Sedih dan kecewa

>> Sunday, October 25


Sedih dan kecewa!

Mungkin itu sahaja kata yang dapat saya gambarkan bagi menggambarkan perasaan saya ketika ini.

Saya sungguh sedih dan kecewa, sekarang saya di pusat komputer, Centre for Academic Information Services (CAIS), salah satu perpustakaan terbaik di IPTA Malaysia.

Kenapa?

CAIS merupakan tempat terbaik untuk para mahasiswa dan mahasiswi mengulangkaji pelajaran, terdapat empat tingkat di CAIS, tiga tingkat daripadanya digunakan untuk kemudahan para pelajar menelaah dan mengulangkaji pelajaran, maka untuk itu disediakan segala kemudahan berupa komputer, himpunan jurnal jurnal, himpunan thesis thesis, buku buku rujukan terkini dan pelbagai lagi.

Namun amat dikesalkan, sekeliling saya sekarang semuanya mahasiswa dan mahasiswi, saya cuba mencuri tengok apa yang mereka lakukan dalam selang selang masa saya mencari jurnal jurnal dari internet.

Disebelah kanan saya, kelihatan seorang mahasiswa tengah berseronok berborak dengan rakan facebooknya dan memberi komen terhadap gambar gambar yang dipost, di belakang saya kelihatan seorang mahasiswa tengah mendownload video dari you tube, dihadapan saya pun sama, di sebelah kiri saya kelihatan mahasiswa tengah men update frienster, dihadapannya kelihatan yang lain tengah rancak berbual dengan yahoo messenger.

Kalau boleh saya katakan, hampir semua disini hanya melayari facebook, you tube, friendster dan yahoo messenger. Di komputer yang tengah saya gunakan, ada beberapa video kartun bleech yang baru didownload oleh pengguna sebelum ini, sedangkan musim peperiksaan hanya berbaki 2 minggu sahaja lagi.
Aduh, beginikah fikiran mahasiswa!

Pengajarannya

Di dalam Al Quran Allah mensifati mereka yang berjaya dengan sifat sifat yang mulia, antaranya

Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman, iaitu mereka yang dalam solat mereka khusyuk, dan menjauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia sia...( Al Mu'minun : 1,2)

Allah Taa'la juga bersumpah dengan masa, mengenangkan betapa beharganya masa bagi orang yang beriman

Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang dan berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran..(Al Asr: 1-3)

Jadi jangan hairan, kenapa mahasiswa dan mahasisiwi Islam tidak menunjukkan prestasi yang membanggakan di Universiti.

Kepada mahasiswa dan mahasiswi,

Ubahlan fikiran anda, tinggalkanlah perkara yang sia sia, sangat memalukan mahasiswa seusia kita masih lagi menonton kartun kartun kebudak budakan, masih lagi membuang masa dengan chating chating tidak berfaedah, masih lagi menyibukkan diri dengan game game komputer yang tak bermanfaat.

Kita adalah harapan kepada umat, generasi penerus masa hadapan, di pundak kita terpikul segala harapan, ditangan kita dikumpulkan segala tanggungjawab.

Maka apakah dengan segala harapan dan tanggungjawab yang diamanahkan, kita masih bersikap seperti ini?

Sekadar coretan ringkas,
Abu Redha
CAIS
Sarawak

teruskan membaca...

Dimana harga seorang wanita?

>> Thursday, October 22


(gambar hiasan)

Di lubang hitam yang penuh kegelapan, berperwatakan seperti haiwan peliharaan, dijadikan simbol kerakusan syahwat kebinatangan, hamba kepada kerakusan binatang yang bertopengkan lelaki...

Begitulah mungkin yang dapat saya gambarkan, tentang nilai dan harga diri wanita sebelum kedatangan Islam. Pada masyarakat jahiliyah, wanita merupakan sasaran penipuan dan kezaliman. Hak haknya dimakan, harta hartanya dirampas serta hak pewarisan pun dihalang. Bayangkan, setelah mereka diceraikan atau suami meninggal, maka mereka ditegah untuk berkahwin semula. Wanita juga dapat diwariskan sebagaimana halnya barang perhiasan atau barang tunggangan yang dapat diwariskan (As-Sirah An- nabawiyah, Abu Hasan Ali An Nadwi)

Aduh, sangat dikasihankan. Wanita ketika itu cuma menjadi simbol seks sahaja. Mangsa kerakusan lelaki. Untuk itu diciptakan pelbagai undang undang yang menjatuhkan harga diri wanita.

Cara berpakaian?, wanita jahiliyah memakai pakaian yang menampakkan dada dada mereka. Perkahwinan?, hanya simbolik sahaja, siapa sahaja boleh mendatangi dengan keizinan suami. Hak pewarisan?, wanita boleh diwariskan kepada anak suaminya untuk diperlakukan sewenangnya. Barang dagangan?, ya wanita menjadi barang dagangan untuk diniagakan, bahkan menjadi hadiah kemenangan. Wanita ketika itu di EKPLOITASI kan habis habisan kerana sifat kewanitaan mereka.

Lalu Islam datang menerjah, menghapuskan ekploitasi kepada wanita. Martabat wanita diangkat setingginya oleh islam. Maka dihapuskan segala sistem sistem yang merendahkan wanita. Anak tidak dibenarkan berkahwin dengan ibunya, baik ibu tiri, ibu saudara maupun mertua. Dijelaskan secara terperinci tengtang siapa yang dibolehkan untuk dinikahi

Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu ibumu; anak anak perempuan; saudara saudaramu yang perempuan; saudara saudara bapakmu yang perempuan; saudara saudara ibumu yang perempuan; .............( An-nisa' 4: 23)

Bahkan Islam mengangkat golongan hamba dari kalangan wanita. Hamba wanita pun tidak dibenarkan islam diperlakukan sewenangnya, bahkan diminta untuk dinikahi secara sah dan diberikan mas kahwinnya. Islam benar benar membalik persepsi masyarakat secara frontal dengan cara ini. Lihat ayat di bawah

Dan barangsiapa diantara kamu (orang merdeka) yang tidak cukup penghasilannya untuk mengahwini wanita wanita merdeka lagi beriman, ia boleh mengahwini wanita yang beriman dari budak budak yang kamu miliki. Allah mengetahui keimananmu, sebahagian kamu adalah sebahagian yang lain, kerana itu kahwinilah mereka dengan seizin tuan mereka dan berilah mas kahwin mereka menurut yang patut.....( An-Nisa' 4: 25)

Kemudiannya, Islam mengangkat martabat wanita lagi dengan menggariskan tatacara berpakain. Mereka ditegah memakai pakaian yang menampakkan dada, pakaian yang merendahkan maruah mereka sebagai wanita. Diminta kepada wanita wanita memakai tudung sehingga ke paras dada, dan hanya dibenarkan nampak kepada orang orang tertentu sahaja. Suami, adik beradik, ibu bapa dan lain lain. Dengan ini, wanita benar benar rasa diangkat martabat mereka, daripada seorang yang tidak punya harga diri dengan mendedahkan tubuh sebelum ini kepada setinggi tinggi harga diri, dimana kecantikan luaran mereka hanya dapat dilihat oleh kerabat terdekat sahaja, dan 'keistimewaan' mereka hanya dapat dinikmati oleh seorang suami yang sah

....dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan jangnlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau.......( An-Nur 24: 31)


(gambar hiasan)

Maka jadilah wanita dari hanya menjadi simbol seks kepada simbol kesucian harga diri. Daripada diekpoitasi keistimewaan mereka kepada penghargaan yang tinggi.

Namun, amat dikesalkan kini.

Wanita sekarang seolah olah mahu kembali kepada zaman Jahiliyah. Ketika Islam mengangkat martabat dan harga diri mereka, mereka pula mahu merendahkan dan menjatuhkannya.

Wanita sekarang telah menjadi simbol seks kembali, bahkan diekpoitasi untuk kewangan.
Kebanyakan wanita kini lebih suka mendedahkan auratnya, mempamerkan kecantikannya untuk dijadikan bahan tontonan umum dan kemudiannya merasa bangga andai 'harga dirinya' menjadi bahan perbualan lelaki. Perempuan perempuan yang sempurna auratnya dikatakan kolot dan tidak bertamadun.

Saya benar benar terkejut ketika melihat iklan promosi Air Aisia di televisyen baru baru ini. Sebagai pelanggan yang selalu menggunakan perkhidmatan Air Asia benar benar membuatkan saya terpukul.


(klik link ini untuk iklan)

Apa yang dipromosikan?, nasi lemak, nasi ayam, dan 'hot cabin crew', ditonjolkan pramugari yang seksi dan utamanya punggung pramugari. Hilang pertimbangan, budak seusia Isaac yang saya kira dalam usia lebih kurang 10 tahun itu sudah punya keinginan seperti itu.

Betapa rendahnya harga diri wanita, kecantikannya hanya untuk ditonton oleh budak seusia 10 tahun dan diekploitasikan untuk tujuan kewangan. Dimana maruah wanita?

Ini menyebabkan saya terfikir, samaada masih mahu menggunakan Air Asia atau beralih sahaja ke MAS. Wallahua'lam

Juga Iklan iklan berkaitan tuala wanita. Tak sanggup saya melihatnya. Sesuatu yang disembunyikan dan malu diperkatakan oleh wanita dahulu, kini menjadi bahan tontonan umum.

Lihat saja iklan iklan di sekitar kita, pasti ada gambar perempuan untuk melariskan produk perniagaan. Iklan kereta!, Iklan tilam!, iklan sabun!, iklan syampu!, iklan motosikal!, dan pelbagai lagi jenis iklan yang mengekploitasi kaum wanita untuk tujuan kewangan
Lalu, dimanakah harga seorang wanita?

Apakah setelah islam kembali mengangkat harga diri wanita, kini kita berusaha untuk menjatuhkannya semula.

Wallahua'lam

Abu Redha
Kota Samarahan, Sarawak

teruskan membaca...

Diari Cinta Pengntin Baru (bahagian 2)

>> Thursday, October 1


kisah ini adalah sambungan dari Diari Cinta Pengantin Baru (bahagian 1), yang telah dipostkan di bahagian cerpen motivasi, ruangan koleksi pena mujahid. silalah membacanya dahulu sebelum membaca kisah ini supaya jelas jalan ceritanya

Sekian, Jazakallahu kahiran jaza'
____________________________________________________________________

sambungan....

Dengan restu ibu dan ayahnya, Ahmad mula mengorak langkah seterusnya. Dia mula mengatur persiapan perkahwinan. Dia nekad untuk menikah pada cuti semester ini juga, walaupun cuti semester hanya dua bulan, ditambah lagi untuk cuti semester kali ini, Ahmad terpaksa mengikuti Latihan Industri (praktikal) selama dua bulan di Syarikat Air Melaka.

"Aduh!, pening aku, mana nak cukupkan duit hantaran?, bila nak bertunang?, cincin bertunang?, cincin kahwin?, baju kahwin?, tarikh nikah?, kenduri kahwin?.." celaru sedikit fikiran Ahmad memikirkannya.

Ahmad masih termenung, rungsing untuk mengatur persiapan perkahwinannya. Ada juga cadangan dari keluarga untuk tangguhkan perkahwinan ke cuti semester seterusnya,

"Kau tunang la dulu Mad, nanti nanti la nikahnya, tak lari gunung di kejar", kata saudara Ahmad

"Gunung memang tak lari di kejar, tapi imanku belum tentu 'statik' bila diuji, ", jawab Ahmad dalam hati, tidak mahu mencetuskan kontroversi.

Ahmad nekad juga untuk akad nikah pada cuti semester kali ini. Dia tidak mahu membuka ruang kepada Syaithan menghanyutkan dirinya dalam buaian cinta seorang wanita tanpa ikatan yang sah. Teringat Ahmad pada pesan murabbinya ketika membahas materi khutuwat as syayatin (langkah langkah syaitan dalam menyesatkan manusia)

" Iblis menjawab, 'kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar benar akan menghalangi mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dai kiri dan dari kanan mereka, Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)" (Al-A'raf 7: 16, 17)

" Syaitan tidak akan pernah jemu cuba menghalangi manusia dari jalan yang sesat, Dia akan berusaha mencari segala titik kelemahan kita untuk dia sesatkan . Mungkin syaitan tidak akan mendatangi kita dengan menghasut melakukan zina, meminum arak, berjudi dsb, kerana dia tahu kita pasti menolak, tetapi kalau didatangkan perempuan, diajak berbicara, ditatap kecantikannya, dilihat senyumannya, belum tentu dapat kita tangkis dari zina hati..." jelas murabbi Ahmad dengan panjang lebar, menghuraikan ayat tersebut.

"Aku mesti berusaha, Tawakal saja, ya TAWAKAL pasti ada jalan" bisik ahmad dalam hati sambil menggenggam jemari tangannya

"...maka apabila kamu telah membulatkan tekad (berazam dengan bersungguh sungguh), maka bertawakkallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah menyukai orang orang yang bertawakkal kepada-Nya (Ali-Imran 3: 159)

Ahmad mula menyusun rencana perkahwinannya,

1. Ziarah ibu bapa bakal isteri
2. Sediakan duit mas kahwin
3. Lobi supaya kenduri besar besaran ditangguhkan ke cuti semester yang kedepan, yang penting akad nikah dahulu
4. Tarikh pertunangan
5. Cadangan tarikh nikah
6. Persiapan perkahwinan, baju dan cincin

Masa kian suntuk, Ahmad sudah terpaksa bergerak ke Melaka untuk praktikal dua bulan.

Sewaktu praktikal

Ahmad menyewa rumah di Jasin dengan kos cuma RM 60 sebulan, sesuai dengan kosnya, rumah itu kosong tiada perabut, mujur ada yang simpati menyediakan katil, tilam dan dapur memasak.

Lampu bilik air pun tiada, jadi Ahmad hanya menggunakan lilin supaya kelihatan cerah sedikit. Untuk sarapan, Ahmad menggoreng' nasi telur', nasi yang dicampur dengan sebiji telur dan ditambah kicap untuk menambahkan rasa, itu sahaja.

" Mak Lang kesian tengok Ahmad, duduk rumah macam tu, Kalau ada masalah bagitau Mak Lang, Mak Lang boleh bantu", tanya ibu saudara Ahmad kepadanya, kebetulan ibu saudaranya yang tinggal di Kuala Lumpur datang menziarahinya.

"O.k, semua beres, tiada masalah, Alhamdulillah" balas Ahmad, tidak mahu menyusahkan orang lain.

"Betul ke aku nak kahwin ni, duit pun tak da, yang ada pun cukup cukup makan aku saja" Ahmad bermonolog sendirian, dia mula ragu dengan keputusannya

Dibacanya Al-Quran untuk menangkis keraguannya, sambil membaca Ahmad merenungi maksud bacaan yang dibacanya, sehinggalah tiba pada satu ayat

" Dan kahwinlah orang orang yang sendirian diantara kamu dan orang orang yang layak berkahwin dari hamba hamba sahayamu yang lelaki dan hamba hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka MISKIN Allah akan meMAMPUkan dengan kurnia-NYA, dan Allah maha luas pemberiannya lagi maha mengetahui (An-Nur 24: 32)

Ahmad mengulang ayat ini beberapa kali sehingga dia merasakan keyakinannya teguh semula.

" Allah pasti akan memampukan aku", desis Ahmad dalam hati sambil megenggam tangannya dengan penuh keyakinan.

Sewaktu menziarahi bakal mertua

"Pak cik nak tanya, sebab apa kamu ni nak kahwin sangat, daruri (terdesak) sangat ke?", soalan provakasi pertama terhadap Ahmad

Ahmad terdiam sebentar, mencari kekuatan untuk menyusun bicara

" Kalau Pak cik tanyakan, ianya daruri atau tidak, saya berani jawab YA, " jawab Ahmad

"Kenapa?", pintas bakal mertuanya

" Pertama, jiwa saya sendiri yang cenderung untuk nikah sehingga meganggu konsentrasi saya belajar dan saya rasa begitu juga dengan anak pak cik. Kedua, saya ingin tunjukkan contoh yang terbaik kepada pelajar Islam lain dan memberikan alternatif kepada masalah couple yang makin meruncing di Universiti", terang Ahmad

" Alah, masalah couple dah lama, sejak dari zaman Pak Cik belajar dulu lagi, terletak atas kita ja, pandai pandai la kita jaga diri", bantah bakal mertuanya, tidak bersetuju dengan hujah Ahmad.

" Jadi, kalau sejak dahulu lagi budaya ni berterusan, apa usaha kita?, adakah kita biarkan sahaja tanpa mencari penyelesaian, setidaknya kita berusaha memberi alternatif?", balas Ahmad, kali ini dengan nada suara yang sedikit tinggi.

Hilang sudah gementarnya, dia sudah bersedia berhujah, langsung tidak difikirkan soal kahwin lagi untuk sementara waktu.

Terdiam bakal mertuanya, mungkin tidak menyangka Ahmad akan membidas hujahnya.

" O.k pak cik boleh terima yang itu, Pak cik ada soalan ke dua?", bakal mertuanya bersuara semula.

" Soalan apa?", tanya Ahmad

"Kamu ni Jemaah apa?, Pak Cik tak nak anak Pak cik kahwin dengan orang sesat", sekali lagi dia cuba meprovokasi Ahmad

Kali ini Ahmad sudah bersedia, dia memang sudah menyangka soalan ini akan ditanyakan padanya, Ahmad juga sedia maklum yang bakal mertuanya ini aktif berdakwah tika muda sama sepertinya, tetapi sudah ditinggalkan mungkin dek kerana kesibukan masa dan usia.

"Yang paling penting dalam berjemaah adalah keikhlasan niat dan manhaj yang benar sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah, manhajnya juga perlu syumul tidak hanya mencakup beberapa aspek sahaja dalam Islam, Islam itu tidak hanya beribadah di Masjid sahaja, tetapi juga mengajak untuk memenuhi tuntutan keduniaan, Oleh itu, saya bukan Al-ARQAM kerana jelas akidah pengganutnya tidak selari dengan Al-Quran dan Sunnah, saya bukan TABLIGH kerana kebanyakan mereka hanya mengajak beribadah di masjid sahaja, saya juga bukan ahli TARIKAT kerana kebanyakan mereka mengamalkan sesuatu yang diluar sunnah", jelas Ahmad panjang lebar

"Jadi Jemaah kamu ni jemaah apa?" tanya bakal mertuanya, masih tidak berpuas hati dengan penerangan Ahmad.

" Macam saya jelaskan, selagi kita beramal sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah, maka kita umat Islam satu Jemaah, Jemaah ISLAM", Ahmad menyambung bicara

" Semua orang mengaku Jemaah dia Jemaah Islam", pintas bakal mertuanya, masih ada keraguan dihatinya

" Saya setuju dengan pak cik, terus terang sahaja, Manhaj yang saya yakini menyeru Islam dengan Syumul hanya satu, manhaj atau sistem yang telah disusun oleh Al Imam As Syahid Hasan Al Banna, adapun manhaj atau sistem sistem lain setakat pengetahuan saya, tidak menggambarkan Islam secara keseluruhan", Ahmad menyambung bicara memberi penjelasan.

"O.k Pak Cik puas hati dengan penjelasan kamu", jelas bakal mertuanya dengan sedikit tersenyum.

"Tapi Pak Cik ada soalan ke tiga", lagaknya seperti seorang penemuduga.

"Apa dia Pak Cik?", tanya Ahmad.

" Bagaimana dengan ekonomi kamu sekarang dan planning kamu ke depan?", tanya bakal mertuanya

" Sekarang, saya guna pinjaman PTPTN, saya juga ada buat bisnes kereta sewa dikongsi dengan beberapa rakan, adalah sedikit penghasilan, untuk planning ke depan, saya bercadang untuk sambung belajar selepas grduate, pembiayaan pelajaran dan duit saku akan dibiayai oleh pihak Universiti, mungkin tak banyak tetapi Insya Allah cukup", Ahmad memberi penjelasan tentang rancangannya ke depan.

"O.k, Pak Cik puas hati, tiada soalan lagi", jelas bakal mertuanya dengan tersenyum lebar

Ahmad pun bersyukur, hatinya menangis bersyukur tetapi wajahnya menunjukkan tanda kegembiraan

" Maha suci Engkau Ya ALLAH yang melancarkan lisanku", desir Ahmad dalam hati.

"Dah, jom pergi makan, dah lewat ini", ajak bakal ibu mertuanya yang sejak tadi hanya diam berbicara.

Ahmad pun menjamah juadah yang disediakn, nasi ayam dengan puding gula hangus.

Agak banyak Ahmad makan, maklumlah sudah lama tidak merasa makanan sebegitu, saban hari hanya dengan nasi goreng telurnya.

Selesai menjamu selera, Ahmad meminta diri untuk pulang.

"O.k lah pak cik,saya minta diri dulu, Insya Allah nanti rombongan keluarga saya akan datang untuk merisik dan meminang 2 minggu lagi", Ahmad mendahului bicara bagi memastikan permohonannya diterima.

Terkejut bakal mertuanya, tidak disangka secepat itu

"Kami turutkan saja, sebab kami sebelah perempuan ", balas bakal mertuanya

"Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memudahkan urusan", bisik Ahmad dalam hati.

Keesokannya,

Ada sms masuk ke telefon tangan Ahmad, sms dari ILYANI, bakal isteri Ahmad.

Ilyani adalah seorang gadis cantik, ditambah dengan penampilannya yang sopan tidak seperti gadis lain membuatkannya diminati ramai lelaki yang sekuliah dengannya. Ahmad sedia maklum tentang hal itu, bahkan rakannya sendiri pernah memuji kecantikan rupa paras Ilyani di hadapannya, pernah juga dia melihat beberapa lelaki cuba mengurat Ilyani, namun baginya bukanlah kecantikan semata yang dikejarnya.

Sedikit gemuruh jiwa Ahmad, ada perasaan lain seolah olah hadir ke jiwanya, perasaan yang tdak pernah dirasakannya sebelum ini, perasaan gembira bercampur cinta.

Demikian yang dirasakan Ahmad setiap kali menerima sms atau mendapat panggilan dari Ilyani.

" Ya Allah, Aku tidak tahu apakah perasaan ini baik atau buruk, Ya Allah andai perasaan ini buruk dan dosa, ku mohon ampun kepada-Mu, kerana ianya hadir dengan sendirinya bukan atas kehendakku tetapi andai perasaan ini baik, ku mohon Kau suburkannya dengan cinta-Mu" doa Ahmad dalam hatinnya.

Ahmad pun membaca kiriman sms dari Ilyani,

" Ayah suka enta datang, dia setuju tentang pernikahan ni..walaupun menentang pada awalnya. Ada dua benda yang ayah suka tentang enta, pertama, Islam yang enta nak bawa dan cuba sampaikan, yang kedua, sifat berani dan gentleman sebab datang sendiri minta dan berbincang", kiriman sms dari Ilyani, bakal isteri Ahmad.

"Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memudahkan urusan", Ahmad membalas kiriman sms kepada Ilyani

Persiapan perkahwinan

Tarikh perkahwinan sudah diputuskan, hanya tinggal sebulan, Mas kahwin juga sudah ditetapkan, RM 5 ribu,

Ahmad cuma ada RM 2 ribu sahaja dalam simpanan, itupun dipinjamnya dari saudaranya,

"Macam mana ni?", bisik Ahmad dalam hati

bersambung....

teruskan membaca...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP