Tarbiyah Ruhiyah:Bekalan Para Daie

>> Thursday, May 20




Ini bekalku

Kisah 1

"Ibu, mane 'tupperware' hijau dikni?", saya menanti jawapan ibu sambil mata melilau seluruh dapur

"Kat penyejat pinggan, ni", ibu menjawab dari ruang tamu

"Owh, ni ha!..dah jumpe. bu", saya memberitahu ibu sambil menutup bekasnya.

Tupperware kecil yang saban hari saya bawa ke sekolah itu saya isikan dengan 2 senduk nasi, seketul kepak ayam dan sepotong kentang beserta siraman sup ayam dan kicap manis.

"Nyum nyum..sedapnye ibu masak. mesti kawan dikni jeles nanti..hihihi', teruja saya dengan bekal saya pagi itu. Rasa tak sabar nak tunggu waktu rehat dan makan sama sama dengan kawan-kawan.

Sejak darjah satu, saya ke sekolah, pasti berbekal.

Kadang-kadang roti, kadang kuih, mee, mihun tapi yang selalunya adalah nasi berlauk.

Tak lupa juga sebotol air. Pun macam macam juga..kadang teh, kadang milo, kadang sirap..kalau tak sempat bancuh..air kosong je la.

Jarang saya minta duit belanja dari ibu atau ayah saya sebab tak ada makanan menarik untuk dibeli di kantin sekolah

Kawan-kawan saya pun bawa bekal. Kami mesti kongsi dan tukar tukar makanan. Makan jauh dari kantin pun tak apa sebab semua dah ada. Pada kami, siapalah yang nak beratur panjang untuk beli nasi lemak sejuk, bihun tawar dan burger keras. Beratur penat, duit pun habis.

Setiap hari saya pastikan saya bawa bekal makanan dan minuman, barulah saya rasa seronok nak ke sekolah, rasa semangat bila belajar, rasa tak sabar nak makan waktu rehat, rasa gembira makan bekal ramai ramai dengan kawan kawan, rasa sihat lepas dah kenyang dan rasa tenang sebab duit belanja masih tak terusik.

Tapi, kalau hari tu saya tak sempat bawa bekal, masamlah muka saya ke sekolah, belajar rasa tak best, masa rehat sedih sebab tengok je kawan lain makan bekal, kena beratur panjang, nak habis masa rehat, baru dapat makan, itupun sorang soranglah sebab orang lain dah siap makan, masuk kelas lambat, belajar pun tak semangat..pendek cerita, semuanya jadi menyedihkan.

Puncanya, saya ke sekolah tak bawa BEKAL

Itulah kisah saya di bangku sekolah dulu..sebuah kenangan yang memberi hikmah pula kini.

Kisah 2

'Ukhti, anti dah ziarah Liza minnggu ni?, tadi ana jumpa dia di CAIS, seronok sangat dia. Asyik bertanya tanya bila lagi akan ada ta'lim. Ana fikir dia betul betul berkehendak tu, ukhti.."tanya Mursyidah kepada mutarabbiyahnya, Solehah

"Sudah, ukht. Apa pandangan anti if ana mulakan Liqa' quran dengan dia minggu ni bersama tiga madu' lain?, Ana rancang hujung minggu ni pula nak bawa ke Pustaka negeri dan makan makan di Waterfront..untuk ikat hati. Ana pun ada ajak diorang pergi iftar esok dan diorang nak join" terang Solehah kepada Murabbiyahnya.

" Alhamdulillah..bagusnya. ok ukhti boleh saja. Moga Allah melimpahkan hidayh-Nya kepada mereka semua dan mempermudah urusan anti nanti.." jawab si murabbiyah beserta doanya.

"Macam mana pula dengan madu' fokus anti, Maisarah..apa perkembangannya?" Mursyidah bertanya pula pada mutarbbiyahnya yang seorang lagi.

"Err..ana belum ziarah lagi la ukhti. Ana sibuk, assignment banyak..dan sebenarnya halaqah ana pun ana tunda ke minggu depan..ana 'down' la ukhti.." cerita Maisarah, sedikit gugup

"Anti rasa down ukht?..tanya Mursyidah dengan penuh empati

''Iya, mutabaah ana teruk minggu ni, tahajud tertinggal, tilawah 3 muka je, mathurat malas nak baca, dhuha pun berat je nak buat..ana leka, ukht..ana rasa macam jauh dari Allah.."luah Maisarah dengan linangan air mata.

Demikian situasi ketika 'reporting' halaqah yang mungkin pernah antara kita alami, baik sebagai murobbiyah atau mutarabbiyah itu sendiri.

Jika antunna sedar, kedua dua kisah ini sebenarnya membawa mesej yang sama..iaitu BEKAL

Seringkali kita keliru yang mana matlamat, yang mana bekal

Belajar dengan bersungguh sungguh di sekolah sehingga berjaya itu MATLAMAT, bersedia dengan semangat belajar dan makanan agar tak terganggu pelajaran itu BEKAL.

Berdakwah dan mentarbiyah sehingga berjaya merubah manusia menjadi dai' yang muntijah itu MATLAMAT tetapi bagi mencapainya perlukan bekal, jika tidak matlamat ini mungkin terbengkalai di pertengahan jalan.

Dan apabila tuhan kamu berkata kepada para malaikat, sesungguhnya aku hendak menjadika di atas muka bumi KHALIFAH..(Al BAqarah 2: 30)

Dan tidaklah Aku menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk BERIBADAH kepada-Ku (Adz-Dzariyat 51:56)


Jadi apa bekalnya?


TARBIYAH RUHIYYAH

Tarbiyah ruhiyah merupakan bekal asas dalam perjalanan ini. Tarbiyah ruhiyah telah kita mulai dalam diri kita sejak kita di awal awal tarbiyah dan ia harus berterusan sehingga tahap mana pun kita..pendek kata, sehinggalah nafas kita yang terakhir. Tujuannya hanya satu, agar kita membina diri menjadi mu'min abid; hamba Allah yang beriman.

Tarbiyah ruhiyah adalah usaha kita menguatkan hubungan perasaan dengan Allah sehingga kita benar benar kenal dengan Pencipta, seperti yang selalu kita minta dalam doa Rabitah:

"..hidupkan hati kami dengan kenal kepada-Mu.."

Setiap satu masalah kita selesaikan dengan kenal dan rapat dengan Allah..

Ukhtifillah, telah sekian lama dulu, kita sering meminta agar hati kita selalu dekat dengan Allah.

Telah sekian lama dahulu, kita merayu agar allah memandang kita, mengasihi kita..

Kita tidak henti henti memohon agar allah menjadikan hati kita subur dengan cinta kepada-Nya. Kita selalu menagih agar kita tergolong dalam golongan orang yang selalu mencintai dan dan dicintai-Nya

Namun kini, setelah apa yang kita dambakan telah allah limpahi, sekadar mana pulak hati kita sibuk dengan Allah?

Akhawat dan ikhwah yang dikasihi sekalin, kekuatan jiwa itu akan memberi kesan yang mendalam kepada perkataan dan perbuatan kita. Kadar keberkesanan ucapan mahupun tulisan kita kepada orang bergantung kepada kadar kedekatan kita kepada Allah

Mudahnya penerimaan orang/madu'/mutarabbi terhadap kita, tergantung kepada kuatnya keterikatan hati kita dengan Allah

Penglibatan yang beserta dengan hubungan yang kuat dengan Allah lah yang menjadikan interaksi kita tidak kering. Wahai ukhti, sepenting mana antunna rasakan dakwah ini, sepenting itulah ruh ini perlu dididik, jiwa ini perlu dijaga, hati ini perlu ditata dan iman ini perlu dibaja, bukan bermusim tetapi selamanya

Di kesempatan ini, buat julung kalinya, ana curahkan titis titis permata yang sempat ana kutip minggu minggu yang lalu untuk kita kongsikan bersama. Satu pengisian yang meruntun hati ana, tapi apakan daya, airmata perlu ditahan dek kerana duduk yang paling hadapan..segan pulak nak nanges berhabis.

Tarbiyyah Ruhiyyah..Moga turut menjadi pengubat hati kalian

Tarbiyah Ruhiyah


-Kenapa ambil berat terhadap tarbiyah ruhiyyah?-


1. Hakikat manusia adalah ruhnya-dia dikira benar-benar HIDUP jika ruhnya hidup

2. Tiada yang boleh hadapi runtuhan kebendaan kecuali dengan tarbiyah ruhiyah..

3. Iman dan Islam tidak boleh hidup dengan subur dalam diri manusia sehinggalah ikatan hatinya kuat dengan Allah

-Objektif tarbiyah ruhiyah-

1. Supaya kita dapat merasai kebersamaan Allah dalam tindakan kita

2. Supaya kita dapat mengikhlaskan hati sehingga dapat mengharapkan keredhaan allah dalam setiap tindakan

(dahulu, PENIAGA NIAT adalah gelaran bagi para sahabat kerana mereka adalah peniaga niat yang sangat menitikberatkan persoalan hati, generasi yang 'tamak' memasang niat, buat apa apa aktiviti, mereka pasang sebanyak mungkin niat untuk merebut pahalaNya).

3. Supaya kita sentiasa dapat mengabdikan diri kepada Allah, dengan memperbanyak zikir dalam setiap keadaan, menjaga ibadat, ingat akhirat dan memperbaiki taubat

4. Agar kita bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan, cinta kepada Allah, takut dan sensitif dengan kesalahan lalu dan bersegera memuhasabah diri

5. Mendidik kita supaya merindukan syahid

-Cara memperoleh ruhiyah yang kuat-

1. Mujahidun linafsihi

-Iltizam dan mujahadah melawan nafsu kita dan mendisiplinkan diri
-tak de orang yang mula mula ditarbiyah terus lazat baca Quran, halaqah rase bahagia..sumenye dapat setelah mujahadah

"Dan orang yang bersungguh pada jalan kami nescaya kami akan tunjukan padanya jalan jalan Kami..(28:69)


2. Iltizam dengan wirid wirid Quran

-tuntutan beriman dengan Al Quran; BACA, FAHAM, HAFAL dan PRAKTIS

Perkara perkara yang Syeikh Al Banna tekankan tentang Al Quran

1. Khatam 1 juz sehari
2. Hafal ayat Al Quran-minimum 1 juz
3.Membaca surah surah tertentu
4. Mendengar ayat ayat Al Quran dari surah surah pilihan (kaset, cd, mp3/4 dll)

3. Iltizam dengan zikir zikir yang ma'thur (yang selalu dilakukan rasulullah saw)
zikir ma'thurat pagi dan petang (if buat rutin baru dipanggil wirid)
doa doa bagi setiap pergerakan (doa makan, naik kenderaan, keluar masuk tandas dll)


4. Iltizam dengan ibadat ibadat fardu (jemaah di masjid) dan sunat khususnya puasa sunat dan qiamullail

" Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan ( Muzammil, 73:6)


5.Iltizam dengan perkara perkara yang menghidup dan mengaktifkan ruh (ruh perlu dirangsang, ia tak automatically active )



6. Iltizam muhasabah diri (Hasan Al Banna ada 27 soalan muhasabah diri sebelum tidur)



7. Ziarah kubur (bagi wanita hukumnya harus)


Kata Hasan Al Basri
"Ada 3 perkara yang membuat ruhku segar:

1. Liqa' dengan ikhwah
2. Bacaan Al Quran ketika berseorangan
3. Solat berjemaah.."

PERHATIAN PENTING

1.
Tarbiyah Ruhiyah (TR) bukanlah benda baru dalam ikhwan tetapi diambil dari Rasulullah

2. Tarbiyah ruhiyah dilaksanakan oleh akh/ukht dengan KESUNGGUHAN PERIBADI yang dilaksanakan dalam lingkungan jemaah (tidak perlu selalu diingatkan, kita mesti uruskan ruh kita)

3. Tarbiyah ruhiyah memainkan peranan utama dalam PEMBENTUKAN PERIBADI MUSLIM tetapi bukanlah menjadi ikhwah dan akhwat terasing dari masyarakat

4. TR merupakan wasilah ke arah melaksanakan tugas yang lebih besar iaitu tugas dakwah

" Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat padamu (Al Muzammil 73:5)

5. TR menyiapkan bekal para daie dengan BEKALAN sepatutnya untuk melakukan pengorbanan dan perjuangan sehingga sampai kepada matlamat (khatam 1 juz sehari bukan matlamat tetapi bekalan)

6. TR memberi kesan yang mendalam kepada dakwah dan menjadi pendorong yang kuat untuk melaksanakan amal dakwah: ziarah, ta'lim halaqah dll)

7. TR akan mencorakkan penglibatan yang berbeza dengan penglibatan yang lain iaitu penglibatan yang beserta dengan hubungan yang kuat dengan Allah

8. TR menjadikan kita selamat dari riya', pangkat dan pujian

9. Istilah yang dapat menggmbarkan Tarbiyah Ruhiyah adalah RUHANIYAH IJTIMAIYAH, sangat kuat ruhinya dan juga aktif bersosial dengan orang ramai, atau sepertinya ciri ciri sahabat rasulullah RAHIB DI MALAM HARI PENUNGGANG KUDA (BERJIHAD) DI SIANG HARI

10 Ikhwan tidak lupa kepada turos (kitab kitab lama) ruhiy yang ditulis oleh ulamak ulamak Islam tetapi syaratnya dibersihkan dari hadis hadis yang terlampau daif dan maudhu'



PENUTUP

Kata Ustaz Rushdi,

"Sebaik sahaja kita mengucapkan selamat tinggal kepada jahiliyah, kita telah pun menaiki bahtera dakwah..once dah naik, kita masih melakukan amalan jahiliyah, maka seolah olah kita telah berpatah balik.."


Sebagai penutup juga, ana sajikan lagu pembakar semangat, meski lama namun tetap membara. Khusus buat para akhawat yang ana cintai kerana Allah.Moga kalian terus tetap teguh dan terus tabah!

Lagu ni 1st time ana dengar ketika dinyanyikan dengan penuh gah menghunjam ke hati oleh para ikhwah, pada 9 februari 2008, dalam suatu liqa' semasa jaulah ke Miri. Antara kenangan terindah, ana anggap sebagai hadiah hari lahir disamping berita kehamilan akan Ammar Ar Ridho



Wassalam
Ummu Redha
Sarawak




teruskan membaca...

Love from ur Husband

>> Saturday, May 1


Love from ur Husband

My wife

Love is here in front of your eyes,
just look, you'll see I speak no lies

Love's all around you, inside and out,
cuz if God is there then love is about!

No matter where you are
Think of me
Don't ever forget me
Love me with all your heart and I'll do the same


I never knew there could be love like this,
In a world full of mysterious, its always you i miss

If there was one thing I could ask Allah for,
I would tell Him that its you I adore

My wife

Since we had two babies together,
Ammar and Aisyah
I know we can withstand any kinda weather

I will love you forever,
you have the key to my heart,
you unlocked it so now we can never part

I will make dua' for you and me,
that we can be in Jannah and always be

My wife

Now my eyes are full with tears
but I'm not going to cry
I just can't wait for the day that my dream become true
the day that I become 'syuhada'

The sooner that happens
the sooner it will be

Ooo..My love,
Ooo My wife


I love you
That's all it comes down to

Dedicated to my one and only love Insya Allah,
we will be together for eternity


By
Abu Redha

Attached song 'for the rest of my life' from Maher Zain..to my beloved wife




video

teruskan membaca...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP