Diari Cinta Pengntin Baru (bahagian 2)

>> Thursday, October 1


kisah ini adalah sambungan dari Diari Cinta Pengantin Baru (bahagian 1), yang telah dipostkan di bahagian cerpen motivasi, ruangan koleksi pena mujahid. silalah membacanya dahulu sebelum membaca kisah ini supaya jelas jalan ceritanya

Sekian, Jazakallahu kahiran jaza'
____________________________________________________________________

sambungan....

Dengan restu ibu dan ayahnya, Ahmad mula mengorak langkah seterusnya. Dia mula mengatur persiapan perkahwinan. Dia nekad untuk menikah pada cuti semester ini juga, walaupun cuti semester hanya dua bulan, ditambah lagi untuk cuti semester kali ini, Ahmad terpaksa mengikuti Latihan Industri (praktikal) selama dua bulan di Syarikat Air Melaka.

"Aduh!, pening aku, mana nak cukupkan duit hantaran?, bila nak bertunang?, cincin bertunang?, cincin kahwin?, baju kahwin?, tarikh nikah?, kenduri kahwin?.." celaru sedikit fikiran Ahmad memikirkannya.

Ahmad masih termenung, rungsing untuk mengatur persiapan perkahwinannya. Ada juga cadangan dari keluarga untuk tangguhkan perkahwinan ke cuti semester seterusnya,

"Kau tunang la dulu Mad, nanti nanti la nikahnya, tak lari gunung di kejar", kata saudara Ahmad

"Gunung memang tak lari di kejar, tapi imanku belum tentu 'statik' bila diuji, ", jawab Ahmad dalam hati, tidak mahu mencetuskan kontroversi.

Ahmad nekad juga untuk akad nikah pada cuti semester kali ini. Dia tidak mahu membuka ruang kepada Syaithan menghanyutkan dirinya dalam buaian cinta seorang wanita tanpa ikatan yang sah. Teringat Ahmad pada pesan murabbinya ketika membahas materi khutuwat as syayatin (langkah langkah syaitan dalam menyesatkan manusia)

" Iblis menjawab, 'kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar benar akan menghalangi mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dai kiri dan dari kanan mereka, Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)" (Al-A'raf 7: 16, 17)

" Syaitan tidak akan pernah jemu cuba menghalangi manusia dari jalan yang sesat, Dia akan berusaha mencari segala titik kelemahan kita untuk dia sesatkan . Mungkin syaitan tidak akan mendatangi kita dengan menghasut melakukan zina, meminum arak, berjudi dsb, kerana dia tahu kita pasti menolak, tetapi kalau didatangkan perempuan, diajak berbicara, ditatap kecantikannya, dilihat senyumannya, belum tentu dapat kita tangkis dari zina hati..." jelas murabbi Ahmad dengan panjang lebar, menghuraikan ayat tersebut.

"Aku mesti berusaha, Tawakal saja, ya TAWAKAL pasti ada jalan" bisik ahmad dalam hati sambil menggenggam jemari tangannya

"...maka apabila kamu telah membulatkan tekad (berazam dengan bersungguh sungguh), maka bertawakkallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah menyukai orang orang yang bertawakkal kepada-Nya (Ali-Imran 3: 159)

Ahmad mula menyusun rencana perkahwinannya,

1. Ziarah ibu bapa bakal isteri
2. Sediakan duit mas kahwin
3. Lobi supaya kenduri besar besaran ditangguhkan ke cuti semester yang kedepan, yang penting akad nikah dahulu
4. Tarikh pertunangan
5. Cadangan tarikh nikah
6. Persiapan perkahwinan, baju dan cincin

Masa kian suntuk, Ahmad sudah terpaksa bergerak ke Melaka untuk praktikal dua bulan.

Sewaktu praktikal

Ahmad menyewa rumah di Jasin dengan kos cuma RM 60 sebulan, sesuai dengan kosnya, rumah itu kosong tiada perabut, mujur ada yang simpati menyediakan katil, tilam dan dapur memasak.

Lampu bilik air pun tiada, jadi Ahmad hanya menggunakan lilin supaya kelihatan cerah sedikit. Untuk sarapan, Ahmad menggoreng' nasi telur', nasi yang dicampur dengan sebiji telur dan ditambah kicap untuk menambahkan rasa, itu sahaja.

" Mak Lang kesian tengok Ahmad, duduk rumah macam tu, Kalau ada masalah bagitau Mak Lang, Mak Lang boleh bantu", tanya ibu saudara Ahmad kepadanya, kebetulan ibu saudaranya yang tinggal di Kuala Lumpur datang menziarahinya.

"O.k, semua beres, tiada masalah, Alhamdulillah" balas Ahmad, tidak mahu menyusahkan orang lain.

"Betul ke aku nak kahwin ni, duit pun tak da, yang ada pun cukup cukup makan aku saja" Ahmad bermonolog sendirian, dia mula ragu dengan keputusannya

Dibacanya Al-Quran untuk menangkis keraguannya, sambil membaca Ahmad merenungi maksud bacaan yang dibacanya, sehinggalah tiba pada satu ayat

" Dan kahwinlah orang orang yang sendirian diantara kamu dan orang orang yang layak berkahwin dari hamba hamba sahayamu yang lelaki dan hamba hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka MISKIN Allah akan meMAMPUkan dengan kurnia-NYA, dan Allah maha luas pemberiannya lagi maha mengetahui (An-Nur 24: 32)

Ahmad mengulang ayat ini beberapa kali sehingga dia merasakan keyakinannya teguh semula.

" Allah pasti akan memampukan aku", desis Ahmad dalam hati sambil megenggam tangannya dengan penuh keyakinan.

Sewaktu menziarahi bakal mertua

"Pak cik nak tanya, sebab apa kamu ni nak kahwin sangat, daruri (terdesak) sangat ke?", soalan provakasi pertama terhadap Ahmad

Ahmad terdiam sebentar, mencari kekuatan untuk menyusun bicara

" Kalau Pak cik tanyakan, ianya daruri atau tidak, saya berani jawab YA, " jawab Ahmad

"Kenapa?", pintas bakal mertuanya

" Pertama, jiwa saya sendiri yang cenderung untuk nikah sehingga meganggu konsentrasi saya belajar dan saya rasa begitu juga dengan anak pak cik. Kedua, saya ingin tunjukkan contoh yang terbaik kepada pelajar Islam lain dan memberikan alternatif kepada masalah couple yang makin meruncing di Universiti", terang Ahmad

" Alah, masalah couple dah lama, sejak dari zaman Pak Cik belajar dulu lagi, terletak atas kita ja, pandai pandai la kita jaga diri", bantah bakal mertuanya, tidak bersetuju dengan hujah Ahmad.

" Jadi, kalau sejak dahulu lagi budaya ni berterusan, apa usaha kita?, adakah kita biarkan sahaja tanpa mencari penyelesaian, setidaknya kita berusaha memberi alternatif?", balas Ahmad, kali ini dengan nada suara yang sedikit tinggi.

Hilang sudah gementarnya, dia sudah bersedia berhujah, langsung tidak difikirkan soal kahwin lagi untuk sementara waktu.

Terdiam bakal mertuanya, mungkin tidak menyangka Ahmad akan membidas hujahnya.

" O.k pak cik boleh terima yang itu, Pak cik ada soalan ke dua?", bakal mertuanya bersuara semula.

" Soalan apa?", tanya Ahmad

"Kamu ni Jemaah apa?, Pak Cik tak nak anak Pak cik kahwin dengan orang sesat", sekali lagi dia cuba meprovokasi Ahmad

Kali ini Ahmad sudah bersedia, dia memang sudah menyangka soalan ini akan ditanyakan padanya, Ahmad juga sedia maklum yang bakal mertuanya ini aktif berdakwah tika muda sama sepertinya, tetapi sudah ditinggalkan mungkin dek kerana kesibukan masa dan usia.

"Yang paling penting dalam berjemaah adalah keikhlasan niat dan manhaj yang benar sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah, manhajnya juga perlu syumul tidak hanya mencakup beberapa aspek sahaja dalam Islam, Islam itu tidak hanya beribadah di Masjid sahaja, tetapi juga mengajak untuk memenuhi tuntutan keduniaan, Oleh itu, saya bukan Al-ARQAM kerana jelas akidah pengganutnya tidak selari dengan Al-Quran dan Sunnah, saya bukan TABLIGH kerana kebanyakan mereka hanya mengajak beribadah di masjid sahaja, saya juga bukan ahli TARIKAT kerana kebanyakan mereka mengamalkan sesuatu yang diluar sunnah", jelas Ahmad panjang lebar

"Jadi Jemaah kamu ni jemaah apa?" tanya bakal mertuanya, masih tidak berpuas hati dengan penerangan Ahmad.

" Macam saya jelaskan, selagi kita beramal sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah, maka kita umat Islam satu Jemaah, Jemaah ISLAM", Ahmad menyambung bicara

" Semua orang mengaku Jemaah dia Jemaah Islam", pintas bakal mertuanya, masih ada keraguan dihatinya

" Saya setuju dengan pak cik, terus terang sahaja, Manhaj yang saya yakini menyeru Islam dengan Syumul hanya satu, manhaj atau sistem yang telah disusun oleh Al Imam As Syahid Hasan Al Banna, adapun manhaj atau sistem sistem lain setakat pengetahuan saya, tidak menggambarkan Islam secara keseluruhan", Ahmad menyambung bicara memberi penjelasan.

"O.k Pak Cik puas hati dengan penjelasan kamu", jelas bakal mertuanya dengan sedikit tersenyum.

"Tapi Pak Cik ada soalan ke tiga", lagaknya seperti seorang penemuduga.

"Apa dia Pak Cik?", tanya Ahmad.

" Bagaimana dengan ekonomi kamu sekarang dan planning kamu ke depan?", tanya bakal mertuanya

" Sekarang, saya guna pinjaman PTPTN, saya juga ada buat bisnes kereta sewa dikongsi dengan beberapa rakan, adalah sedikit penghasilan, untuk planning ke depan, saya bercadang untuk sambung belajar selepas grduate, pembiayaan pelajaran dan duit saku akan dibiayai oleh pihak Universiti, mungkin tak banyak tetapi Insya Allah cukup", Ahmad memberi penjelasan tentang rancangannya ke depan.

"O.k, Pak Cik puas hati, tiada soalan lagi", jelas bakal mertuanya dengan tersenyum lebar

Ahmad pun bersyukur, hatinya menangis bersyukur tetapi wajahnya menunjukkan tanda kegembiraan

" Maha suci Engkau Ya ALLAH yang melancarkan lisanku", desir Ahmad dalam hati.

"Dah, jom pergi makan, dah lewat ini", ajak bakal ibu mertuanya yang sejak tadi hanya diam berbicara.

Ahmad pun menjamah juadah yang disediakn, nasi ayam dengan puding gula hangus.

Agak banyak Ahmad makan, maklumlah sudah lama tidak merasa makanan sebegitu, saban hari hanya dengan nasi goreng telurnya.

Selesai menjamu selera, Ahmad meminta diri untuk pulang.

"O.k lah pak cik,saya minta diri dulu, Insya Allah nanti rombongan keluarga saya akan datang untuk merisik dan meminang 2 minggu lagi", Ahmad mendahului bicara bagi memastikan permohonannya diterima.

Terkejut bakal mertuanya, tidak disangka secepat itu

"Kami turutkan saja, sebab kami sebelah perempuan ", balas bakal mertuanya

"Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memudahkan urusan", bisik Ahmad dalam hati.

Keesokannya,

Ada sms masuk ke telefon tangan Ahmad, sms dari ILYANI, bakal isteri Ahmad.

Ilyani adalah seorang gadis cantik, ditambah dengan penampilannya yang sopan tidak seperti gadis lain membuatkannya diminati ramai lelaki yang sekuliah dengannya. Ahmad sedia maklum tentang hal itu, bahkan rakannya sendiri pernah memuji kecantikan rupa paras Ilyani di hadapannya, pernah juga dia melihat beberapa lelaki cuba mengurat Ilyani, namun baginya bukanlah kecantikan semata yang dikejarnya.

Sedikit gemuruh jiwa Ahmad, ada perasaan lain seolah olah hadir ke jiwanya, perasaan yang tdak pernah dirasakannya sebelum ini, perasaan gembira bercampur cinta.

Demikian yang dirasakan Ahmad setiap kali menerima sms atau mendapat panggilan dari Ilyani.

" Ya Allah, Aku tidak tahu apakah perasaan ini baik atau buruk, Ya Allah andai perasaan ini buruk dan dosa, ku mohon ampun kepada-Mu, kerana ianya hadir dengan sendirinya bukan atas kehendakku tetapi andai perasaan ini baik, ku mohon Kau suburkannya dengan cinta-Mu" doa Ahmad dalam hatinnya.

Ahmad pun membaca kiriman sms dari Ilyani,

" Ayah suka enta datang, dia setuju tentang pernikahan ni..walaupun menentang pada awalnya. Ada dua benda yang ayah suka tentang enta, pertama, Islam yang enta nak bawa dan cuba sampaikan, yang kedua, sifat berani dan gentleman sebab datang sendiri minta dan berbincang", kiriman sms dari Ilyani, bakal isteri Ahmad.

"Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memudahkan urusan", Ahmad membalas kiriman sms kepada Ilyani

Persiapan perkahwinan

Tarikh perkahwinan sudah diputuskan, hanya tinggal sebulan, Mas kahwin juga sudah ditetapkan, RM 5 ribu,

Ahmad cuma ada RM 2 ribu sahaja dalam simpanan, itupun dipinjamnya dari saudaranya,

"Macam mana ni?", bisik Ahmad dalam hati

bersambung....

6 comments:

zikr October 1, 2009 at 9:00 AM  

mantap syeikh,,
buat pedoman buat si ikhwah bujang senang

hisyam_mujahid October 1, 2009 at 9:11 AM  

...

Anonymous October 13, 2009 at 2:28 AM  

speechless

Anonymous November 9, 2009 at 7:09 PM  

salam akh bile Diari Cinta Pengntin Baru (bahagian 3) nak keluar ni, lame menunggu..

abu ridho November 18, 2009 at 8:54 AM  

afwan, tak da masa la akh, ana cuba minggu ni...sapa ye?

haku May 8, 2011 at 9:27 PM  

saudara sungguh bermulut tidak beinsurans, oh, mungkin ptut tukar kepada jari yang tak berinsurans, atau tidak beradab. menudh jemaah lain tidak se'murni' jemaah saudara.
saudara tidak berhak membuat statement sebelum mengetahuinya dengan sesungguhnya. sekadar mengagak dan membuat andaian dari luar,

saya pelik, pernahkah jemaah lain membesar-besarkan kelemahan jemaah ciptaan manusia yang saudara ikuti ini? jelas, mereka membiarkan saudara berbuat, kerana titik persamaan Islam itu wujud,
sikp seperti saudara inilah yang membuatkan umat Islam berpecah akibat menuding salah pada orang lain, tanpa mencari titik persamaan.

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP