Cukuplah! Kami nak berdakwah

>> Thursday, July 15

Semalam, saya terima sms

" Akh, ada hal penting ana nak jumpa antum, 'urgent', boleh jumpa sekarang"

Saya membalas,

"O.k"

Kemudian, kami bertemu di salah sebuah kafeteria

"Apa ceritanya, masaalah apa?", saya bertanya

" Macam ni, ada student jumpa ana selepas ana bagi ta'lim, dia kata ana ada fikrah bagi ta'lim, dia tanya ana ikut apa, ana bagi tau ana ikut I***"..ikhwah itu menerangkan

"Jadi, apa masaalahnya?", saya bertanya kembali

"Masaalahnya, bila dia tau ana ikut I***, dia terus berubah wajah, dia pun menceritakan siapakah I*** sebenarnya menurut pandangan dia, dan siapakah Dr H menurut pandangan dia yang dia dapat dari murabbinya' . Antaranya...bla..bla..bla....", ikhwah itu menjelaskan.

"Astaghfirullahalazim", saya beristighfar panjang

Saya pun menjelaskan kembali kepada beliau perkara sebenarnya, sebatas pengetahuan saya, dan saya berani bersumpah bahawa apa yang dijelaskannya terutama mengenai Dr H adalah tidak benar sama sekali.

Untuk makluman juga, pelajar terbabit baru sahaja menamatkan sekolah menengah dan baru diterima masuk ke universiti.

"Satu lagi, pelajar tersebut nak jumpa syura IPT, nak jelaskan, kerana dia kata orang bawahan I*** tak tahu agenda orang atas", ikhwah tersebut menyambung perbicaraan

Jawapan saya,

"JANGAN LAYAN'

..........................

Beberapa minggu sudah, isteri saya dapat panggilan dari kawannya

'Salam, saya dengar I*** dah keluar jemaah sebab pemimpinnya ada agenda peribadi, so kami cuba secure student baru supaya tak ikut dengan diorang',

Isteri saya meminta bukti dari percakapannya, kalau tidak dikira 'mengumpat' dan mungkin 'fitnah',

tak dapat bagi

jawapannya, orang atas yang cakap.

'Jadi, muhasabahlah balik, niat apa berdakwah?', adakah hanya untuk 'secure' orang dari mengikut dakwah yang lain dek kerana beranggapan kitalah yang paling benar dan orang lain salah.

untuk makluman juga, kawannya pun baru menjejakkan kaki ke dunia tarbiyah

............................................


Masih banyak lagi 'cerita' dan mungkin 'fitnah' yang sudah serik saya dengar, cuma saya nak peringatkan, semakin banyak 'cerita keburukan' yang dilemparkan, tidak lain hanya akan menambahkan 'keyakinan' di hati kami yang mendengar.,

Hentikan !

"KAMI NAK BERDAKWAH, JANGAN GANGGU KAMI"

Akhir kata, kepada pengikut fikrah Hasan Al Bana, dengarkanlah apa kata sang mujahid ini

' Nata'awanu fima ittafaqna 'alaihi wa ya'dzuru ba'dhuna ba'dhan fima ikhtalafna fihi'

Bekerjasamalah kamu dalam perkara yang disepakati dan berlapang dadalah dalam perkara yang diperselisihi

Wallahua'lam

p/s ini hanya merupakan peringatan untuk majoriti individu yang mungkin bertindak tidak selari dengan keputusan pimpinan mereka, tidak adil 'membuang sebiji durian kalau hanya seulas yang rosak', benar kata pepatah ' kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'

10 comments:

zikr July 15, 2010 at 10:18 PM  

jom teruskan dakwah ilallah ya akhi. pedulikan apa kata manusia, yg penting, pandangan Allah melebihi cakap2 manusia.

hisyam_mujahid July 16, 2010 at 6:25 AM  

sudahlah! cukuplah dengan fitnah segala... KAMI NAK BERDAKWAH, bukan nak menabur fitnah.

maha benarlah firman ALLAH bahawa fitnah lebih dahsyat dari membunuh.

p/s: sedang merangka tulisan "asas dakwah atas fitnah."

mkj243 July 16, 2010 at 8:55 AM  

Teringat Ana kata murabbi ana dahulu, "Jalan dakwah nie penuh dengan duri dan onak, jika Anta mengikut jalan dakwah, tapi tiada tribulasi dan ujian malah senang dan lapang, mungkin Anta kena renungkan semula apa yang Anta lakukan"......wallahualam

pena mujahid July 16, 2010 at 4:01 PM  

Ya, jalan ini jalan panjang,
"orang yang berjiwa besar akan menganggap masalah dan halangan di hadapannya kecil manakala orang yang berjiwa kecil mengangggap masalah dan halangan dihadapanya besar"

Selamat berjuang..

Alwaan Muslim July 17, 2010 at 9:18 PM  

Jadilah seperti pohon mangga, dibaling dengan batu dibalas dengan buah..

Ikhwati Fillah..
Sampai bilapun, kerja dan berbicara itu beza.. Jagalah adab2 dalam berdakwah sesuai acuan Al-Quran dan pedoman Sunnah.. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman', dan mereka tidak diuji? (29:2)
Doakan perjuangan kami di perantauan..

Ar-Afiq July 19, 2010 at 7:56 AM  

heheh. xpa. Mula2 je rasa macam ni. Nnt akan sampai masa, cerita-cerita ni akan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, sebab dah terlalu biasa mendengarnya.

Bahkan mungkin juga nanti kisah ni akan jadi memori, bahan gelak ketawa ikh sebab ia bagaikan kisah adik beradik bergaduh. Dah dewasa nnt ok la tu. Masing-masing dah matang.

Yg penting, terus-menerus bergerak. Kan?

Ann July 21, 2010 at 11:39 AM  

Yg penting, terus-menerus bergerak. Kan? --> yeah, rite..

For me, what is important, is to secure the ummah not only the jamaah..

Sad to hear bout this..emm..

pena mujahid July 21, 2010 at 12:36 PM  

ya..terus bergerak..insya Allah Allah with us

IMJ_sensei July 28, 2010 at 2:11 AM  

hayya ya RIJAL!~

Anonymous August 31, 2010 at 1:13 PM  

Salam jama'ie..
"Bekerjasamalah kamu dalam perkara yang disepakati dan berlapang dadalah dalam perkara yang diperselisihi"

apa perkara yang diselisih sehingga I*** keluar jemaah(merujuk kepada ''Salam, saya dengar I*** dah keluar jemaah sebab pemimpinnya ada agenda peribadi, so kami cuba secure student baru supaya tak ikut dengan diorang')?

-akhawat ingin tahu-

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP