Hikmah di sebalik Musibah

>> Wednesday, February 24


Kereta saya yang remuk di bahagian kanan, terbabit dalam kemalangan di km-15 jalan lundu menghala ke Kuching. Turut kelihatan akhi Nizam dan Akhi Naqib yang membantu. Boleh klik di sini , 2, 3, untuk mengetahui lebih lanjut.

Ada yang bertanya,

Akh, apa hikmah disebalik apa yang berlaku?,

Saya menjawab,

Terkadang, hikmah itu jauh, sukar untuk menjangkakan, apatah lagi hendak mengatakan hikmahnya 'ini', hikmahnya 'itu'.

Mungkin pernah terbaca kisah ibunya Maryam a.s, isteri Imran ketika beliau sangat menginginkan anak, dan Allah anugerahkan kepada beliau seorang anak di dalam rahimnya, dengan tersangat gembiranya beliau bernazar

(Ingatlah) takkala bermohon isteri Imran: YaTuhanku! Sesungguhnya aku telah bernazar (anak) yang dalam perutku ini akan diperham­bakan kepada Engkau.Sebab itu terimalah daripadaku. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Pendengar, lagi Mengetahui (3:35)

Apa nazarnya?

Sekiranya lahir anaknya nanti, maka akan diserahkannya menjadi abdi Tuhan, menyelenggarakan Baitul Maqdis, kerana di antara keluarganya sendiripun ada yang menjadi penyelenggara rumah suci itu, yaitu Nabi Zakaria a.s.

Tidak lama kemudian,

Lahirlah zuriat yang dinantikan, TETAPI, anak yang lahir ini perempuan bukannya lelaki, jadi bagaimana mahu menjadi penyelenggara baitul maqdis, tambahan lagi ada hari hari yang wanita tidak dapat melakukan ibadah seperti lelaki. Maka isteri Imran pun mengadu kepada tuhan

Maka tatkala telah dilahir­kannya dia, diapun berkata: Tuhanku, sesungguhnya aku telah melahirkannya perem­puan. Padahal Allah terlebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu. Dan tidaklah laki-laki seperti perempuan. Dan aku telah menamainya Maryam, dan sesungguhnya aku memper-lindungkannya dan keturunannya kepada Engkau, daripada syaitan yang terkutuk (3:36)

Jadi apa kaitan kisah ini dengan hikmah?

Mari kita telusuri lagi Kalam Ilahi ini ,

“Jibril berkata: ‘Sesungguhnya aku ini hanyalah utusan Tuhanmu untuk memberitahu kepadamu tentang seorang anak lelaki yang suci.’”(Surah Maryam:19)

Maryam yang merupakan seorang wanita yang solehah merasa hairan dan kebingungan, mengapa dengan tiba-tiba dia dikhabarkan oleh Jibril akan kelahiran seorang anak lelaki? Bagaimanakah perkara ini harus berlaku? Sedangkan dia tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, apatah lagi untuk melakukan perbuatan-perbuatan keji yang lain? Lalu Maryam bertanya bagi memecahkan kebuntuan yang berada dalam fikirannya:

“Maryam berkata: ‘Bagaimana aku dapat melahirkan seorang anak lelaki sedangkan tidak pernah seorang manusiapun menyentuh aku dan aku bukannya seorang pezina’” (Surah Maryam; 20)

Lalu Jibril menjawab bagi merungkaikan ikatan keserabutan yang menyala-nyala di dalam kepala Maryam dan sekaligus menjadikan Maryam sebagai manusia pilihan yang mendapat rahmat:

“Jibril berkata: ‘Demikianlah Tuhanmu berfirman: Perkara tersebut amatlah mudah bagi-Ku dan agar dapat Kami jadikan suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat daripada Kami dan hal itu adalah suatu perkara yang telah diputuskan.” (Surah Maryam: 21)

Subhanallah!

Apa hikmahnya?

Walaupun ibu Maryam menginginkan anak laki laki untuk menjadi pengabdi tuhan (menyelenggara dan menguruskan baitul maqdis), namun rencana Allah ternyata lebih hebat. Maryam ternyata menjadi manusia pilihan tuhan dan dari rahimnya lahir seorang Rasul dinantikan umat tika itu 'Isa a.s'.

Pengajarannya,

Hikmah itu terkadang sukar terjangkau oleh akal, mungkin isteri Imran tidak pernah menyangka akan hikmah ini tetapi inilah yang terjadi. Hikmah itu ada, pasti ada, dan kita berhak untuk menyebutkan kemungkinan hikmahnya, namun yang paling mengetahui rahsia hikmah itu pastinya Rabbul Jalil, Allah SWT.

sekadar gambar hiasan


Antara hikmahnya, yang mungkin dapat saya ungkapkan

Allah hendak menguji ikatan ukhwah kita

Sewaktu kemalangan berlaku, dalam keadaan separuh sedar, Ikhwah yang terbabit kemalangan bertanya

Zaujah ana macam mana?, ikhwah ikhwah macam mana?

Keadaanya teruk, namun tetap dalam hatinya teringat ikhwah ikhwah, dan yang paling diingati tentulah zaujah..he..he..

Ikhwah kemudiannya membuat jadual tugasan, bergilir menjaga Akh Aizam di hospital walaupun exam tinggal beberapa hari lagi, loker pesakit bukannya dipenuhi dengan barang pesakit tetapi buku buku untuk ikhwah study..

Ikhwah UiTM juga membahagikan kerja masing walaupun waktu exam berbaki satu hari. Ada yang menguruskan insuran kereta, ada meraikan keluarga akh aizam yang datang dari jauh, ulang alik ke SGH, menguruskan keperluan saya dan lain lain.

Ikhwah juga bertanya, bagaimana dengan akh aizam?, apa sewajarnya kita yang menjaga atau isterinya?

Saya kira, ukhwah ini sudah lebih dari 'adik beradik', ikhwah sanggup mengorbankan kepentingan peribadinya demi maslahat ikhwah lain.

Begitulah indahnya hidup berjemaah, jadi harapnya ukhwah ini tidak tercabik dek kerana perkara biasa yang dianggap luar biasa hasil rekayasa syaitan durjana.

Masih banyak hikmah yang terlintas di fikiran ini, namun kerana limitasi untuk menulis, retak ditangan kanan ini menyebabkan saya terpaksa mengetik papan key board ini dengan sangat 'slow' sekali..

Akhir sekali, mari kita sematkan doa rabitah di dalam hati, kenang ikhwah ikhwah di saat membacanya, panjatkan doa di dalam tangisan tahajud kita untuk kesejateraaan ikhwah kita terutamanya Akhuna Karim Akh Aizam Idris yang parah dalam kemalangan.

Saya mengucapkan Jazakumulaahukhairan Jaza' kepada semua ikhwah yang membantu, Akhi C-dan yang menemankan saya di hospital tatkala saya sedang gemuruh. Akhi danial yanng menggenggam tangan saya tatkala saya resah, akhi Daus yang membawa saya ke hospital hingga ke balai polis, akhi Rizi dan anip yang memapah saya berjalan, Akhi Hisyam yang sangat banyak membantu walaupun turut sama terbabit kemalangan, juga akhi Zai dan Naqib yang menguruskan barang barang kami.

Akhir kalam, saya nukilkan puisi ringkas,

orang kata,
ukhwah itu cuma retorika,
sekadar teori pujangga dahulu kala,
tapi kini ku jawab dengan penuh bangga,
ukhwah-ku sudah ku jumpa,
bukan hanya retorika,
namun sinarnya segar menembusi jiwa..

Abu Redha
Kuching, Sarawak

1 comments:

SufiSuci February 25, 2010 at 6:29 PM  

Salam

akhi yang ana rindui, betapa terkejutnya ana setelah mendengar perkhabaran ini. Apatah lagi selepas menatap gambar yang dikongsikan ketika kemalangan ini terjadi.

Moga kalian terus tabah, diberi keampunan, rahmat dan diangkat derjat kemuliaan disisiNya.

Betapa sayunya hati kerna hanya mampu melihat dan tak mampu berbuat apa-apa kala ini.

Hanya doa yang terdaya ku kirim tanda rabitah hati. Air mata sudah kering tak mampu lagi menitis.

Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala hikmah ini..

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP