Sekadar Coretan Kenangan

>> Friday, July 23


Kolej Matrikulasi Perak


KMPk, menyimpan pelbagai memori suka dan duka, bermulanya episod baru sebuah kehidupan, mengajar saya erti hidup sebagai hamba sang pencipta.

Suasana ketika hari pendaftaran di KMPk

Di sini saya bertemu tarbiyah, disini saya dihalaqahkan dan disini saya membina diri menjadi 'somebody' kepada umat.

Disini saya bertemu Akh Murabbi Dr Hizul, pertama kali mendengar pengisiannya dengan dihiasi ayat ayat Quran yang menitir dibibirnya membuatkan hati ini luluh, terasa diri ini ingin berubah, terasa sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan umat ini (masih ingat, pengisian pertama tentang 'ghuzul fikr'). Dan disinilah bermulanya perjalanan baru saya yang menjadikan diri saya pada hari ini..

Saya mula mengumpulkan orang untuk ditarbiyah, beberapa rakan rakan sekuliah akhirnya berjaya ditarbiyah, antaranya akh aizam yang kini mengalami kecederaan.

Bertemu dengan akh aizam, pertama kalinya selepas ceramah Dr Hizul. Ketika itu beliau memegang jawatan exco kerohanian JPP KMPk, beliau menghulurkan wang saguhati kepada penceramah (dr hizul), kalau tak salah RM 300, Dr hizul menolaknya dan minta wang itu digunakan untuk aktiviti aktiviti dakwah.

Melihat akh aizam dan potensinya, tambahan beliau sebagai exco kerohanian kolej, saya pun tanpa berlengah lagi cuba mengajak beliau untuk 'join' halaqah. Bahkan tindakan saya lebih drastik, dengan mengajaknya menyertai 'syura' KMPk ketika itu. Kelihatan dia agak terpinga pinga dengan 'jawatan' barunya itu.

Setahun ditarbiyah, membuatkan kami semakin matang. Pelbagai ragam ikhwah mula kelihatan, ada yang agresif, ada yang 'sempoi', ada yang bersemangat dan lain lain lagi. Masih ingat, saya pada akh zikri, seusai saja solat jumaaat, akh ini lantas mencapai mikrofon dan berceramah menyatakan ketidaksetujuannya dengan majlis tarian yang dianjurkan oleh pihak kolej didewan bersebelahan masjid. Akh ini juga pernah naik jumpa pengarah kolej. Hebat! Hebat!

Masih banyak lagi kenangan bersama, yang tak tercoretkan oleh saya disini.

Hampir setahun, saya berfikir, bagaimana kesinambungan tarbiyah saya selepas keluar dari KMPk ini, berbincang dengan akh Hizul dan akh Ipin, akhirnya keluarlah resolusi bahawa saya dan beberapa ikhwah lain perlu ke Unimas,

"disana tempatnya strategik, berdekatan UiTM dan Maktab, insya Allah boleh menjadi tempat yang subur untuk dakwah, tambahan lagi di sana tak ramai yang berdakwah"..kata akh Hizul

"Nak mulakan dakwah di tempat baru, mampukah!", saya berfikir sendirian, mungkin Allah berkehendakkan untuk memberi pahalanya kepada saya dan ikhwah ikhwah.

Arahan diterima, saya melobi ikhwah ikhwah untuk turun beramai ramai ke UNIMAS, alhamdulillah, ramai yang menyahut, akh hisyam, akh munaim (walau disaat akhir bersetuju), akh Faridi, akh Fakrur Razi, dan Akh Aizam.

Akh Aizam pernah bertanya saya

" Akh ana nak ambik farmasi, tapi kos tu tak da kat Unimas, macam mana?"

" Ambik kos lain" jawab saya

Alhamdulillah, beliau telah memilih pendidikan matematik sebagai kos pilihannya, Akh ini memang cekap matematik dan memang menjadi tempat rujuk untuk sebarang masalah matematik.

Bagi saya, beliau telah berkorban untuk dakwah dengan mengabaikan kos pilihannya semata mata untuk datang ke Sarawak dan berdakwah disini.

Universiti Malaysia Sarawak


Universiti Malaysia Sarawak

Kami mula mengatur dakwah di Unimas, masing masing mencari madu' dan set up halaqah. Dalam usaha ini, terasa manisnya ukhwah bersama ikhwah ikhwah. Kehangatan iman dan dakwah dirasa bersama.

Tak terlepas juga dari fitnah dan angkara.

'Antum wahabi sebab solat tak pakai kopiah'.. 'Antum hizbu tahrir, sesat.'..

Kemudian ditampal poster dan risalah disekeliling surau bertujuan untuk melumpuhkan dakwah yang cuba kami bina.

Namun, semua itu sudah berlalu meninggal memori suka dan duka dan sekarang biar AMAL KITA yang berbicara.

Alhamdulillah, setelah lima tahun pelbagai strategi dirangka, dakwah mula subur, ikhwah dan akhawat mula ramai, jangkauan dakwah mula melebar, bukan sahaja di Unimas Samarahan, bahkan ke Kuching, Sibu dan Rajang. Miri juga pernah di jangkaui.

Dan sekarang bersama kafilah dakwah ISMA, dakwah mula masuk ke medan yang lebih luas, mula berjinak jinak dengan aktiviti kemasyarakatan. Dan insya Allah dakwah ini akan terus subur membelah bumi kenyalang ini sehinggalah masuk ke pendalaman pendalaman Sarawak suatu masa nanti insya Allah.

Dan sekarang, salah seorang ikhwah yang berjasa dalam melebar dakwah di bumi kenyalang ini, Akh Aizam mengalami kecederaan parah akibat kemalangan. Beliau terlantar di wad ortopedik Hospital Umum Sarawak. Melihat keadaan beliau sekarang, tak tertahan lagi air mata ini, sedih sangat rasa hati.


Akh Aizam yang tabah menghadapi ujian insya Allah

Beliau juga mempunyai seorang isteri dan dua anak dibawah tanggungan beliau. Musibah demi musibah yang menimpa beliau menyebabkan beliau masih tidak dapat menamatkan pelajarannya.

Beliau juga akan menjalani pembedahan 'Total Hip Replacement'. Kos perbelanjaan dianggarkan RM 6000. Saya mohon bantuan semua terutama yang mengenali maupun tidak mengenali beliau untuk menghulurkan sumbangan.



Wallahua'lam
Abu redha
Kuching



6 comments:

zikri July 23, 2010 at 12:35 PM  

masyaallah ya akhi, ana turut sedih melihat keadaan aizam.

sama2 merasai perit jerih kepayahan berdakwah bersama menjadikan kita tak pernah rasa gentar menghadapai ujian sedikit di dunia ini.

kerana kita terus bersama menjulang kalimah Allah.

hisyam_mujahid July 24, 2010 at 1:23 AM  

kenangan... biarkan ia abadi selamanya.

kita menjadi matang kerana belajar dari semua pengalaman dan kenangan itu...

akhi aizam, mudah2an ALLAh sembuhkan dan mudahkan urusan.

benar2 terharu dengan respon ikhwah akhawat dari serata bumi malaysia.

khairol July 25, 2010 at 8:57 AM  

ISMA dah mengadakan derma kilat untuk akh aizam, boleh cek disini. http://www.ismaweb.net/v4/kempen-derma-kilat-untuk-aktivis-isma-sarawak/

.sYaFiQ. July 26, 2010 at 9:49 PM  

subhanallah akh..banyak pahit manis yg ntum semua lalui dalam dakwah ni..baca blog akh zikri citer pasal KMPK juga..semoga terus tsabat akh

Ibnu_ghazali October 12, 2010 at 3:50 PM  

KmpK dan kenangan-kenangannya..

yang baik dijadikan pegangan, yang buruk ditinggalkan..

ana sangat-sangat berharap agar kami di sini
mendapat ruh yang tidak kurang hebatnya..

walaupun kadang-kadang terasa lelah..

Anonymous April 26, 2015 at 10:47 PM  

Knapa antum bertukar jemaah ke isma? Walhal aku dr hizul laa yg telah membawa antum ke jalan tarbiyah

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP