Hilux Vs Kancil

>> Friday, April 30

Salam pembaca PM, dah lama rasanya tak update, lebih 2 minggu rasanya.

Masih mencari masa dan tenaga (baik fizikal maupun ruhi) untuk mencoret disini, terkadang ada masa tapi ruhi lemah dan terkadang ada ruh tapi masa pula tiada.

Untuk apa menulis?, soalan yang seringkali saya tanyakan pada diri saya.

Bagi saya, menulis boleh menenangkan jiwa, menguatkan ingatan, menambah pengetahuan, menguatkan jiwa dan dapat berkongsi ilmu dan fikrah dengan teman. Bak kata Ust. Hasrizal ' Menulis bukan untuk memberitahu tetapi untuk mencetuskan MAHU'

Ya, mencetuskan mahu..

Bagi saya, menulis bukan sekadar hobi tetapi keperluan untuk sebuah perjalanan kehidupan. Sebab itu saya tidak suka menulis dalam keadaan 'ruh' yang lemah kerana ruh yang lemah tidak mampu memberi kekuatan kepada sesiapa hatta diri sendiri

Pepatah arab ada menyebut

faaqidu syai' la yu'ti

ertinya, 'orang yang tidak punyai apa apa, tidak akan memberi apa apa '

Kekuatan itu Keimanan

Toyota Hilux

Jika dibandingkan kelajuan kereta Toyota Hilux dan kereta Kancil, yang mana lebih laju dan bertenaga?

Tentu jawapannya Toyota Hilux, tiada siapa yang boleh menafikannya. kenapa?

Kerana enjinnya jauh lebih kuat dibandingkan dengan enjin kancil. Enjin Hilux bersaiz 2500 cc (cubic per centimetre) dan ada yang lebih besar manakala enjin Kancil mungkin cuma 850 cc

Kereta Kancil

Begitulah analoginya keimanan

Ibarat sebuah enjin yang menggerakkan tuannya, semakin kuat dan besar enjin itu, maka semakin gah dan jauh lah ia melangkah

Hati yang telah memiliki iman akan berasa puas, tetap dan mantap. Hati ini akan mendesak tuannya untuk melaksanakan segala perintah perintah Allah SWT

Sesungguhnya orang orang yang beriman hanyalah orang orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya kemudian mereka tidak ragu ragu dan mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa raga mereka pada jalan allah, mereka itulah orang orang yang benar ( Al-Hujurat 49:59)

Inilah iman yang hakiki. Iman yang tidak sabar sabar lagi untuk berjuang dan beramal. Iman yang tidak rela atau tidak sanggup untuk memisahkan apa yang berada di dalam jiwa dengan amalan kehidupan seharian

Jadi, kita harus punya iman 'enjin Hilux' bukan iman 'enjin Kancil'

Sibuk dan Iman

Melihat ikhwah dan akhwat yang sibuk dengan dakwah membuatkan saya sering bermuhasabah.

Apa yang menggerakkan mereka menjadi seperti itu?

Jawapannya IMAN, mereka menjadi besar kerana kapsiti iman mereka seperti 'enjin hilux' bukan 'kancil' walaupun kereta yang mereka naiki cuma kereta kancil..he..he..

Letih?, ya memang letih

Sejak minggu lepas, hampir setiap malam saya turun ke Kuching dari Samarahan

Jumaat malam program hafazan dan mabit bersama ikhwah di kolej perubatan, Alhamdulillah majoriti ikhwah dapat menghafal dengan baik dan lancar, maklumlah memang 'selected person'.

sekadar gambar hiasan

Sabtu, saya dan isteri ke rumah dr. Khairul, ada pengisian dengan remaja muslimat sekolah, peserta kira kira dua puluh orang. Alhamdulillah, respon yang baik dari peserta, masing masing punya kesedaran untuk berubah. Pengisian pertama oleh isteri saya dan pengisian ke dua dari akh mambi, dengarnya, muslimat sekolah ini menangis keinsafan ketika mendengar pengisian oleh akh mambi..mudah mudahan menjadi titik mula sebuah perubahan buat mereka

Malamnya, bergegas ke Kolej sains Kesihatan Bersekutu (KSKB), menghantar isteri untuk mengelolakan halaqah. Alhamdulillah dakwah di KSKB makin subur, jumlah ikhwah akhwat juga semakin bertambah.

Ahadnya, ke Kuching semula, jemputan menghadiri taklimat tentang PEMBINA yang disampaikan oleh Akhi Rosdi, Presiden PEMBINA Perak dan juga motivator Motivasi Alihan Pelajar (MAP). Pembentangan yang menarik (boleh lihat blog akh mambi)

Esoknya, terima kiriman sms dari akh Danial

Akh, malam ni halaqah macam mana?, tugasan belum bagi lagi", sms dari Danial

Tugasan kita ganti dengan hafazan dan pengisian", saya menukar sedikit agenda halaqah, tambahan lagi sekarang waktu cuti dan ada yang exam

Isnin malam itu, saya memberikan task menghafal surah an-naba' dalam masa 20 minit dan Subhanallah mereka memang mampu menghafalnya, memang 'selected persons'. Disusuli sesudahnya dengan pengisian tentang adab dan etika penghafaz Al Quran. Alhamdulillah semua bersemangat untuk menghafal.

Keesokannya, di Lab, tiba tiba supervisor saya masuk dan bertanya

Ha, pis..bila nak hantar abstract untuk conference??

Err..insya Allah esok atau lusa saya hantar.." jawab saya dengan nada serba salah

Masih mencari ruang masa untuk menulis..

Petangnya, dalam perjalanan balik ke rumah, masuk lagi sms

" Akh, usrah malam ni ditukar selepas maghrib bukan selepas isyak, ana pun baru di inform", sms yang saya terima

aduh!, mengeluh saya

belum pun sempat masuk rumah, saya bergegas ke Kuching bersama ikhwah, takut terlewat

Alhamdulillah, sampai waktu maghrib di tempat usrah.

Erm..ikan bakar dan nasi yang dihidangkan oleh tuan rumah menjadi pengubat keletihan, jazakallahukhair pada tuan rumah. Memang sedap.



Usrah dimulakan, alhamdulillah kelihatan semua ikhwah bersemangat membentangkan tugasan dan amal dakwah masing masing

sekadar gambar hiasan

Naqib saya mengingatkan

qum ilas solah mata sami'ta an-nida` mahma takun az-zurhuf

Ertinya, bila kamu mendengar seruan azan, hendaklah kamu terus mengerjakan solat walau sesusah mana pun

Dia ingatkan lagi..,

" kaana Rasulullah SAW solatan jamaat fi al ahrbi, fa ma bala fi silmi'

Ertinya

Adalah rasulullah saw bersolat jemaah walaupun dalam peperangan, maka apa yang menghalang kamu ketika kamu senang untuk solat berjemaah.

Hemm.., satu peringatan untuk saya yang acapkali terlalai kerana kesibukan dunia.

Usrah tamat hampir pukul 1 pagi, dan kami bergegas pulang ke samarahan.

Esoknya, Rabu, ikhwah hantar sms.

Akh, malam ni ada syura, minta luangkan masa, dibuat di kolej perubatan" sms masuk ke telefon saya

Malam itu saya dan mambi pun bergegas ke Kuching semula.

Alhamdulillah syura berjalan dengan baik, Ikhwah sudah ready untuk 'gempur' semester hadapan.

Hinggalah hari ini..Khamis..pekena (loghat kedah) nasi ayam penyet barouk depan water front, memang sedap, (kena hirup juga nikmat dunia sekali sekala he..he..jz to kawan kulat kerana belanja ikhwah, 1st time km makan kat sini, rasa ayam penyet sebenar..)


nasi ayam penyek sarawak (gambar hiasan)

Sibukkah saya?..

Kalau pembaca sekalian mengatakan saya sibuk, maka saya katakan kesibukan saya ini mungkin hanya 1/3 atau kurang dari kesibukan ikhwah dan akhwat yang pernah saya kenal

Pernah saya lihat, ikhwah yang hidupnya hanya dalam kereta, pakaiannya disimpan dalam kereta, travel dari Johor ke Kl, kemudian ke Perak dan kemudian ke Kl dan Johor semula. Hanya kerana dakwah..

Sebuah pengorbanan yang menjadi inspirasi insan kerdil seperti saya.

Sabtu lepas juga ada Ikhwah HAMAS turun ke Malaysia, isi pengisiannya disampaikan semula oleh Ikhwah yang pergi, mendengar tentang jihad dan kesibukan mereka, terasa kesibukan diri ini dibanding mereka bagai 'semut di padang pasir'.

Penceritaan mereka bukanlah untuk mencari simpati tetapi sebagai MOTIVASI.

Letih, ya memang letih..namun semua itu terasa ringan bagi mereka kerana kapasiti iman mereka lebih hebat dari 'enjin Hilux' ..

Kesimpulan

Iman bukan hanya ungkapan tetapi TUNTUTAN. Mengaku beriman tanpa menunaikan tuntutannya bererti iman belum sempurna, dan tuntutan keimanan bergantung kepada KAPASITI iman tersebut..

Iman bukanlah angan angan, bukan pula sekadar hiasan, tetapi keyakinan yang hidup di dalam hati dan diterjemahkan dengan amal..(Hasan Al Basri)

Jadi, mari tambahkan 'kapasiti' iman.

Sungguh enjin Hilux itu lebih bermanfaat dari enjin Kancil

Wallahua'lam
Coretan sementara menanti 'extraction' complete
Analytical Chemistry Labotarory
Department of Chemistry

p/s kancil saya dilanggar toyota, kancil hancur tetapi toyota tetap 'steady'.

7 comments:

zikr April 30, 2010 at 6:38 PM  

moga semangat ana dan anta juga sekuat hilux..

abu redha April 30, 2010 at 11:01 PM  

amin..insya Allah..dengar dengar di Kelantan juga makin rancak..

terus tabahkan kapasiti iman akhi..supaya dakwahnya semakin laju..

hisyam_mujahid May 2, 2010 at 11:43 AM  

kata2 hassan al-banna tu sebetulnya qum ilas solah mata sami'ta an-nida` mahma takun az-zurhuf

abu ridho May 2, 2010 at 9:11 PM  

already corrected..jazakallah

Admin AvicennaBookStudio May 4, 2010 at 6:52 PM  

ameen..
mudah-mudahan begitulah ya akhi..

izzat zainal May 21, 2010 at 10:43 PM  

Ya Allah, terasa masa sgt beharga..jzkk atas penulisan yg ckp menyentuh..

pena mujahid June 17, 2010 at 11:05 AM  

Hasan Al Bana mengingatkan

al wajibaat aksaru minal auqat..(kewajipan kita lebih banyak dari masa yang kita ada)..

jadi, ayuh kita gunakan masa yang ada sebaiknya..

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP