikan bisikan..

"Syiah ni macam best, apa pulak salahnya?"

"Syiah kan yang memerintah Iran, mereka kan berani, tengok Ahmadinejad?"

"Siapa yang melawan Israel di Lubnan? Hizbullah dan Hizbullah tu Syiah.."

Nampaknya pengaruh Syiah ni makin menular, Sungguh tiada manfaat apa apa dari Syiah kerana mereka mencaci dan mencerca para sahabat..ditambah dengan bidah bidah sesat mereka..

Jadi, berhati hati pilih bahan bacaan dan ceramah..

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP