Adabiyat Amal Jamaie (Tatasusila Amal Jamaie) bahagian 1

>> Saturday, March 13


Salam kepada pembaca Pena Mujahid,

Sebelum saya membincangkan tajuk diatas, suka saya maklumkan bahawa perbincangan kali ini adalah untuk para 'akh' dan 'ukhti' yang telah berkecimpung dalam dunia Amal Jamaie. Adapun untuk selainnya, perbincangan ini mungkin berat dan sukar difahami, dan untuk itu, saya mohon maaf.

Ikhwah yang dikasihi.

Apa yang dimaksudkan dengan Amal Jamaie?

Dalam bahasa yang mudah difahami, amal jamaie adalah amal yang dilakukan secara bersama dan tersusun(munazzom) dalam sebuah struktur organisasi (jemaah) , mengikut manhaj yang sama dan juga punya matlamat (hadaf) yang sama.

Untuk memudahkan pemahaman, dari pengertian di atas, dapat kita fahami bahawa tidak dapat diterima seandainya ada yang mengatakan bahawa PAS dan Tabligh beramal Jamaie. Juga tidak dapat diterima seandainya ada yang mengatakan JIM dan ABIM beramal jamaie. Yang mungkin dapat diterima adalah, masing masing dari jemaah tersebut beramal jamaie.

Kerana apa?

Kerana masing masing dari jemaah tersebut punya manhaj yang berbeza, matlamat juga berbeza, sistem jemaah juga berbeza, begitu juga dengan para qiadahnya pun berbeza.

Maka dapat difahami, ciri ciri penting sebuah Amal Jamaie adalah
  1. Sebuah kerja yang dilakukan mestilah selari dengan perintah dan peraturan Jemaah
  2. Jemaah itu pula tersusun, berperaturan dan bersistem (munazzom)
  3. Punya manhaj tertentu (manhaji)
  4. Mempunyai matlamat tertentu (hadaf)
Mana dalilnya?

Katakanlah wahai Muhammad; Inilah jalanku yang lurus, aku dan orang yang mengikutiku, menyeru manusia kepada Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata..(Yusuf 12:108)

Huraian ayat

Inilah jalanku= manhaj tertentu
Aku dan orang orang yang menurutku
= jamaah (qaid dan jundi)

Menyeru manusia= amal/aktiviti
Kepada agama Allah
= matlamat tertentu

Berdasarkan keterangan yang jelas nyata= punya manhaj tertentu

Jelas daripada ayat ini, bahawa Islam menyuruh umatnya beramal jamaie, dan tidak dapat diterima sesetengah golongan yang tidak mahu beramal jamaie dengan mendakwa dakwah secara 'solo' lebih bagus, tidak timbul konflik, tidak bergaduh dan sebagainya.

Juga dalam ayat yang lain

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalan-NYA dalam satu saff, seakan akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh (As-Saff;4)


bersama ikhwah ikhwah di salah satu kursus di Seremban Negeri Sembilan

Hakikat Intima' (penggabungan ) dalam amal Jamaie

Ada yang beranggapan, hanya dengan mengisi borang sebagai ahli sesebuah jemaah atau organisasi, seperti ahli ISMA, ahli PAS atau ahli JIM, makanya ia telah bergabung dalam amal jamaie atau mungkin yang beranggapan dengan menghadiri ceramah ceramah PAS atau menggantung bendera ketika pilihanraya sudah dikira berintima' dalam amal jamaie. Mungkin juga ada yang beranggapan dengan dia selalu berulang alik ke pejabat atau ke markas sudah dikira berintima' dengan amal Jamaie.

Persoalannya, bagaimana hakikat intima' (penggabungan) yang sebenarnya?

Harus difahami, bahawa hakikat intima' itu harus melangkaui dari cuma memahami secara zahir (seperti yang disebutkan diatas)

Dimensi penggabungan tersebut, seharusnya difahami juga secara 'batin' seperti ikatan akidah, dan kuatnya ikatan fikrah dan ukhwah ahli sesebuah organisasi.

Makanya, seseorang yang ingin menggabungkan diri ke dalam amal jamaie perlu memahami erti penggabungan yang sebenarnya (Hakikat Intima')

Penggabungan yang dimaksudkan adalah
  1. Penggabungan akidi (secara akidah)
  2. Penggabungan Masiri (penentu hidup)
  3. Penggabungan berdasarkan keyakinan dan kejelasan (a'la basirah)
  4. Meleburkan kepentingan peribadi
  5. Mengerahkan segala potensi
  6. Memahami tujuan Amal Jamaie iaitu mardhatillah
  7. Bersedia patuh dengan matlamat, sarana, dan jalan kerja yang digariskan Amal Jamaie dengan rela hati.
bersambung..

p/s, tangan masih bersimen, agak slow dalam menaip, jadi sukar untuk menyelesaikan artikel ini, insya Allah 18 Mac ni bukak, doakan Allah Taala sembuhkan dan tangan ini dapat menyumbang sebanyaknya untuk Islam..

kepada ikhwah yang pergi rehlah minggu ini, UNIMAS, UiTM, UTP dan UPM, selamat menawan gunung Santubong..




kenangan trip gunung bako, Sarawak dengan akh Mambi

Alluhutaa'la A'lam

Abu Ridho
Kuching, Sarawak

7 comments:

mohd hanis March 14, 2010 at 2:26 AM  

Gambar kat highway seremban baru!. Tahu tahu. sekarang ada juga yang debat pasal siapa yang lebih ikhwan ( siapa yang paling ikut manhaj IM). Err, mudahan kita semua ikhlas.

Mujahid Dakwah March 14, 2010 at 11:23 PM  

tulah.. ada yang kata siapa yang lebih ikhwani??? Katanya dia lebih ikhwani dari orang lain??... apa yang penting adalah keikhlasan kita dalam beramal jamaie....

jangan rasa diri kita hebat dari orang lain, sangat buruk sikap itu... jangan canang benda buruk seseorang(organisasi) kepada orang lain(pendengar) yang mungkin belum kenal pun lagi orang(organisasi) yang diburukkan itu... sangat hina perbuatan itu...

TAPI....ceritakanlah kebaikan seseorang itu ataupun lebih baik cerita kebaikan kamu pada orang yang belum tahu(pendengar)....kerana itu lebih mulia dari kamu menghina, memburukan, menjatuhkan orang yang mungkin pernah bersama kamu, yg mungkin pernah membantu kamu, yg mungkin pernah mengajar kamu dan mungkin juga pernah mentarbiyah kamu...

jangan lupa jasa baik orang...hanya kerana merasa diri siapa yang lebih ikhwani dan diri siapa yang tak ikhwani... kerana itu bukan yang PENTING dan FOKUS...

tapi yang penting adalah diri siapa yang lebih islami(melaksanakan islam dengan Syumul) dari diri siapa yang tak islami... jangan salah fokus!!! Islam itu yang lebih utama.....Ikhwan ini adalah manhaj je... yang penting manhaj Nubuwah dan Islam itu sendiri...

Moga lebih ikhlas dalam menulis... tulislah kerana Allah.. setiap tulisan tergantung pada niat kita... kita akan dapat apa kita niatkan...(adakah utk menyedarkan atau utk menimbulkan konflik yang lebih parah)...

Fikirkan Akhi wa Ukhti...

hisyam_mujahid March 14, 2010 at 11:59 PM  

akhi hanis, tempat tu dekat dengan umah nta ka? berdepan dengan kubur tu, huhu. nanti bleh la nak p lawat umah nta plak. :)

mujahid_dakwah (beliau cuma salah seorang pembaca blog ni, bukan pemilik blog. ana dah konpemkan dengan pemilik blog): komen akhi ok, idea yang dibawa pun ok. jangan terlalu taasub dengan jamaah sehingga hilang nilai dakwah ilallah yang dianuti selama ini. malah konsep dakwah ilallah adalah tsawabit yang ke-10 seperti yang diketengahkan oleh syeikh jum'ah amin.

cuma seperti yang akhi mujahid_dakwah ungkapkan, harap setiap tulisan dan komen bukanlah untuk mengeruhkan air yang sedia jernih. artikel ni membahaskan tentang intima dengan amal jama'ie, langsung tidak menyentuh masalah ikhwani tak ikhwani, atau apa2 tu. wallahu a'lam.

abu ridho: mudah2an diberikan kesembuhan dan dapat meneruskan dakwah melalui medium blog seperti biasa. dah banyak benda dalam kepala tu yang nak ditulis.

abu redha March 15, 2010 at 11:49 AM  

salam pembaca PM,

seringkali saya lihat orang tersasar dari perbahasan sebenar dek hanya kerana terpengaruh dengan komen..

Jazakallah hisyam_mujahid ingatkan, saya langsung tak membahaskan bab ikhwani tak ikhwani..yang cuba saya ketengahkan tentang amal jamaie dan tatasusilanya..itu sahaja..bab ikhwani tak ikhwani, mungkin lain kali kita bincangkan kalau ada kesempatan..

Kepada Mujahid dakwah, mungkin tersalah linkkan namanya ke blog saya, harap pembaca tak tersalah faham dengan menganggap itu komen saya..harap maklum

wallahu a'lam
Abu Redha

mohd hanis March 17, 2010 at 11:14 PM  

afwan, ana silap bagi komen mungkin. ana cuma cakap berdasarkan kawan ana yang study medic di mesir. melihat blognya yang panjang lebar membahskan tentang benda ini(tentang ikhwan atau tidak). itu sahaja.

HIsyam :Seremban 2 jam dari rumah ana. Dekat area tu ada ladang ternak burung unta. Mungkin ikhwah boleh lawat. Mana tahu ikhwah potensi untuk buat satu ladang ternak burung unta pulak.

www.hafidzyusoff.blogspot.com March 18, 2010 at 10:03 AM  

salam akhi hanis,

tak ada salahnya komen antum, yang menjadi masalah bila ditindaklanjuti dengan komen susulan yang tak berkaitan dan kemudiannya lari dari tujuan asal perbincangan

selamat berjaya dalam exam

hisyam_mujahid March 18, 2010 at 10:15 AM  

akh hanis: wah! burung unta!!! kepingin nak tengok. insya ALLAH kalau ada rezeki dan kesempatan, nak juga ke umah nta, pastu nta bawa jalan2 :)

p/s: tuan blog jangan mare. komen tak berkaitan isi.

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP