Pemuda: Sejarah dan Peranan

>> Saturday, September 25




Pemuda merupakan aset penting dalam Islam. Sejarah mencatatkan bahawa kegemilangan Islam bermula dari tangan generasi muda yang memperjuangkan Islam.

Sejarah mengukirkan tentang 'awwalun dakwah', generasi pertama dakwah Islam yang menjadi asas kepada terbangunnya sebuah bangunan Islam yang gah terbina dari tangan pemuda.

Rasulullah SAW. saat diberikan wahyu pengangkatannya sebagai rasul, baginda berumur 40 tahun, usia sempurnanya seorang pemuda. Abu Bakar As-Sidq pula tiga tahun lebih muda dari baginda. Umar bin Khatab, ketika masuk Islam, umurnya baru 27 tahun, manakala Uthman bin Affan lebih muda usianya dari nabi SAW dan Ali bin Abi Talib paling muda usianya dibanding dengan yang lain. Demikian pula sahabat yang lain seperti Abdullah bin Masud, Said bin Zaid, Abdur Rahman bin Auf, Bilal bin Rabbah, Musab bin Umair dan puluhan sahabat lainnya, bahkan ratusan yang lain…semuanya adalah PEMUDA (rujukan 1).

Bahkan, sejarah lampau sebelum diutusnya Muhammad SAW juga menunjukkan ‘jagoan jagoan’ pemuda dalam mendukung risalah. ‘Ashabul Kahfi’, para pemuda yg diberi taufik dan ilham oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga mereka beriman dan mengenal Rabb mereka

Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk (Al-Kahfi 18:13)

Para nabi juga diutuskan dikalangan pemuda.

“ Mereka berkata bahawa kami mendengar seorang PEMUDA sedang memberi peringatan kepada mereka, di mana beliau dipanggil Ibrahim” (Al-Anbiya’ 21:60)

..dan kami berikan hikmah kepadanya (Yahya) selagi dia masih kanak kanak” (Maryam 19: 12)



Sultan Muhamad Al-Fateh, saat membuka kota Rom, berumur sekitar 20-an, begitu juga Salahudin Al-Ayubi saat membuka Palestin. Begitu juga dengan Syam, Mesir, Tripolo, Damsyik dan Maghribi, semuanya tunduk ditangan pemuda Islam. Islam telah tersebar hampir 2/3 dunia meliputi Sepanyol yang terletak di Barat Eropah, sebahagian besar India, Turkistan dan sempadan China di Timur.

Sehinggakan seorang khalifah ' Harun Ar-Rasyid' berkata kepada awan

" Turunlah di mana sahaja kamu mahu, sesungguhnya hasil keluaranmu akan kembali kepada kami"

Kemudian sejarah menyaksikan kebangkitan seorang pemuda bernama Hasan Al Bana yang mengasaskan Ikhwanul Muslimin yang kini menjadi gerakan terbesar abad ini. ketika mengasaskannya, beliau baru berusia 24 tahun (rujukan 2)..Subhanallah.



Hasan Al Bana, barisan ke-2 dari hadapan, 3 dari kiri


Dalam menyingkapi sejarah kebangkitan Islam melalui tangan pemuda, Hasan Al Bana mengungkapkan:

“Oleh karena itu, sejak dulu hingga sekarang pemuda merupakan tunggak kebangkitan. Dalam setiap kebangkitan, pemuda adalah rahsia kekuatannya. Dalam setiap fikrah, pemuda adalah pengibar panji-panjinya” (Hasan Al Bana)

Wahai pemuda, Mahasiswa dan Mahasiswi!

Sedarlah potensi yang ada dalam diri kita. Hiduplah sebagai sosok pemuda yang sebenar, bukan pemuda mahasiswa ‘keanak anakan’. Sungguh tidak dapat diterima akal sihat, pemuda sekarang, tambahan lagi sebagai mahasiswa/wi hanya ghairah menonton kartun kartun ‘naruto’, ‘bleech’, ‘sin—chan’ dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, mereka sibuk pula dengan ‘game-game’ computer. Tambahan dengan kecanggihan teknologi sekarang, mereka sibuk pula melayan ‘game-game facebook’, ‘chating’ dari malam sampai ke subuh. Tidak puas lagi, pemuda pemudi sekarang mula mencari pasangan, kemudian bercinta di ‘Jambatan Cinta’ tanpa ada sebarang ikatan yang sah. Itulah PEMUDA sekarang…

Melihat fenomena ini, Rasulullah SAW pernah mengingatkan kepada pemuda pemuda dari kalangan sahabatnya

“ Sesungguhnya Allah benar benar kagum pada pemuda yang tak mengalami masa kanak kanak (iaitu tidak cenderung pada permainan kesenangan serta tekun beribadah sejak kecil” (HR Imam Ahmad dan Abu Ya’la)

“Ada tujuh golongan yang Allah akan menaungi mereka pada hari dimana tidak ada nanungan kecuali naungan-Nya..dan diantaranya ialah: “ Pemuda yang tumbuh dalam suasana beribadah kepada Allah”. (HR Imam Bukhari dan Muslim)

ISMA Sarawak Menawan Santubong

Wahai pemuda!

Dalam membangunkan potensi diri kita, ada musuh yang perlu diwaspadai. Kekuatan kekuatan jahat yang saling bergerak bersama untuk menghapuskan potensi yang ada dalam diri pemuda. Masing masing kekuatan musuh ini punya kekuatan tersendiri dalam merusak generasi Islam. Mereka menguasai media massa, teknologi, dan sebagainya. Dengan itu, kita lihat begitu mudah generasi Islam terperangkap. Sebahagian contoh contohnya telah saya sebutkan sebelum ini.

Maka dalam keadaan demikian, maka satu keperluan bagi pemuda Islam sekarang mengetahui lebih jauh tentang konspirasi musuh dan sarana musuh dalam merosakkan generasi pemuda Islam…sehingga kemudiannya mereka memiliki kefahaman (al-fahmu) yang benar, kemudian mencetuskan kesedaran (at-tau’iyah) dalam diri, bersiap sedia (al I’dad) menghadapai rencana musuh dan seterusnya membangunkan kekuatan (at-takwin). Maka ketika itu, segala konspirasi jahat musuh musuh Islam akan dipatahkan satu persatu oleh generasi PEMUDA.

Wahai Pemuda!

Bangkitlah!!, kita adalah harapan pada umat.

Wallahua’lam.

Abu Redha

Rujukan

1 Dr Abdullah Nasih Ulwan, Aktivis Islam Menghadapi Tantangan Global
2 Hasan Al-Bana, Muzakkirat Da’wah wa Daiyah (Memoar Hasan Al Bana).

1 comments:

.sYaFiQ. September 27, 2010 at 7:07 AM  

ayuh bangkit wahai pemuda!!
terasa semangat lak..
jom manfaatkan usia muda terutamanya kami yang masih bujang..
hehe

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP