Pesan buat saudara saudaraku

>> Tuesday, June 1




Keghairahan berdakwah

Di satu sudut kelihatan seorang ikhwah mendekati madu'nya, menanyakan keperluan diri untuk dibantu dan kemudian mengajak keluar untuk makan bersama

Disudut yang lain, kelihatan ikhwah sedang solat dan kemudiannya berdoa dengan linangan air mata, memohon Allah berikan kekuatan untuknya mendekati dan mentarbiyah madu'nya.

Di perjalanan, kelihatan seorang akhwat bersama anaknya yang masih kecil membonceng motosikal datang ke masjid untuk berkenalan dengan madu' baru.

Jauh di kolej, kelihatan ikhwah ikhwah menziarahi madu', mengajak untuk pergi bersiar siar di Kuching dan mandi manda di santubong dengan biayaan perjalanan ditanggung oleh ikhwah ikhwah sendiri supaya tidak membebankan madu'

Taklimat sebelum jaulah

Petang harinya, ikhwah ikhwah turun bermain futsal bersama madu' untuk merapatkan ukhwah, dan malamnya ziarah lagi...

Beberapa ikhwah terus 'stay' di masjid, mandi dan tidur disitu, tujuan untuk berkenalan erat dengan madu'

Ada Ikhwah yang terpaksa 'burn' tiket kapal terbang untuk balik bercuti demi untuk mengejar pahala kebaikan

Ada jugak madu' yang diajak kerumah, masak bersama, taaruf dan kemudian berhalaqah di Air terjun. Ada yang goreng cucur 'kodok' pisang di rumah dan bawa ke kolej untuk berjumpa madu'. Semua kos dibiayai oleh akhwat sendiri walau keperluan diri mereka masih tidak mencukupi

Alhamdulillah

Mudah mudahan pengorbanan yang kita curahkan dinilai disisi Allah SWT.

Sabda Rasulullah (sollahu 'alaihi wasallam):

فوالله لأن يهدي بك رجل واحد خير لك من حمر النعم

Demi Allah!seseorang yang mendapat hidayah dengan disebabkan kamu lebih baik dari unta merah(puncak harta kekayaan orang arab). (HR Imam Bukhari)

Pesan Keikhlasan

Dalam keghairahan berdakwah, kita perlu sentiasa bermuhasabah diri.

Untuk apa aku berdakwah?

Kemana aku menyeru mereka?, apakah kerana jemaah atau asabiyah jemaah?

Amal dakwah ini akan menjadi sia sia seandainya niat kita terlari dari tujuannya. Hasilnya, kita cuma mendapat keletihan

"... Jika kamu mempersekutukan (Rabb), niscaya akan hapuslah amalmu...." (QS. Az Zumar: 65).

Dalam sebuah hadis yang panjang dari Abi Hurairah, diriwayatkan oleh An-Nasai, ketika Allah mengazab orang yang pergi berjihad, orang yang mengajarkan Al Quran dan orang yang rajin bersedekah.

Kenapa Allah mengazab mereka?, kerana amal yang mereka lakukan tidak ikhlas, bukan hanya kerana Allah semata. Bayangkan ahli jihad!, ahli quran!, dermawan!.Kita??

Firman Allah didalam Surah Al-Bayyinah, ayat 5 maksudnya:

“Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya”.

Oleh yang demikian, ayuh kita TAJDID NIAT (MEMPERBAHARUI NIAT)..

games di rumah dr khairul

Persaingan dengan kumpulan lain

Dalam surah al-Ma’idah ayat 48, Allah berfirman yang bermaksud

‘… maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan…’

Perlu difahami, hak untuk mentarbiyah bukan terletak di bahu kita sahaja, bahkan semua orang punya hak untuk mentarbiyah selagi selari dengan Al Quran dan Sunnah.

Juga perlu difahami bahawa manusia ada hak untuk mendapatkan tarbiyah yang terbaik untuk dirinya

Adalah menjadi kesalahan seandainya dalam usaha yang baik ini bercampur dengan perkara yang tidak baik, misalnya seperti memburukkan kumpulan kumpulan lain (boleh baca lanjut tentang ini di blog akh hisyam)

Apa peranan kita?

Berikan TARBIYAH YANG TERBAIK buat madu' kita, maka mereka akan memilih kita.

Seorang pelajar bertanya

'Abg, semalam ada orang ajak saya usrah, ni abg pulak ajak, saya nak ikut yang mana ni?'

"Ikut yang paling best dan menenangkan hati"..jawab saya

di bandar Kuching


Strategi seterusnya

Alhamdulillah, berkat usaha dan kesungguhan ikhwah dan akhwat, sebanyak 7 kelompok halaqah berjaya dibuat diperingkat saringan pertama ini. Kita doakan semoga semuanya dapat istiqamah

Seterusnya, adalah menjadi KEWAJIPAN kita untuk mentarbiyah mereka dengan baik. Kreatifkan halaqah dengan pengaplikasian baramij yang berkesan.

Ikat hati anak halaqah dengan selalu bertanya khabar, ziarah, sms, memberi hadiah, belanja makan dan lain lain

Kebijakan Kita

Antara kebijakan kita, 'kerja perlu seiring dengan tenaga'

Oleh yang demikian, diharapkan ikhwah dan akhwat memfokuskan kepada anak halaqah masing masing dan tidak terlalu 'mencapah'. Kita kekurangan tenaga untuk mentarbiyah semua pelajar.

Jangan sampai 'yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong beciciran'

Adapun pelajar pelajar yang tak sempat kita tarbiyah, kita harapkan ada 'kumpulan' lain yang menunaikan amanah ini.

abg Naim dengan pelajar pelajar..mesra sungguh..

Kesimpulan

Ayuh kita memperbaharui niat dengan mengharapkan pahala dari Allah semata, kuatkan azam dan tekad dalam jiwa, kuatkan hubungan dengan Allah, bangunlah di tengah malam, bersujud dan menangislah mohon Allah beri kekuatan kepada kita menjadi seorang daie dan murabbi yang baik

Mohon Allah lembutkan hati madu' kita untuk menerima tarbiyah ini..

"Ya Allah, kami hanyalah hamba-Mu yang berusaha mendekati-Mu, Kau Terimalah amal kami'


Wallahua'lam

Abu Ridho

p/s Jazakallah kepada dr khairul kerana meminjamkan van dan kancil, sangat membantu dalam menjayakan aktiviti aktiviti disini. Jz juga untuk jamuan yang disediakan dirumah. Jz juga pada Ust Nazri kerana meminjamkan Kelisa..

6 comments:

mohd hanis June 2, 2010 at 5:06 AM  

Ya Allah, istiqamahkanlah kami.

abu ridho June 2, 2010 at 2:46 PM  

amin..terus istiqamah dalam iman dan amal..walau sehebat mana badai melanda..kita harus berdiri utuh bersatu atas jalan yang telah kita pilih..

hisyam_mujahid June 4, 2010 at 3:47 PM  

seeru 'ala barakatillah.

tahniah buat ikhwahku sekalian yang terus berjuang di medan asasi unimas. moga usaha kalian ALLAH nilai sebagai kebajikan.

seronok tengok gambar2 aktiviti2 ikhwah. mudah2an ana di kejauhan ni pun dapat menumpang manisnya.

hafidz June 4, 2010 at 6:46 PM  

cik hisyam memang dah manis 2 3 menjak ni..tak yah tumpang tumpang dah..

gafar June 4, 2010 at 8:50 PM  

subhanallah walhamdulillah..indahnya ukhuwwah..terasa rugi tiada berkesempatan bersama antum..

hisyam_mujahid June 8, 2010 at 7:27 AM  

cait encik hafidz. loyaq bughuk noo. aku punya la susun ayat puitis.

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP