Hilux Vs Kancil

>> Friday, April 30

Salam pembaca PM, dah lama rasanya tak update, lebih 2 minggu rasanya.

Masih mencari masa dan tenaga (baik fizikal maupun ruhi) untuk mencoret disini, terkadang ada masa tapi ruhi lemah dan terkadang ada ruh tapi masa pula tiada.

Untuk apa menulis?, soalan yang seringkali saya tanyakan pada diri saya.

Bagi saya, menulis boleh menenangkan jiwa, menguatkan ingatan, menambah pengetahuan, menguatkan jiwa dan dapat berkongsi ilmu dan fikrah dengan teman. Bak kata Ust. Hasrizal ' Menulis bukan untuk memberitahu tetapi untuk mencetuskan MAHU'

Ya, mencetuskan mahu..

Bagi saya, menulis bukan sekadar hobi tetapi keperluan untuk sebuah perjalanan kehidupan. Sebab itu saya tidak suka menulis dalam keadaan 'ruh' yang lemah kerana ruh yang lemah tidak mampu memberi kekuatan kepada sesiapa hatta diri sendiri

Pepatah arab ada menyebut

faaqidu syai' la yu'ti

ertinya, 'orang yang tidak punyai apa apa, tidak akan memberi apa apa '

Kekuatan itu Keimanan

Toyota Hilux

Jika dibandingkan kelajuan kereta Toyota Hilux dan kereta Kancil, yang mana lebih laju dan bertenaga?

Tentu jawapannya Toyota Hilux, tiada siapa yang boleh menafikannya. kenapa?

Kerana enjinnya jauh lebih kuat dibandingkan dengan enjin kancil. Enjin Hilux bersaiz 2500 cc (cubic per centimetre) dan ada yang lebih besar manakala enjin Kancil mungkin cuma 850 cc

Kereta Kancil

Begitulah analoginya keimanan

Ibarat sebuah enjin yang menggerakkan tuannya, semakin kuat dan besar enjin itu, maka semakin gah dan jauh lah ia melangkah

Hati yang telah memiliki iman akan berasa puas, tetap dan mantap. Hati ini akan mendesak tuannya untuk melaksanakan segala perintah perintah Allah SWT

Sesungguhnya orang orang yang beriman hanyalah orang orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya kemudian mereka tidak ragu ragu dan mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa raga mereka pada jalan allah, mereka itulah orang orang yang benar ( Al-Hujurat 49:59)

Inilah iman yang hakiki. Iman yang tidak sabar sabar lagi untuk berjuang dan beramal. Iman yang tidak rela atau tidak sanggup untuk memisahkan apa yang berada di dalam jiwa dengan amalan kehidupan seharian

Jadi, kita harus punya iman 'enjin Hilux' bukan iman 'enjin Kancil'

Sibuk dan Iman

Melihat ikhwah dan akhwat yang sibuk dengan dakwah membuatkan saya sering bermuhasabah.

Apa yang menggerakkan mereka menjadi seperti itu?

Jawapannya IMAN, mereka menjadi besar kerana kapsiti iman mereka seperti 'enjin hilux' bukan 'kancil' walaupun kereta yang mereka naiki cuma kereta kancil..he..he..

Letih?, ya memang letih

Sejak minggu lepas, hampir setiap malam saya turun ke Kuching dari Samarahan

Jumaat malam program hafazan dan mabit bersama ikhwah di kolej perubatan, Alhamdulillah majoriti ikhwah dapat menghafal dengan baik dan lancar, maklumlah memang 'selected person'.

sekadar gambar hiasan

Sabtu, saya dan isteri ke rumah dr. Khairul, ada pengisian dengan remaja muslimat sekolah, peserta kira kira dua puluh orang. Alhamdulillah, respon yang baik dari peserta, masing masing punya kesedaran untuk berubah. Pengisian pertama oleh isteri saya dan pengisian ke dua dari akh mambi, dengarnya, muslimat sekolah ini menangis keinsafan ketika mendengar pengisian oleh akh mambi..mudah mudahan menjadi titik mula sebuah perubahan buat mereka

Malamnya, bergegas ke Kolej sains Kesihatan Bersekutu (KSKB), menghantar isteri untuk mengelolakan halaqah. Alhamdulillah dakwah di KSKB makin subur, jumlah ikhwah akhwat juga semakin bertambah.

Ahadnya, ke Kuching semula, jemputan menghadiri taklimat tentang PEMBINA yang disampaikan oleh Akhi Rosdi, Presiden PEMBINA Perak dan juga motivator Motivasi Alihan Pelajar (MAP). Pembentangan yang menarik (boleh lihat blog akh mambi)

Esoknya, terima kiriman sms dari akh Danial

Akh, malam ni halaqah macam mana?, tugasan belum bagi lagi", sms dari Danial

Tugasan kita ganti dengan hafazan dan pengisian", saya menukar sedikit agenda halaqah, tambahan lagi sekarang waktu cuti dan ada yang exam

Isnin malam itu, saya memberikan task menghafal surah an-naba' dalam masa 20 minit dan Subhanallah mereka memang mampu menghafalnya, memang 'selected persons'. Disusuli sesudahnya dengan pengisian tentang adab dan etika penghafaz Al Quran. Alhamdulillah semua bersemangat untuk menghafal.

Keesokannya, di Lab, tiba tiba supervisor saya masuk dan bertanya

Ha, pis..bila nak hantar abstract untuk conference??

Err..insya Allah esok atau lusa saya hantar.." jawab saya dengan nada serba salah

Masih mencari ruang masa untuk menulis..

Petangnya, dalam perjalanan balik ke rumah, masuk lagi sms

" Akh, usrah malam ni ditukar selepas maghrib bukan selepas isyak, ana pun baru di inform", sms yang saya terima

aduh!, mengeluh saya

belum pun sempat masuk rumah, saya bergegas ke Kuching bersama ikhwah, takut terlewat

Alhamdulillah, sampai waktu maghrib di tempat usrah.

Erm..ikan bakar dan nasi yang dihidangkan oleh tuan rumah menjadi pengubat keletihan, jazakallahukhair pada tuan rumah. Memang sedap.



Usrah dimulakan, alhamdulillah kelihatan semua ikhwah bersemangat membentangkan tugasan dan amal dakwah masing masing

sekadar gambar hiasan

Naqib saya mengingatkan

qum ilas solah mata sami'ta an-nida` mahma takun az-zurhuf

Ertinya, bila kamu mendengar seruan azan, hendaklah kamu terus mengerjakan solat walau sesusah mana pun

Dia ingatkan lagi..,

" kaana Rasulullah SAW solatan jamaat fi al ahrbi, fa ma bala fi silmi'

Ertinya

Adalah rasulullah saw bersolat jemaah walaupun dalam peperangan, maka apa yang menghalang kamu ketika kamu senang untuk solat berjemaah.

Hemm.., satu peringatan untuk saya yang acapkali terlalai kerana kesibukan dunia.

Usrah tamat hampir pukul 1 pagi, dan kami bergegas pulang ke samarahan.

Esoknya, Rabu, ikhwah hantar sms.

Akh, malam ni ada syura, minta luangkan masa, dibuat di kolej perubatan" sms masuk ke telefon saya

Malam itu saya dan mambi pun bergegas ke Kuching semula.

Alhamdulillah syura berjalan dengan baik, Ikhwah sudah ready untuk 'gempur' semester hadapan.

Hinggalah hari ini..Khamis..pekena (loghat kedah) nasi ayam penyet barouk depan water front, memang sedap, (kena hirup juga nikmat dunia sekali sekala he..he..jz to kawan kulat kerana belanja ikhwah, 1st time km makan kat sini, rasa ayam penyet sebenar..)


nasi ayam penyek sarawak (gambar hiasan)

Sibukkah saya?..

Kalau pembaca sekalian mengatakan saya sibuk, maka saya katakan kesibukan saya ini mungkin hanya 1/3 atau kurang dari kesibukan ikhwah dan akhwat yang pernah saya kenal

Pernah saya lihat, ikhwah yang hidupnya hanya dalam kereta, pakaiannya disimpan dalam kereta, travel dari Johor ke Kl, kemudian ke Perak dan kemudian ke Kl dan Johor semula. Hanya kerana dakwah..

Sebuah pengorbanan yang menjadi inspirasi insan kerdil seperti saya.

Sabtu lepas juga ada Ikhwah HAMAS turun ke Malaysia, isi pengisiannya disampaikan semula oleh Ikhwah yang pergi, mendengar tentang jihad dan kesibukan mereka, terasa kesibukan diri ini dibanding mereka bagai 'semut di padang pasir'.

Penceritaan mereka bukanlah untuk mencari simpati tetapi sebagai MOTIVASI.

Letih, ya memang letih..namun semua itu terasa ringan bagi mereka kerana kapasiti iman mereka lebih hebat dari 'enjin Hilux' ..

Kesimpulan

Iman bukan hanya ungkapan tetapi TUNTUTAN. Mengaku beriman tanpa menunaikan tuntutannya bererti iman belum sempurna, dan tuntutan keimanan bergantung kepada KAPASITI iman tersebut..

Iman bukanlah angan angan, bukan pula sekadar hiasan, tetapi keyakinan yang hidup di dalam hati dan diterjemahkan dengan amal..(Hasan Al Basri)

Jadi, mari tambahkan 'kapasiti' iman.

Sungguh enjin Hilux itu lebih bermanfaat dari enjin Kancil

Wallahua'lam
Coretan sementara menanti 'extraction' complete
Analytical Chemistry Labotarory
Department of Chemistry

p/s kancil saya dilanggar toyota, kancil hancur tetapi toyota tetap 'steady'.

teruskan membaca...

Dakwah VS Study

>> Saturday, April 17

SMS yang saya terima

"Akh, Ikhwah minta ana pergi daurah jugak, ana ada assignment belum siap, carry mark untuk assignment ini 60%, apa pandangan antum?"

Demikian antara sms dan juga pertanyaan yang saya terima, sms masuk lagi

" Akhi, ana tak dapat pergi program sebab assignment, kemudian ikhwah mesej ana Berangkatlah kamu baik dalam keadaan kamu berasa ringan maupun berat ..,(9:41) betul ke penafsiran ayat ini atau sudah melangkaui dari penafsiran sebenarnya?

Dalam satu daurah, Daurah Sarawak (DASAR) baru baru ini, dalam salah satu LDK

Salah satu LDK DASAR

'Apa pandangan antum, antara dakwah dan study, yang mana perlu diutamakan?", tanya seorang ikhwah kepada ikhwah yang lain dalam sesi pembentangan

Ikhwah yang membentangkan pun menjawab

" Kita datang ke Universiti dengan tujuan untuk belajar, besar harapan mak ayah kita.....tentang dakwah..."

Kemudian ada ikhwah memotong perbicaraan,

"Jadi antum beranggapan bahawa study lebih utama dari dakwah..begitu ke maksudnya??"

Demikian lebih kurang dialognya.

Ikhwah tadi tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan, mungkin masih keliru antara dakwah dan study, yang mana lebih prioriti

.......Berhenti sejenak....

Antara matlamat dan alat

Seekor ayam menetaskan telur, mengeram telurnya dan kemudian dari telur itu lahirlah anak ayam.

Mari melihat struktur telur ayam.



Didalam telur ayam terdapat tiga bahagian utama. Kulit, putih telur dan kuning telur.

Ketiga tiga bahagian mempunyai peranan masing masing, bahagian yang paling penting adalah kuning telur kerana pada bahagian ini akan terbentuknya anak ayam, manakala bahagian putih telur juga tidak kurang pentingnya kerana bahagian ini membekalkan protein dan segala keperluan lain kepada kuning telur dan kulit berfungsi untuk melindungi telur..

Kehilangan kuning telur akan membuatkan anak ayam tidak dapat hidup manakala kekurangan putih telur dan kulit akan membuatkan anak ayam tidak dapat berkembang dengan baik.

Ermm, apa perkaitan telur ayam ini dengan subtopik "matlamat dan alat"?

Saya simpulkan bahawa kuning telur adalah MATLAMAT iaitu untuk mendapatkan anak ayam manakala putih telur dan kulit adalah ALAT atau cara untuk menjayakan matlamat itu

Jadi mana yang lebih penting?

Kuning telur atau putih telur atau kulitnya...

Contoh yang lain..

Seorang mahsiswa universiti, bercita cita untuk mendapat anugerah dekan (dean list) pada setiap semester. Untuk itu dia mempersiapkan segala keperluan untuk cita cita nya

Dia akan pastikan yang dia akan hadir awal ke kuliah, menyiapkan semua assignment yang diberikan, membuat nota ringkas pada setiap subjek yang diajarkan dan sering mengulangkaji pelajaran.

Namun..

Ketika tiba hari peperiksaan, dek kerana terlalu asyik belajar, mahasiswa terbabit tersalah melihat jadual peperiksaan dan tidak datang mengambil peperiksaan.

Nah, dia pun frust, dirasakan semua usahanya sebelum ini sia sia tidak berguna, terasa bagaikan ada gunung besar menghempap ke pundaknya

Aduh!..kesian

Pelajar terbabit tersalah percaturan, terlalu leka dengan belajar sehingga terlupa akan waktu peperiksaan

Jadi, saya simpulkan bahawa mengambil peperiksaan untuk dia mendapat dean list itu MATLAMAT manakala belajar adalah ALAT untuk mencapai matlamat itu

Namun, amat dikasihankan, dia sudah tersalah mengutamakan Alat sehingga terlupakan Matlamat..

Matlamat Hidup Manusia

Apa matlamat hidup sebagai hamba Allah?, mari telusuri ayat di bawah

Dan apabila tuhan kamu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya aku hendak menjadikan diatas muka bumi ini seorang KHALIFAH..( Al Baqarah 2: 30)

Didalam ayat yang lain Allah berfirman

Dan tidak aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka MENYEMBAH kepada-KU..(Adz-Dzariyat 51:56)

Nah, ternyata matlamat manusia dijadikan adalah untuk menjadi KHALIFAH dan HAMBA.

Maka, kita sebagai KHALIFAH dan HAMBA perlu melaksanakan tanggungjawab utama kita untuk menyampaikan kebenaran serta menyeru seluruh manusia supaya tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Ini MATLAMAT

Khalifah umpama Lasso (lihat nota kaki). Tugas sebagai khalifah menuntut kita untuk memastikan setiap dari rakan, keluarga dan semua umat manusia berada dalam 'kandang' ibadah, tidak boleh terkeluar. Selagi mana masih ada rakan, keluarga dan siapa sahaja yang masih di luar 'kandang' maka kita dituntut untuk menariknya masuk ke 'kandang' ibadah.


Maka tugas sebagai KHALIFAH dan HAMBA yang beribadah ini adalah MATLAMAT.

Tersasar dari matlamat ini akan menyebabkan umat manusia tersasar dari tujuan hidup.

Berapa ramai dari umat manusia yang tujuan hidupnya hanya untuk mencari rezeki, akibatnya, walau harta yang bertimbun dikumpulkan tetapi tetap tidak merasa puas dalam hidup kerana mencari rezeki bukan tujuan hidup

Aku tidak mengkehendaki rezeki sediktpun dari mereka dan tidak pula Aku kehendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Maha pemberi rezeki lagi mempunyai kekuatan yang kukuh (Adz Dzariyat 51; 57-58)

Berapa ramai dari manusia yang tujuan hidupnya hanya mengejar keduniaan, sering bertukar kereta dan rumah, sibuk mencintai kebendaan yang fana, tetapi tetap tidak merasa puas, kerana itu bukan matlamat dia diciptakan.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga) (Ali Imran 3:14)

Hasan Al Bana mengingatkan umat manusia dalam risalah beliau 'Ke Mana Kita Menyeru Manusia'

"Itulah antara tujuan yang lumrah dikejar oleh umat manusia di dalam kehidupan di dunia. Semoga Allah membebaskan kaum yang beriman dari perbuatan tersebut itu. Dan semoga Allah menganugerahkan tugas yang lebih mulia dari seluruh perbuatan seperti itu. Yakni tugas memberi petunjuk kepada umat manusia, membimbing kepada kebaikan dan memakmurkan dunia dengan risalah Islam..."

Malaysia melahirkan graduan dalam bidang agama hampir atau lebih 1000 setahun. Al- Azhar sahaja melahirkan ratusan pelajar Malaysia yang ber graduate dalam setahun, ditambah dengan graduan agama dari universiti universiti di negara negara lain dan juga universiti universiti di Malaysia sendiri.

Tetapi sayangnya, tidak sedikit dari mereka tersasar dari matlamat sebenar. Akhirnya, mereka disibukkan dengan mencari wang, mengumpul kekayaan, menikah dan kemudian bersenang dengan kereta dan rumah yang dimiliki. Mungkin mereka terlupa bahawa ilmu dan harta yang dikumpulkan cuma alat untuk mencapai Matlamat sebagai Hamba dan Khalifah.

Saya tidak mengatakan mengumpul harta, membeli kereta besar untuk keperluan keluarga dan bekerja mencari rezeki itu salah, tetapi harus diingat bahawa semua itu tidak lebih hanya sebagai Alat dan cara untuk sampai kepada Matlamat. Masalah timbul bila Alat dianggap Matlamat dan hanya berhenti di situ..full stop

Namun, tidak dinafikan, ramai juga graduan dari bidang agama ini yang sedar bahawa ilmu yang dipelajari adalah sebagai alat dan sarana untuk mencapai matlamat berdakwah kepada masyarakat.

Sekali lagi, salah aturan mengutamakan Alat sehingga terabai Matlamat membawa padah.

..berbalik kepada topik asal..

Menjawab soalan dakwah dan study, yang mana prioriti

Setelah memahami bahawa dakwah adalah MATLAMAT dan study adalah ALAT dan cara untuk sampai kepada matlamat, maka kita dapat meletakkan sesuatu di tempat yang sebetulnya

Kedua duanya penting, bahkan sangat penting, apalah gunanya dakwah kalau kita menjadi orang yang gagal, musnahnya Alat menyebabkan tidak tercapainya Matlamat.

Maka, saya berpandangan adalah tidak adil mendahulukan study melebihi program program dakwah seperti halaqah, usrah, daurah dan sebagainya melainkan dengan alasan yang sudah tidak dapat dielakkan.

Apalah gunanya putih telur sekiranya kuning telurnya sudah TIADA

Sayangnya, ramai yang tersalah mengutamakan ALAT dari MATLAMAT, mengutamakan study dari terlibat dengan aktiviti aktiviti dakwah dan akhirnya ketika mereka graduate, mereka masih tercari cari jawapan kepada persoalan yang sering bermain di fikiran mereka

Untuk apa aku belajar?...adakah hanya untuk mendapat sebuah pekerjaan?..

Sebuah natijah mengutamakan ALAT melebihi MATLAMAT

Saya membalas sms yang dikirimkan kepada saya,

" Ana rasa, elok antum pegi daurah, selalunya assignment yang melibatkan peratusan besar macam ni akan diberi sebulan atau dua bulan lebih awal, adalah tidak adil, seandainya program dakwah yang hanya dua hari, kita tak dapat hadir sedangkan ada baki berpuluh hari lagi untuk menyiapkan assignment, waktu daurah pun boleh cari masa siapkan assignment, yang perlu diperbaiki adalah pengurusan masa yang lebih baik, agar tidak menzalimi mana mana..."

Wallahua'lam
Abu Redha

Note:

Lasso : Lasso is a loop of rope that is designed to be thrown around a target and tighten when pulled. It is a well-known tool of the American cowboy

Daurah: Seminar untuk meningkatkan wawasan pemikiran para aktivis dakwah

teruskan membaca...

DASAR' (Daurah Sarawak)

>> Friday, April 9

teruskan membaca...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP