Kisah sekumpulan nelayan gigih yang tragis

>> Saturday, February 13

Sekadar berkongsi kisah sekumpulan nelayan

Tersebutlah kisah, ada sekumpulan nelayan kecil yang bercita cita tinggi, bercita cita untuk menjadikan perniagaan mereka besar dan maju.

Untuk mencapai cita cita mereka, maka para nelayan itupun berkerja keras sehari semalam, mereka tidak seperti nelayan yang lain, siang mereka bekerja malam mereka bergadang demi memastikan cita cita mereka terlaksana


Mereka bercita cita untuk membina sebuah kapal besar, yang mana akan lebih menambahkan penghasilan mereka, bersungguh sungguh mereka membina, bermula dengan melakar strukturnya sehinggalah kepada pembinaannya, saban hari kapal itupun semakin besar dan sangat besar namun belum cukup untuk menampung muatan yang banyak

Dalam usaha mereka membina kapal itu, tidak sedikit pengorbanan yang mereka curahkan tidak sedikit wang ringggit yang mereka habiskan, tidak sedikit tenaga yang mereka sembahkan.

..dan akhirnya, kapal itupun belayar walaupun belum cukup untuk menampung muatan yang banyak

Akibatnya, kapal itu selalu dilambung ombak, mungkin kerana stabilizer nya lemah, namun nelayan nelayan ini tetap gah meneruskan usaha mereka, bagi mereka tiada apa yang mampu menghalang mereka untuk berjaya


Prinsip ukhwah menjadi titik kejayaan mereka, apa yang susah diharungi bersama, apa yang senang dikongsi bersama

Kapten kapal memberi arahan

" Kita akan merapat dalam masa 15 minit, semua diminta untuk bersiap sedia", arah kapten kapal kepada para nelayan

Maka semua nelayan nelayan tadi pun bersiap, ada yang pergi menurunkan sauh, ada yang melihat ke daratan, ada yang mengukur kelajauan angin, ada yang menyukat kedalaman air, pokoknya semua memahami perananan masing masing

Alhamdulillah, kapal berjaya merapat.

Mereka berkeyakinan, selagi mana mereka mendengar dengan baik arahan kapten kapal, pasti mereka akan dapat meneruskan perjalanan mereka dengan baik.

Sehinggalah suatu hari, kapten kapal memberi arahan,

" Kapal kita masih belum kuat, maka kita perlu menguatkannya,tapi kita akan terus berusaha tanpa meminta bantuan dari sesiapapun", kapten kapal mengeluarkan titahnya kepada para nelayan yang lain

Maka, seluruh nelayan nelayan tadi pun berusaha untuk meningkatkan mutu kapal, menambah kuatkan stabilizer di bawah kapal supaya kapal tidak terpuruk di lambung ombak, juga menguatkan dinding kapal dan menambah baikkan strukturnya.

Sehinggalah bekalan bahan mentah mereka habis ditengah jalan, mereka ingin meneruskan pembinaan kapal itu tetapi kapten kapal menitahkan

"Tidak perlu, kita boleh berusaha sendiri tanpa perlu bantuan dari sesiapa, ", terangnya pada nelayan nelayan yang lain

Para nelayan yang lain pun berusaha lagi untuk menguatkan kapal mereka, namun tidak berdaya lagi..

Mereka menasihatkan kapten kapal, tetapi kapten kapal tetap bertegas dengan sikapnya

Akhirnya, mereka mengambil keputusan meneruskan pembinaan kapal itu TETAPI dengan kapten yang lain

Maka, bermulalah episod ' tercalarnya sebuah ukhwah', mereka yang sebelum ini sangat rapat, susah senang ditanggung bersama sebagai seorang nelayan, akhirnya terpaksa menelan pahit ini demi meneruskan juga cita cita mereka walaupun bukan bersama kapten kapal mereka yang sebelum ini

Kapal semakin besar, tetapi masalah lain pula yang timbul

Mereka adalah nelayan laut yang biasa, penghasilan mereka sebelum ini hanyalah di persesiran pantai, seiring dengan besarnya kapal maka mereka perlu ke laut dalam yang lebih luas demi untuk mengaut keuntungan yang lebih besar

"Jadi, siapa yang akan memandu dan mengajar kita di laut dalam ini, kita tiada pengalaman?", tanya salah seorang nelayan kepada nelayan yang lain

"Kita perlu mencari orang orang yang berpengalaman yang dapat memandu dan melatih kita", jawab nelayan yang lain

"Ya, betul tetapi siapa?", tanya nelayan lain yang dari tadi hanya asyik memerhatikan perbincangan saudara saudaranya

"Yang paling baik lah, paling sesuai dengan jiwa kita", jawab salah seorang nelayan

Maka, mereka pun memulakan usaha mereka untuk mencari orang yang dapat memandu mereka

Ada beberapa 'nelayan expert' yang mereka jumpa, semuanya memberi tawaran yang lumayan, masing masing punya kelebihan


Namun 'nelayan nelayan expert' ini punya cara tersendiri, mereka sering bersaing sesama mereka untuk berjaya

Dalam persaingan sesama mereka, terjadi juga beberapa ketidaksefahaman dan pergaduhan pergaduhan kecil antara mereka

Nelayan nelayan tadi terpaksa memilih nelayan yang paling expert untuk memandu dan melatih mereka dan akhirnya mereka memilih kumpulan nelayan Pak Mat, kumpulan nelayan yang baru hendak melakar kejayaannya di persada lautan, namun punya kekuatan tersendiri tetapi tidak kurang juga kelemahan mereka.

Kini, para nelayan itu merasa tenang sedikit, kerana sudah ada orang yang akan memandu mereka.

Masalah lain pula timbul, ada dikalangan para nelayan tadi tidak berpuas hati dengan pemilihan kumpulan Pak Mat untuk memandu mereka dalam pelayaran laut dalam

'Betul ke kumpulan Pak Mat ni boleh pandu kita, mereka pun macam banyak masalah!, tengok kapal mereka pun belum stabil", rungut salah seorang anggota nelayan

" Aku tak yakin lah", rungut yang lain

Ada yang seorang lagi, terus membuat keputusan meninggalkan kumpulan nelayan kerana tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat dan memilih kapal lain yang lebih besar yang dirasakannya selamat.

Dan akhirnya, mereka BERPECAH


Kerana apa?

Mereka sudah lupa akan cita cita asal mereka untuk meredah lautan mencipta kejayaan

Mereka lupa yang mereka pernah bersusah payah bersama, meredah badai dari hanya sebuah bot nelayan kecil sehinggalah ke sebuah kapal besar

Masing masing dari mereka sudah men 'klaim', bahawa dia punya hak untuk memilih kapal yang lebih baik

AKHIRNYA,

Cita cita mereka tergadai di tengah jalan, masing masing ikut haluan masing masing, memilih kapal yang mampu menyelamatkan mereka

Walaupun ada yang cuba mempertahankan supaya jangan berpecah, kerana kita sudah bersusah sehingga sekarang, apalah sangat dengan 'kumpulan pemandu' kalau kita punya seni tersendiri untuk berjaya.

Bukankah kita nelayan yang punya tekad dan keazaman?, bukankah kita nelayan yang punya rentak untuk berjaya?, bukankah kita nelayan yang yang punya manual tersendiri? bukankah kita nelayan yang hidup dengan penuh suasana ukhwah? bukankah kita nelayan yang bermula dari bawah sehingga kita mengukir sejarah pada hari ini?..nasihat salah seorang nelayan yang masih punya kesedaran

Namun, nasihat ini sudah tidak punya ertinya lagi kerana nelayan tadi sudah membuat keputusan untuk menaiki kapal lain yang dirasakannya selamat, cuma tinggal beberapa nelayan yang jelas dengan matlamatnya masih bertatih, bersungguh untuk mencapai tujuannya

Ya, mencapai tujuannya

Menakluki laut dalam untuk berjaya.


Sebuah pengalaman nelayan yang sangat berharga

Abu Ridho

11 comments:

Anonymous February 14, 2010 at 1:54 AM  

Jazakallah atas perkongsian yang diberikan..
Sungguh! banyak ibrah yang boleh diperolehi dari kisah ini..
Moga kita mengambil nilai2 murni untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian..

Anonymous February 14, 2010 at 2:05 AM  

"nasihat ini sudah tidak punya ertinya lagi kerana nelayan tadi sudah membuat keputusan untuk menaiki kapal lain yang dirasakannya selamat, cuma tinggal beberapa nelayan yang jelas dengan matlamatnya masih bertatih, bersungguh untuk mencapai tujuannya"

-Moga nelayan-nelayan yang tinggal ini terus bersatu padu untuk mencapai tujuannya..

zikr February 14, 2010 at 11:26 PM  

masyaAllah, moga yang terus tsabat dengan kapalnya berjaya dengan apa yang dicita-citakan dengn pertolongan Allah.

analytical_blue February 18, 2010 at 10:14 PM  

Ramai dari kita mampu untuk beramal islami, tapi.. tak ramai yang mampu untuk sentiasa ikhlas dan istiqomah dalam amal islami ini. Wallahua'lam.

Anonymous February 21, 2010 at 12:29 AM  

kenapa memilih kapal besar yg tampak gah sedangkan mungkin anak2 kapalnya tidak mendayung...mendayung anda sorang2 untuk kapal yg besar itu..futurlah anda..jadilah kapal itu terdampar dipantai tanpa menempuh lautan yang sgt mencabar..biarlah menaiki perahu kecil sahaja tetapi tetap mara ke tgh lautan...kerena nanti Allah akan pertemukan dengan kapal super hebat ditengah2 lautan untuk kita tumpang...kapal itulah yang membawa kita kedestinasinya...

p/s:ini t'jadi ditempat ana...melihat mereka hebat ttp rupanya2...
Ana merindukan nelayan2 yg sanggup menerima ana menjadi peneman utk mendayung kapal mereka..sungguh indah saat itu..sekurang2nya ana terlepas dari daratan yg penuh dgn binatang jahiliah..

Anonymous March 1, 2010 at 11:01 AM  

Semoga kita sentiasa mengikhlaskan niat kerana Allah, jangan sampai kita meremehkan orang dan merasa diri hebat..kata-kata untuk perkongsian bersama : merasa diri yang paling tawaduk dia adalah yang paling takbur, merasa diri yang paling alim dialah yang paling bodoh..moga kita tidak diperdayakan oleh syaitan yang sentiasa mengambil peluang untuk mensia-siakan amalan yang kita lakukan, dan moga diberikan kekuatan oleh Allah untuk menjaga amal2 kita..Kita perlu menyakini bahawa setiap apa yang berlaku itu adalah dengan izin Allah, sangatlah cetek ilmu kita untuk mempersoalkan apa yang terjadi, dan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan hanya Allah yang lebih mengetahui hikmah yang tersembunyi. ibnu tammiyyah pernah menceritakan satu cerita dimana apa yang menarik,ketika Ibnu Taimiyyah menutup cerita ini dengan mengatakan, “Semua yang ditetapkan oleh Allah adalah baik".

Anonymous March 2, 2010 at 1:27 PM  

betul2..ana bersetuju..smua yg ditetapkan Allah itu adalah baik..tapi ana rase ianya baik secara keseluruhannya..
study kes..
sesorang telah mencuri barang didalam rumah seorang yang beriman..

persoalannya..
adakan kejadian itu baik bagi pencuri tersebut..

klu kite consider org alim tu mmg lah satu ujian baginya..dan mendapat pahala jika ia bersabar..

ni contoh ja..
tapi ana tetap yakin..dalam kes "sebenar"..x da pencuri..yg ada hnylah org2 beriman..yg lebih kurang saja kemantapannya...
bukankah kita tahu..
bahawa ilmulah yg menyebabkan kita berselisih...
dan perselisihan kita tentunya dgn ilmu juga...tetap menjaga nilai2 ukhwah yg kita ilmui...

barakallah..

umairzulkefli March 4, 2010 at 1:38 AM  

kisah yang tragis...
apabila ia adalah kisah, ia pasti diceritakan mengikut sudut pandang pencerita...
yg kita perlu yakini, setiap orang pasti ada sebab mengapa mereka melakukannya.(jika kita masih mahu bersangka baik@husnuzzhon)

teruskan perjuangan
kita tetap bersama menuju syurga...
ijtihad kalau ikhlas kerana Allah, demi sebuah kebenaran, insya-Allah berbuah 2 pahala andai benar, 1 pahala andai tersilap.

jgn biarkan keputusan yg dilakukan atas dasar hawa nafsu semata..

wallahua'lam...

Mujahid Dakwah March 14, 2010 at 11:23 PM  

tergantung pada niat seseorang bila dia menulis dalam blog... sama ada nak meyakitkan hati orang atau untuk apa2 pun... segala pahalanya tergantung pada niat semasa menulis artikel dalam blog ni... jagalah tulisan anda, kerana ia akan menjadi bukti diakhirat nanti....

moga tulisan lebih Ikhlas dan tiada timbul persengketaan.. kerana itu lebih bahaya dari tulisan kita...

abu ridho March 15, 2010 at 12:01 PM  

kepada Mujahid Dakwah,

Saya tak kenal siapa anda, tulisan saya mungkin punya maksud tersirat, tetapi maksudnya bukanlah hendak menyakiti sesiapa atau menimbulkan konflik semata, cuma hendak memberi gambaran dan akibat yang mungkin berlaku..

Dan, saya tak tahu samaada anda sengaja menghubungkan nama anda kepada blog saya atau anda tidak tahu..harap boleh perkenalkan diri, setidaknya pun memberikan emel, supaya, seandainya saya ada masa, boleh kita berdiskusi lanjut..

wallahua'lam

mambi March 16, 2010 at 5:38 PM  

mujahid dakwah...sila kenalkan diri..saye nak berkenalan la...taaruf2...mana tau umah kite dekat ke? boleh ajak minum2...boleh bcg masalah dakwah...kan2...

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP