Monolog Duka

>> Monday, February 15


Aku hanyalah orang yang bercita cita
,
Ingin melihat sebuah kejayaan persada,

Aku hanya manusia biasa
,
Hanya mampu menangis di kala ketentuan tiba
.

Namun ku punya tekad membara,

Tidak pernah ingin kesatuan yang kubina,
Hancur musnah ditelan angkara,

Dek hanya kerana perselisihan sementara.


Benar katamu, wahai saudara,
Setiap insan punya rasa,
Ingin mencari kebenaran jua.

Namun bagiku, kebenaran itu perlu berencana,
Tersilap langkah, binasalah ia,
Padahnya bukan hanya sementara,
Berlarutan entah sampai bila.

Akhirnya ku kata
, Selamat berjuang wahai saudara,
walau kita di medan berbeza,
Namun jiwa kita sama,
Ingin melihat Islam dijulang dunia..

Salam perjuangan..


Dari insan yang benar benar mencintai saudaranya,

Yang ingin melihat kejayaan dakwah bersama,

Namun apakan daya, syaitan juga punya rencana,
Ingin mencabik umat manusia,
Tak tertahan lagi air mata,
Menitis mambasahi dunia.....

YA ALLAH, BERKATILAH PERJUANGAN SAUDARAKU, MASUKKANLAH DIA KE DALAM SYURGA-MU, SUNGGUH KU MENCINTAINYA KERANA-MU, MAKA SATUKANLAH KAMI DI DUNIA-MU YANG ABADI, PENUH REDHA-MU.


2 comments:

imammuda February 17, 2010 at 12:00 AM  

alhamdulillah, mantapnya puisi enta..
rasa macam nak copy paste masuk dlm blog ana..
blh ke?

abu redha February 17, 2010 at 7:20 PM  

boleh aje, sekadar luahan rasa insan sengsara, namun hanya sementara kerana jalan dihadapan sudah kunjung tiba..

Ku tidak ingin menoleh lagi,
Biarlah ia berlalu pergi,
Rencanaku sudah ku tata rapi,
Cita cita-ku kian pasti..

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP