PAS, Daulah Islamiah dan Jamaatul Muslimin (bahagian 1)

>> Monday, November 16

(gambar hiasan)

Salam kepada pembaca Pena Mujahid,

Saya tergerak untuk menulis tentang PAS, Daulah Islamiah dan kewajipan bergabung kepada Jamaatul Muslimin dan memberikan ketaatan kepadanya.

Ini kerana ada sebahagian sahabat saya yang aktif dalam perjuangan PAS mewarwarkan bahawa menyertai perjuangan PAS adalah WAJIB.

Saya juga seorang ahli PAS, juga pernah menjadi aktivis PAS bahkan mungkin sampai sekarang dan selamanya tetapi alhamdulillah saya masih rasional dalam membuat penilaian.

Saya bertanya kepada mereka, kenapa hanya wajib berjuang dengan PAS, tidak yang lain?,

Mereka menjawab, setidaknya ada dua sebab utama

Pertama, dalam kaedah Fiqah, ada menyebutkan " Ma La Yatimmu Wajib Illa Bihi Fahuwa Wajib", maksudnya, sesuatu yang wajib, apabila tidak dapat dilaksanakan keawajipan itu melainkan hanya dengan cara atau sarana tertentu, maka cara atau sarana itu menjadi wajib.

Apa maksudnya?

Maksudnya, mendirikan Daulah Islam (negara Islam) itu wajib, maka jalan untuk mendirikannya hanya satu iaitu dengan Jemaah Islam (PAS), maka menyertai dan berjuang dengan PAS hukumnya wajib

Kedua, Pas adalah JAMAATUL MUSLIMIN, maka meyertai dan berjuang dengan PAS adalah wajib berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah bin Yaman

" Wajiblah kamu bersama Jemaah Muslim dan pimpinan mereka"

Saya sedikit tersentak dengan penyataan mereka, sejauh itukah fanatiknya mereka terhadap PAS, saya tidak menyalahkan PAS, mungkin hanya sebilangan kecil pendukungnya yang berpandangan sebegini dan adalah tidak adil menyalahkan PAS secara keseluruhan hanya kerana sebilangan kecil pendokongnya yang fanatik. Begitu juga dengan isu Baiah Taklik, hanya segelintir pendukungnya yang Taasub sahaja yang mebuat Baiah sendiri (Baiah Takliq) sedangkan yang lain semuanya menggunakan lafaz Baiah yang disediakan oleh PAS pusat seperti yang dlaporkan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali (Harakah 16-19 Nov 2009). Jadi Baiah takliq ini tidak mewakili PAS secara keseluruhan dan hanya mewakili pendukung PAS yang fanatik.

Berbalik kepada persoalan asal, Jadi,

Seandainya menyertai perjuangan PAS adalah wajib, maka apakah dengan menyertai Jemaah lain dikira salah atau kalau tidak keterlaluan dihukum dosa kerana tidak menunaikan yang Wajib?

Apakah ISMA, JIM, ABIM dan semuanya tidak boleh dikuti?

Apakah benar PAS Jamaatul Muslimin dan hanya PAS yang berjuang menegakkan daulah Islamiah?

Wallahua'lam,

Saya merasakan perlu adanya kayu ukur yang jelas sebelum memberikan kesimpulan terhadap sesuatu perkara.

Pertama, adalah mengegenai daulah Islamiah yang dicanangkan oleh PAS, bagaimana seharusnya penegakan daulah itu dan siapa yang terlibat?

Kedua, adalah mengenai Jamaatul Muslimin, apa, siapa dan bagaimana Jamaatul Muslimin itu?

Menjawab soalan pertama

Penegakan Daulah Islamiyah

Hasan Al Bana telah menyusun 10 Arkan Al Baiah dalam Risalah Ta'limnya, dan rukun baiah ini dihafal secara tuntas oleh semua para pendukung Ikhwanul Muslimin dan diaplikasikan dalam tataran perjuangan. Salah satu rukun baiah itu adalah Al Amal (rukun baiah ke tiga). Hasan Al Bana menjelaskan:

Apa yang saya maksudkan dengan Amal ialah: Amal ialah hasil yang diperolehi daripada ilmu dan Ikhlas

Dan katakanlah (wahai Muhammd): Beramallah kamu, maka Allah dan Rasulnya serta orang orang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan...(At Taubah 9: 105)

Maka Maratib Amal (peringkat kerja) yang seharusnya dilakukan adalah:
  1. Memperbaiki diri sendiri sehingga dia memiliki tubuh yang kuat, akhlak yang baik, berpendidikan, mampu berdikari, memiliki akidah yang sejahtera, melakukan ibadah yang betul, mampu bermujahadah melawan diri, pandai menjaga masa, teratur segala urusannya dan dia banyak memberi manfaat kepada orang lain.
  2. Pembinaan keluarga Muslim. Mendidik ahli keluarganya supaya menghormati fikrahnya. Memelihara setiap adab Islam dalam setiap sudut kehidupan berumahtanga. Teliti ketika memilih isteri, kemudian mendidiknya dan anak maupun pangasuh (kalau ada) dengan baik dengan prinsip Islam. Ini menjadi kewajipan bagi setiap al akh.
  3. Membimbing masyarakat dengan akhlak dan budaya Islam. Menyuruh melakukan yang baik dan menagih sokongan masyarakat supaya berpihak kepada fikrah Islam. Semua ini wajib dilakukan oleh stiap Al Akh dan juga Jemaah.
  4. Membebaskan tanah air dengan cara mengusir kuasa asing (penjajah) daripada menguasai aspek politik, ekonomi maupun moral.
  5. Memulihkan kerajaaan supaya benar benar bercirikan Islam (Daulah Islamiyah). Dengan itu, kerajaan ini akan menjlankan peranannya sebagai khadam kepada rakyat dan bekerja demi kepentingan rakyat. Kerajaan in sebagai pelaksan hukum Islam
  6. Memerdekakan semua tanah air umat Islam dan membentuk negara umat Islam sedunia (khalifah Islamiyah), menghidupkan semula sejarah kegemilangan Islam, merapatkan jurang budaya mereka dan meyatukan suara mereka sehngalah muncul kembali Khilafah Islam yang telah lama lenyap dan muncul semula perpaduan umat Islam yang telah lama dicitakan.
  7. Menjadi tunggak dunia (ustaziatul 'alam) dengan cara menyebarkan Islam ke seluruh dunia
Sehingga tidak ada lagi fitnah, dan sehingga menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata mata (Al Anfal, 8: 39)
[ Ringkasan dari Risalatu Ta'lim, karangan Hasan Al Bana]


Hasan Al Bana melakarkan Maratib Amal ini secara umum dan beliau mejelaskan tiada jalan pintas untuk kembali kepada daulah dan Khilafah Islam yang telah hancur musnah.

Ertinya, untuk menegakkan sebuah daulah islam seperti yang dicanangkan oleh PAS haruslah juga mengikut maratib amal ini. Mungkin sahaja ada yang mempersoalkan secara sinis, kenapa perlu ikut maratib amal ini?. Siapa Hasan Al Bana?, mungkin ini ijtihad beliau sahaja.

Kalau begitu persoalannya, mari kita kembali menelusuri sirah Rasul secara ringkas dalam setiap episod sehingalah tertegaknya Daulah Islamiah.

“Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (QS Al-Ahzab 33:21)...

Malaikat Jibril mendatangi baginda Rasul di gua Hira' dan berkata, “Bacalah!” Rasulullah saw. menjawab, “Saya tidak dapat membaca.” Rasul berkata, Lalu malaikat itu memegang dan mendekapku sampai aku merasa lelah. Kemudian ia melepaskanku dan megatakan, “Bacalah!” Aku menjawab, “Aku tidak dapat membaca!’ Malaikat itu mengulanginya untuk yang ketiga sambil mengatakan, “Iqra’ bismi rabbikal ladzii khalaq; bacalah, dengann menyebut nama Rabbmu yang menciptakan.” (Al-’Alaq: 1)

Sebaik turun dari Gua Hira', Nabi Saw mula membentuk 1) Peribadi peribadi Muslim yang bakal mendukung Dakwah Islam dan tetap tegar melalui jalan dakwah sehingga mencapai matlamatnya. Dari 'Usrah usrah' Rasul, lahirlah pendukung pendukung tegar dalam dakwah Islam seperti Abu Bakar As Sidiq, Umar Al Khatab, Uthman Ibn Affan, Ali bin Abi Talib dan ramai lagi sahabat dan sahabiyah radiyallhua'nhum.

Setiap sahabat pula mendidik keluarga masing masing hingga menjadi (2) keluarga Islam sejati lagi mithali. Kesemua isteri dan anak anak nabi SAW seperti Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah mendukung risalah baginda rasul dan melalui jalan yang sama.Begitu juga Abu Bakar As Sidiq didokong oleh isteri dan anak anaknya Abdullah, Abdur Rahman, Aisyah, Asma' dan lain lain. Tumbuhnya keluarga keluarga Slam ini mewarnai dan mencorak suasana dan didikan Islam di sekitar masyarakat ketika itu, maka lahirlah bibit sebuah (3) Masyarakat Islam di mekah sebelum mereka diperintah oleh Allah dan Rasulnya saw untuk berhijrah ke Madinah membentuk (4) kerajaan Islam dibawah pimpinan Rasul SAW.

Di Madinah, turun ayat ayat Al Quran mengenai perundangan peruandangan Islam sedikit demi sedikit menyentuh dan mengatur dari kehidupan sosial dan ibadah kepada hal ehwal berkait dengan kenegaraan dan jihad sehinggalah sempurna (5) sebuah negara Islam Madinah. Selepas pembukaan Mekah pada tahun 630 M, kerajaan kerajaan kecil di Semenanjung tanah arab datang berbondong bondong ke Madinah menyatakan penggabungan mereka kepada kerajaan Islam pimpinan Rasul SAW (Al Fath: 1-4). Pemerintahan Islam berterusan sehingalah ke zaman Abu Bakar As Sidiq membentuk (6) Khilafah Islam.

Pada masa itu kuasa besar masih di tangan kerajaan Rum dan kerajaan Parsi. Selepas Rasulullah SAW wafat (632M), Islam mengalahkan kedua dua kuasa bear tersebut di zaman Umar Al Khatab lalu Islam ditabal sebagai (7) Ustazaiyaul A'lam, pemimpin alam sejagat dan terus memimpinnya dngan sistem Islam.

Jika diteliti, maratib amal yang digariskan oleh Al Imam As Syahid Hassan Al Bana adalah sangat identik dengan sirah Rasulullah SAW, ini kerana, pandangan Al Bana dibuat setelah membuat penelitian dan menkaji perjalanan sirah Rasul.

Oleh yang demikian, usaha pertama yang harus dilakukan untuk kembali menegakkan daulah Islam adalah melalui jalan tarbiyah bukan hanya melalui politik kepartian. Perlunya mentarbiah individu individu muslim, dari situ akan lahirnya bait Al Muslim (keluarga Muslim), setelah banyaknya bait al muslim maka terbentuklah Mujtama' Muslim (masyarakat Muslim), apabila masyarakat telah memahami Islam, maka perlunya kepada usaha tahrir Al Watan (membebaskan negeri) samaada dalam bentuk fizikal, ekonomi maupun pemikiran penjajah. Dan setelahnya, bina' daulah Islamiyah (membina negara Islam). Apabila kebanyakan negara sudah terbentuknya daulah islamiyah (negara Islam) maka akan diusahakan terbentuknya Khilafah Islam dan Islam akan kembali memimpin dunia sejagat.

Saya berkesimpulan, selagi mana sesebuah Jemaah itu berusaha untuk menegakkan daulah dengan mentarbiyah individu individu Muslim dengan manhaj yang benar selari dengan Al Quran dan Sunnah, juga jemaah itu punya orientasi untuk menegakkan daulah islam (negara islam) bahkan khilafah islam, maka dia termasuk dalam salah satu Jemaah yang berusaha untuk menegakkan Daulah Islam, walaupun dia bukan parti politik seperti PAS. Maka seharusnya kita berlapang dada dengan hal ini dan tidak mendakwa bahawa kita adalah satu satunya jemaah yang berjuang untuk Daulah Islamiyah (negara Islam) dan semua harus bergabung dan berjuang bersama sama kita sedangkan yang lain tidak.

Wallahua'lam, mungkin sahaja ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini.

Mereka berhujah memang itu yang dilakukan Rasulullah SAW saat berhadapan dengan masyarakat Jahiliyah yang langsung tidak pernah mendengar mengenai Islam. Langsung tidak pernah!. Mereka menyatakan Maratib Amal ini tidak sesuai diaplikasikan di Malaysia kerana tanah melayu dulunya pernah menjadi Negara Islam iaitu pada zaman Melaka, malah Hj Abdul Rahman Limbong yang berjuang menentang penjajah juga membawa bendera panji tentera laut Khilafah Uthmaniyah. Inilah bukti Islam pernah berkuasa di Tanah Melayu. Maka tidak perlu maratib amal ini, yang perlu adalah memperbaiki sahaja yang ada kerana memang Negara Islam pernah bertapak di tanah melayu. Ibaratnya, kalau sebuah rumah yang hanya rosak pintunya, apakan yang perlu dilakukan ialah dengan membina semula rumah itu?

Kepada mereka yang berhujah demikian, saya pulangkan mereka dengan hujah mereka kerana ini merupakan maslah ijtihad dan perlunya keluasan fikiran dan berlapang dada. Cuma saya tidak pasti, apakah yang rosak hanya pintunya sahaja ataupun tiang penegak rumah, kalau yang rosak cuma pintu, ya, ia bisa diperbaiki, tetapi kalau yang rosak tiang tiang asasnya, maka rumah tu perlu dibina semula kerana asasnya (foundation) tidak kukuh, menunggu masa untuk runtuh.

Saya juga mencadangkan kepada mereka membaca buku Muhammad Qutb yang telah diterjemahkan dengan tajuk bukunya 'Jahiliyah abad moden'. Apakah yang dimaksudkan dengan jahiliah?, apakah punya perbezaan yang ketara antara Jahiliah dulu dan sekarang?, Benarkah masyarakat Jahiliayah dulu tidak pernah mendengar langsung tentang ketauhidan?. Silalah menyimak bukunya, mudah mudahan beroleh jawapan.

Persoalan yang kedua adalah mengenai

Jamaatul Muslimin, apa, siapa dan bagaimana Jamaatul Muslimin itu?

..bersambung

Abu Redha
Kajang, Selangor

7 comments:

MOHD. FIRDAUS BIN SALLEH HUDIN November 16, 2009 at 7:21 PM  

salam syeikh...
artikel yg menarik.
isu ni agak bahaya.
boleh hilang kawan kalau x kena cara.
keterbukaan, lapang dada, akhlak islamiyah diperlukan utk membincangkan perkara ini.
dan selepasnya perlu diikuti dengan amal yang berterusan.
bukan sembang kosong.
apa2 pun, selamat berjuang sahabatku.

Anonymous November 17, 2009 at 7:49 AM  

Fuh..nak berlapang dada bukannya senang..

abu ridho November 17, 2009 at 8:13 AM  

Doakan saya istiqamah dalam perjuangn Ustaz Firdaus (Os), bukan berniat nak hilang kawan, cuma berniat menyedarkan..

Orang yang bijak adalah yang bijak membuat penilaian dan jauh dari fanatisme buta, kerana fanatik akan menjauhkan seseorang untuk berfikir secara rasional, akibatnya hilang kreativiti seorang Dai

Terkadang sesetengah kumpulan dakwah itu mendoktrin pengikutnya supaya hanya ikut sahaja, kalau kritis ertinya tak thiqah pimpinan, Dalam buku Jundullah
Said Hawwa berkata, “aku melihat segelintir kepimpinan Islam melayan pengikut-pengikutnya seperti hamba. Ia datang daripada tanggapan bahawa dirinya adalah Amir al-Mu’minin yang berhak untuk menerima ketaatan yang mutlak.”....

Namun harus juga difahami bahawa ketaatan adalah perlu tetapi perlu disertai dengan kefahaman yang mendalam, barulah kemudiannya akan menguatkan kethiqahan..

Anyway, saya sangat setuju dengan Ustaz Os, terkadang orang hanya pandai bercakap dan kritis tetapi kurang beramal, sedangkan amal itulah yang menetukan kesuksesan sesuatu dakwah
Wallahua'lam

Zikr November 18, 2009 at 12:59 PM  

artikel enta elok di hantar ke akhbar SIASAH utk di publish. kalau harakah, kemungkinan besar tak di terbitkan.

sangat bagus utk bacaan penggerak siasah Islam malaysia.

Amin Baek November 21, 2009 at 10:43 PM  

kupasan yang baik..jzklh

Anonymous September 5, 2011 at 1:02 PM  

tertarik dgn kata2 Ust. dan sy setuju benar ttg maratib amal trsebut.

Sbnarnya pada masa ini,waktu ini,tahun ini, teras utama perjuangan PAS ialah tetap tarbiyyah,dakwah & siasah. InsyaAllah kesemuanya saling bergerak scra seimbang.
sy hormati pandangan masing2 dan sy suka bila kita berlainan pendapat. sy juga gembira bila ISMA turut mmbantu menyuburkan peribadi muslim bersama2 jemaah lain.

sy tidak meminta org PAS utk masuk ISMA @ org ISMA utk masuk PAS, cuma apabila tibanya waktu pilihanraya dan dgn tarbiyah & dakwah yg kita telah lakukan, sama2lah kita menyokong parti islam yg bergerak dlm siasah. moga2 daulah islamiyah sama2 kita tegakkan.

Anonymous December 31, 2011 at 9:46 PM  

Salam Ust,
Saya bersetuju dengan pandangan ustaz. Sekarang sy bergerak dlm gerakan PAS. Sy sendiri dpt rasakan dlm PAS mengamalkan maratib amal ini cuma sebilangan ahli PAS yg tidak dpt menangkap ilmu ini secara akedemik. Perlu diketahui dlm PAS terdapat golongan muda, tua, profesional dan ustaz. Disana terdpt pelbagai aliran dan PAS dpt menyatukannya atas dasar ISLAM melalui perlembagaan PAS.
Dlm PAS ada tarbiah kpd ahli spt Usrah, tamrin dll. begitu juga dgn gerakan islam yg lain. Apa yg menarik dan istimewanya dlm PAS ialah gerakan pilihan raya dan bagaimana hendak menawan hati (dakwah) dlm suasana kontemporari kpd semua ummah termasuk non-muslim. Ini tidak terdpt dlm gerakan Islam yg lain.
Sy sarankan pembaca membaca buku Fathi Yakan. Disana terdpt ulasan ttg keburukan berbilang gerakan Islam.
Anyway, buat masa ini sy setuju dgn anonymous diatas yg menyarankan mengundi PAS / PR semasa PR 13 nanti.
Kesimpulannya, pelaksaan maratib ini perlu dijlnkan serentak. Kata ulama, masa kita amat suntuk. Hendaklah menggunakan masa sebaik mungkin dlm membentuk diri, keluarga seterusnya khalifah Islam ditegakkan.

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP