Bila Jiwa Umar Berbicara

>> Thursday, August 19

Semalam, sewaktu saya 'mabit' di masjid. Seorang Al-Akh datang menemui saya. Akh ini baru menggeluti dunia tarbiyah. Baru sebulan ikut 'halaqah'. Tika itu hanya saya dan dia, yang lain sudah tidur.Lebih kurang jam 2 pagi.

Beliau menceritakan pengalaman silamnya yang menghancurkan. Merokok, bertukar perempuan, 'buat naya' kat orang, tengok video video lucah dan lain lain..

Saya hanya beristighfar dalam hati ketika mendengar beliau berbicara. Semuanya diluahkan dalam nada kesal dan penyesalan yang amat sangat.

" Saya bersyukur, Allah hantar saya ke Unimas, kat sini saya jumpa 'tarbiyah', jumpa kawan kawan yang baik, kalau tak saya pun tak tau saya dah jadi apa"..luah beliau kepada saya.


sekadar gambar hiasan

Saya hanya mendiamkan diri ketika beliau berbicara sambil mengiyakan yang mana perlu.

Hampir dua jam beliau bercerita dan diakhir sesi, saya mengambil alih perbualan.

Serangkai nasihat saya curahkan, penuh harapan dan doa.

" Ya Allah bantulah dia dalam perjuangan untuk merubah dirinya", demikian doa saya dalam tahajud malam itu

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.( Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih )


gambar hiasan; Ikhwah menunaikan solat berjemaah di puncak Santubong
-------------------------------

Pengalaman untuk pengajaran

Dalam dunia tarbiyah ini, ada beberapa karakter manusia begini yang saya jumpa.

Pernah saya mengenali seorang 'akh' yang dulu kerjanya pengedar rokok, bercouple dan suka main 'game'. Setelah disapa tarbiyah, jiwanya berbalik 180 darjah. Beliau termasuk dalam golongan ikhwah yang paling bersemangat men tajmi' dan membina halaqah usrah. Akhirnya beliau berjaya 'set up' satu halaqah yang stabil dan berkembang dengan baik. Bahkan binaannya terus berkembang dan berkembang.

Saya juga pernah mengenali ikhwah 'kaki game', hidupnya hanya untuk game. Setelah berbuka puasa, beliau akan mula main 'game' dan berakhir dekat waktu subuh esoknya. Kemudian tidur dan bangun semula ketika maghrib berkumandang untuk buka puasa dan kemudian meneruskan rutin hariannya.

Bila angin 'tarbiyah' menyapa, berlaku ledakan dalam dirinya, cakera padat game nya dipatahkan, movie dalam komputernya dipadamkan dan di skrin komputernya tertulis "NO GAME NO MOVIE"

Beliau berusaha sekeras tenaga mencari madu', dan akhirnya beliau juga dapat mentarbiyah orang lain menjadi lebih hebat dari dirinya.

Allah berfirman

“Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya.” (Al-An’am : 122)

Kisah yang lain, ada seorang al akh, ingin berpisah dengan couplenya setelah disentuh tarbiyah. Cuma masalahnya adalah 'couple' nya kemungkinan merana atau mungkin boleh bunuh diri.

" Ha, macam mana ni, apa ana nak buat" akh ini bertanya pada saya

Saya bingung, saya tiada pengalaman dalam masalah sebegini.

" Macam ni akh, dia akan call ana, nanti enta cakap dengan dia", dia membuat keputusan tanpa izin saya

Saya memang tidak tahu nak cakap apa, saya beritahu dia yang saya memang tiada pengalaman, bercakap dengan perempuan pun sekali sekala ja, itu pun kalau ada hal yang perlu.

"Tak pa, enta cakap ja"

Saya gagahkan diri menjawab panggilan. Sekelumit nasihat saya sampaikan dengan harapan ada perubahan

Saya tidak tahu, apa kesudahan perempuan itu, tetapi alhamdulillah mereka berpisah dan diselamatkan dari terus melakukan maksiat.

Dan sejarah pun berulang...

Anak anak halaqah saya yang baru ditarbiyah kembali bertanyakan benda yang sama.

Macam mana nak 'break' couple?
Macam mana nak 'stop' rokok?
Apa batas pergaulan dengan perempuan?, melawak sekali sekala dengan diorang tak boleh ke?
Movie, setakat mana boleh tengok?..susahnya nak tinggal..

Dan saya menjawab dengan pengalaman saya dan saya yakin ketika 'jahiliyah' berlalu pergi dari diri mereka, kebenaran akan datang menghiasi mereka dan ketika itulah lonjakan amal akan terlihat dari perlakuan mereka

Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. (QS. Al-Isra`: 81)

Jiwa jiwa inilah saya istilah dengan jiwa UMAR kerana karakter mereka persis seperti UMAR yang dikenali dalam sejarah sebagai pemuda kebanggaan Islam.

Wallhua'lam
Abu Redha

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP