MAIWP Perlu Jawab laporan Audit Negara

>> Thursday, October 28


Merujuk kepada berita Malaysiakini.com

Terkilan dengan kenyataan laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara. Apakah benar MAIWP bertindak demikian? atau hanya khabar angin untuk menjatuhkan MAIWP? atau bagaimana?

MAIWP perlu jawab segera!
Integriti anda dipersoalkan!

teruskan membaca...

Sajak Perjuangan Buat Saudara

>> Tuesday, October 12


Oh! Saudara

Sekadar renungan kita bersama
Sebuah realiti membawa bahagia
Bersama kafilah dakwah merentas masa
Bersatu bersama demi sebuah cita

Pandanglah dan renungkan bersama

Manusia dinilai dari iman dan amalnya
Dilihat juga dari kerjanya
Bukan hanya dari hasilnya semata

Betapa kini ku sedar
Islam bukan hanya retorik ibadah semata
Tetapi sebuah 'menara' yang punya jasa
Perlu ditegakkan demi manfaat bersama

Oh! Saudara

Marilah berjabat mesra
Jalan ini jalan kita
Penat lelah suka dan duka
Kita redah bersama

Sebuah kebanggaan buat saudara saudara
Berjuang demi sebuah cita
Melihat Islam kembali menjulang dunia

Hanya satu kata bekal bicara
ISTIQAMAH
Itu bekal kita

Salam Perjuangan

Abu Redha
Sarawak

teruskan membaca...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP