Dimana harga seorang wanita?

>> Thursday, October 22


(gambar hiasan)

Di lubang hitam yang penuh kegelapan, berperwatakan seperti haiwan peliharaan, dijadikan simbol kerakusan syahwat kebinatangan, hamba kepada kerakusan binatang yang bertopengkan lelaki...

Begitulah mungkin yang dapat saya gambarkan, tentang nilai dan harga diri wanita sebelum kedatangan Islam. Pada masyarakat jahiliyah, wanita merupakan sasaran penipuan dan kezaliman. Hak haknya dimakan, harta hartanya dirampas serta hak pewarisan pun dihalang. Bayangkan, setelah mereka diceraikan atau suami meninggal, maka mereka ditegah untuk berkahwin semula. Wanita juga dapat diwariskan sebagaimana halnya barang perhiasan atau barang tunggangan yang dapat diwariskan (As-Sirah An- nabawiyah, Abu Hasan Ali An Nadwi)

Aduh, sangat dikasihankan. Wanita ketika itu cuma menjadi simbol seks sahaja. Mangsa kerakusan lelaki. Untuk itu diciptakan pelbagai undang undang yang menjatuhkan harga diri wanita.

Cara berpakaian?, wanita jahiliyah memakai pakaian yang menampakkan dada dada mereka. Perkahwinan?, hanya simbolik sahaja, siapa sahaja boleh mendatangi dengan keizinan suami. Hak pewarisan?, wanita boleh diwariskan kepada anak suaminya untuk diperlakukan sewenangnya. Barang dagangan?, ya wanita menjadi barang dagangan untuk diniagakan, bahkan menjadi hadiah kemenangan. Wanita ketika itu di EKPLOITASI kan habis habisan kerana sifat kewanitaan mereka.

Lalu Islam datang menerjah, menghapuskan ekploitasi kepada wanita. Martabat wanita diangkat setingginya oleh islam. Maka dihapuskan segala sistem sistem yang merendahkan wanita. Anak tidak dibenarkan berkahwin dengan ibunya, baik ibu tiri, ibu saudara maupun mertua. Dijelaskan secara terperinci tengtang siapa yang dibolehkan untuk dinikahi

Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu ibumu; anak anak perempuan; saudara saudaramu yang perempuan; saudara saudara bapakmu yang perempuan; saudara saudara ibumu yang perempuan; .............( An-nisa' 4: 23)

Bahkan Islam mengangkat golongan hamba dari kalangan wanita. Hamba wanita pun tidak dibenarkan islam diperlakukan sewenangnya, bahkan diminta untuk dinikahi secara sah dan diberikan mas kahwinnya. Islam benar benar membalik persepsi masyarakat secara frontal dengan cara ini. Lihat ayat di bawah

Dan barangsiapa diantara kamu (orang merdeka) yang tidak cukup penghasilannya untuk mengahwini wanita wanita merdeka lagi beriman, ia boleh mengahwini wanita yang beriman dari budak budak yang kamu miliki. Allah mengetahui keimananmu, sebahagian kamu adalah sebahagian yang lain, kerana itu kahwinilah mereka dengan seizin tuan mereka dan berilah mas kahwin mereka menurut yang patut.....( An-Nisa' 4: 25)

Kemudiannya, Islam mengangkat martabat wanita lagi dengan menggariskan tatacara berpakain. Mereka ditegah memakai pakaian yang menampakkan dada, pakaian yang merendahkan maruah mereka sebagai wanita. Diminta kepada wanita wanita memakai tudung sehingga ke paras dada, dan hanya dibenarkan nampak kepada orang orang tertentu sahaja. Suami, adik beradik, ibu bapa dan lain lain. Dengan ini, wanita benar benar rasa diangkat martabat mereka, daripada seorang yang tidak punya harga diri dengan mendedahkan tubuh sebelum ini kepada setinggi tinggi harga diri, dimana kecantikan luaran mereka hanya dapat dilihat oleh kerabat terdekat sahaja, dan 'keistimewaan' mereka hanya dapat dinikmati oleh seorang suami yang sah

....dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan jangnlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau.......( An-Nur 24: 31)


(gambar hiasan)

Maka jadilah wanita dari hanya menjadi simbol seks kepada simbol kesucian harga diri. Daripada diekpoitasi keistimewaan mereka kepada penghargaan yang tinggi.

Namun, amat dikesalkan kini.

Wanita sekarang seolah olah mahu kembali kepada zaman Jahiliyah. Ketika Islam mengangkat martabat dan harga diri mereka, mereka pula mahu merendahkan dan menjatuhkannya.

Wanita sekarang telah menjadi simbol seks kembali, bahkan diekpoitasi untuk kewangan.
Kebanyakan wanita kini lebih suka mendedahkan auratnya, mempamerkan kecantikannya untuk dijadikan bahan tontonan umum dan kemudiannya merasa bangga andai 'harga dirinya' menjadi bahan perbualan lelaki. Perempuan perempuan yang sempurna auratnya dikatakan kolot dan tidak bertamadun.

Saya benar benar terkejut ketika melihat iklan promosi Air Aisia di televisyen baru baru ini. Sebagai pelanggan yang selalu menggunakan perkhidmatan Air Asia benar benar membuatkan saya terpukul.


(klik link ini untuk iklan)

Apa yang dipromosikan?, nasi lemak, nasi ayam, dan 'hot cabin crew', ditonjolkan pramugari yang seksi dan utamanya punggung pramugari. Hilang pertimbangan, budak seusia Isaac yang saya kira dalam usia lebih kurang 10 tahun itu sudah punya keinginan seperti itu.

Betapa rendahnya harga diri wanita, kecantikannya hanya untuk ditonton oleh budak seusia 10 tahun dan diekploitasikan untuk tujuan kewangan. Dimana maruah wanita?

Ini menyebabkan saya terfikir, samaada masih mahu menggunakan Air Asia atau beralih sahaja ke MAS. Wallahua'lam

Juga Iklan iklan berkaitan tuala wanita. Tak sanggup saya melihatnya. Sesuatu yang disembunyikan dan malu diperkatakan oleh wanita dahulu, kini menjadi bahan tontonan umum.

Lihat saja iklan iklan di sekitar kita, pasti ada gambar perempuan untuk melariskan produk perniagaan. Iklan kereta!, Iklan tilam!, iklan sabun!, iklan syampu!, iklan motosikal!, dan pelbagai lagi jenis iklan yang mengekploitasi kaum wanita untuk tujuan kewangan
Lalu, dimanakah harga seorang wanita?

Apakah setelah islam kembali mengangkat harga diri wanita, kini kita berusaha untuk menjatuhkannya semula.

Wallahua'lam

Abu Redha
Kota Samarahan, Sarawak

3 comments:

zikr October 22, 2009 at 10:44 PM  

benar apa yang anat tuiskan,
kadangkala dalam tak sedar, wanita tidak nampak mesej dari hukum hakam Islam,
kita disempitkan dengan wanita hanyalah diwajibkan bertudung, mereka tidak lihat bahawa Islam mewajibkan kita menghormati maruah seorang wanita.

apa yang berlaku dalam iklan air asia yang dah popular di kaca tv, adalah sgt memalukan, ana dah melihatnya..
rasa marah juga dgn apa yang ditonjolkan.
yang ditonjol adalah tetek dan punggung, ya, mana hilangnya maruah wanita dalam air asia?

kembalilah air asia kepada rasional.
ana nak g bandung ni..tak beli tiket lagi, tengok air asia buat benda mungkar dahsyat macam ni, ni yg nak cari flight indonesia je...

abu redha October 23, 2009 at 12:30 AM  

kalau di lihat iklan MAS, kelihatan lebih profesional dan mengangkat Martabat sistem penerbangan Malaysia

http://www.youtube.com/user/yamahaboy81

hisyam_mujahid October 23, 2009 at 9:08 AM  

islam mengangkat martabat wanita sehingga duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan lelaki. malah dalam beberapa kes, wanita lebih utama dari lelaki.

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP