Tahniah!!!: Sebuah Potret Kejayaan Pendakwah

>> Monday, February 1

Membaca kisah pemuda dari Indonesia ini membuatkan saya terharu diiring semangat yang membara untuk berjaya


Dr Oni Sahroni, PhD Al Azhar

Dr Oni Sahrani, beliau merupakan pemuda pertama Indonesia yang meraih PhD dalam bidang Fiqh Muqarrin dari Universiti Al-Azhar As Syarif. Dalam kesibukan orang berbicara akan kesukaran untuk berdaftar sebagai pelajar Master di Al-Azhar, apatah lagi menyandang gelarnya, pemuda ini telahpun meraih gelar PhD nya dengan pangkat summa cum laude. Tahniah!.

14 tahun di Mesir telah menjadikan beliau seorang pemuda yang benar benar cekal dan tabah, berjaya meraih Ijazah pertamanya di Al Azhar, kemudian melanjutkan pengajiannya di peringkat Master juga di Al-Azhar dan seterusnya meneruskan pengajian beliau sehingga peringkat PhD di Universiti yang sama.

Judul thesis beliau merupakan judul pertama yang dibahaskan dan tidak pernah dibahaskan sebelum ini baik di dunia arab maupun dunia Islam. Dengan judul thesisnya " Thabiah wa Atsar al ‘Alaqah baina al Abunuk at Taqlidiyah wa Furu’iha al Islamiyah fi Mishro wa Indonesia ; Dirasah Muqaranah (Hubungan antara Bank Konvensional dan Unit Usaha Syariahnya di Mesir dan Indonesia ; Studi Komparatif), telah melayakkan beliau menyandang gelar doktor (PhD) dengan pangkat tertinggi dan sekaligus mengangkat nama beliau khususnya di Indonesia dan dunia Islam amnya. Ketika ditanya, apakah faktor pendorong kejayaan, maka jawabnya amanah dakwah yang Allah titipkan.


Fakulti Syariah, Universiti Al Azhar As Ayarif , antara Universiti tertua di dunia

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dapat berjumpa dan mengenali beliau walaupun pengenalan yang sebentar.

Sewaktu saya di Cairo, lebih kurang dua tahun lalu, Ustaz Oni Sahrani menjemput saya di Masjid Sahabah, terletak berdekatan dengan Suuq sayyarat, berhampiran rumah Kedah yang saya tinggal.

Seorang pemuda bertubuh kurus dengan wajah putih berseri sambil membaca Al Quran kecil, menunggu saya berdekatan dengan pintu masjid. Dari wajahnya saya sudah mengenali bahawa pemuda ini bukan biasa orangnya, riak wajahnya berseri diukir senyuman, tutur katanya begitu teratur walaupun dalam 'loghat' yang berlainan.

"Ust Oni Sahroni?", saya menegur,

"Ya, saya, antum akhi Hafiz ya? dari Malaysia?

"Ya, saya", saya membalas, dan pengenalan ini disusuri beberapa siri pertemuan.

Ada beberapa orang Ikhwah Indonesia lagi yang sempat saya kenal . Sungguh, saya berasa sangat beruntung dapat berkenalan dengan mereka. Antara mereka Ust. Akmal, yang sedang menyiapkan Master di Al Azhar dan juga seorang lagi ikhwah Indonesia, afwan saya terlupa namanya, juga belajar di Al Azhar.


Bersama Ust Akmal, Yumna (anak Ust. Akmal) dan Ikhwah Ikhwah di Mesir

Masih jelas di ingatan saya dan tidak akan saya lupakan ketika mereka berdoa di telinga saya ketika pelukan perpisahan dan menasihatkan saya supaya terus thabat dalam dakwah dan tarbiyah. Sungguh benar benar terkesan dihati saya, benarlah ungkapan orang beriman itu ibarat cahaya yang dapat menembusi hati.

Akhirnya, saya berdoa, semoga dakwah ini melahirkan lebih ramai lagi rijal rijal seperti beliau bahkan mungkin lebih baik lagi

"Tahniah, Ust Dr. Oni Sahrani, kami ikhwah ikhwah Malaysia merasa bangga atas pencapaian ustaz, mudah mudahan ilmu dan gelar yang diperolehi akan menyemarakkan lagi dakwah di Indonesia khususnya dan dunia amnya"...kiriman mesej saya saya kepada beliau.

"Alhamdulillah,doakan semoga semakin istiqamah dalam dakwah......", beliau membalas

Demikian sifat orang beriman, gelar yang diperolehi semakin meningkatkan ketakwaan, khuatir akan menggugurkan istiqamah dalam perjuangan.

Bak kata beliau ketika menyandang gelar doktor " Prestasi Doktor ini hanyalah sarana yang harus kita wakafkan untuk kepentingan masyarakat. Tidak lain tidak bukan"

Sekian, sekadar coretan kebanggan.
Abu Redha
Kuching Sarawak

note;

Klik disini untuk lebih mengenali beliau: Dr Oni Sahroni


Ust shahrizan dan Ust Os, teman akrab saya, keduanya sedang melanjutkan pengajian peringkat Master di Al Azhar As Syarif, mudah mudahan kalian menjadi putera Malaysia pengukir sejarah kebangaan buat umat , teruskan perjuangan


3 comments:

hisyam_mujahid February 1, 2010 at 9:28 AM  

kepingin mau ke mesir

Shahrizan bin Mohd. Hazime February 1, 2010 at 7:33 PM  

salam

wah3...ni menambahkan semangat ana untuk ke Mesir malam ni. Doakan supaya ana dapat habiskan MA di sana. Amin

abu ridho February 2, 2010 at 11:39 AM  

amin, terus PhD akhi..jangan pikir kerja dulu, insya Allah peluang banyak untuk berkhidmat bila balik nanti, ku doakan kejayaan mu

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP