Sedih dan kecewa

>> Sunday, October 25


Sedih dan kecewa!

Mungkin itu sahaja kata yang dapat saya gambarkan bagi menggambarkan perasaan saya ketika ini.

Saya sungguh sedih dan kecewa, sekarang saya di pusat komputer, Centre for Academic Information Services (CAIS), salah satu perpustakaan terbaik di IPTA Malaysia.

Kenapa?

CAIS merupakan tempat terbaik untuk para mahasiswa dan mahasiswi mengulangkaji pelajaran, terdapat empat tingkat di CAIS, tiga tingkat daripadanya digunakan untuk kemudahan para pelajar menelaah dan mengulangkaji pelajaran, maka untuk itu disediakan segala kemudahan berupa komputer, himpunan jurnal jurnal, himpunan thesis thesis, buku buku rujukan terkini dan pelbagai lagi.

Namun amat dikesalkan, sekeliling saya sekarang semuanya mahasiswa dan mahasiswi, saya cuba mencuri tengok apa yang mereka lakukan dalam selang selang masa saya mencari jurnal jurnal dari internet.

Disebelah kanan saya, kelihatan seorang mahasiswa tengah berseronok berborak dengan rakan facebooknya dan memberi komen terhadap gambar gambar yang dipost, di belakang saya kelihatan seorang mahasiswa tengah mendownload video dari you tube, dihadapan saya pun sama, di sebelah kiri saya kelihatan mahasiswa tengah men update frienster, dihadapannya kelihatan yang lain tengah rancak berbual dengan yahoo messenger.

Kalau boleh saya katakan, hampir semua disini hanya melayari facebook, you tube, friendster dan yahoo messenger. Di komputer yang tengah saya gunakan, ada beberapa video kartun bleech yang baru didownload oleh pengguna sebelum ini, sedangkan musim peperiksaan hanya berbaki 2 minggu sahaja lagi.
Aduh, beginikah fikiran mahasiswa!

Pengajarannya

Di dalam Al Quran Allah mensifati mereka yang berjaya dengan sifat sifat yang mulia, antaranya

Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman, iaitu mereka yang dalam solat mereka khusyuk, dan menjauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia sia...( Al Mu'minun : 1,2)

Allah Taa'la juga bersumpah dengan masa, mengenangkan betapa beharganya masa bagi orang yang beriman

Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang dan berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran..(Al Asr: 1-3)

Jadi jangan hairan, kenapa mahasiswa dan mahasisiwi Islam tidak menunjukkan prestasi yang membanggakan di Universiti.

Kepada mahasiswa dan mahasiswi,

Ubahlan fikiran anda, tinggalkanlah perkara yang sia sia, sangat memalukan mahasiswa seusia kita masih lagi menonton kartun kartun kebudak budakan, masih lagi membuang masa dengan chating chating tidak berfaedah, masih lagi menyibukkan diri dengan game game komputer yang tak bermanfaat.

Kita adalah harapan kepada umat, generasi penerus masa hadapan, di pundak kita terpikul segala harapan, ditangan kita dikumpulkan segala tanggungjawab.

Maka apakah dengan segala harapan dan tanggungjawab yang diamanahkan, kita masih bersikap seperti ini?

Sekadar coretan ringkas,
Abu Redha
CAIS
Sarawak

6 comments:

imammuda October 26, 2009 at 12:42 PM  

sedih..sedih...
ana teringat ketika dulu, selalu jugak masuk facebok dan frienster..
tapi bila dah ada blog sendiri..secara otomatiknya sibuk mengupdate blog dan baca blog islami orang lain..
dah takde masa nak buka facebook dan frienster.
kesimpulannya, jom menulis untuk perjuangan Islam supaya masa lagho di internet dapat dikurang dan dihapuskan!

ummu ridho October 26, 2009 at 3:14 PM  

sedih juga ana tahun ni baru terdedah dgn blog2 islami..ketinggalan=(

doakan..insyaAllah,bila En.Hafidz dah ada laptop sendiri,bolehla ana pun memulakan blog sendiri=p..

kalu x nanti berebut..ehhe..

--merintis dunia blog akhwat unimas--

abu redha October 26, 2009 at 7:38 PM  

Emm...

hisyam_mujahid October 27, 2009 at 9:57 AM  

apa yang emm... tu?

abu redha October 27, 2009 at 10:51 AM  

memikirkan laptop sendiri, tengah kumpul duit nak beli laptop yang hilang..so buat masa ini laptop ummu ridho la yang dikerjakan...

...teratai biru... November 14, 2009 at 3:14 AM  

~facebook, you tube, friendster dan yahoo messenger...ok je kalau sekadar hiburan dan mengurangkan stress. (kadang2)

~ tapi, yg x eloknye ialah bila ianya dilakukan dgn terlalu 'khusyuk' sehingga melalaikan (lagha). dlm dunia ni, apa2 pun kalau dilakukan dgn terlalu banyak, akan membawa kemudaratan walaupun itu suatu aktiviti yg baik pada asalnya.

~apepun, sy setuju yg kita perlu ubah fikiran dan tinggalkan yg sia2. sesuatu perkara itu akan jd sia2 bila ianya dilakukan bukan kerana Allah...

(hanya pendapat peribadi)

~teruskan menulis...
~salam ziarah.

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP