Kenapa perlu ada JAMAAH JAMAAH, Islam kan satu?

>> Thursday, November 25




Kenapa perlu berjamaah dalam Islam, ada PAS, JIM, ABIM, IKRAM , ISMA dan lain lain? Itulah sebabnya Islam berpecah. Islam ni satu ja, ISLAM!

Lontaran provokasi yang cuba dimainkan oleh seorang ustaz.

Beliau menyambung dengan nada yang sedikit meninggi

Islam jadi berpecah bila ada jamaah jamaah ni, masing masing nak tunjukkan kehebatan masing masing. Sejak bila pula Islam ajar berpecah dan berjamaah macam ni??

Hadirin yang mendengar mula mengiyakan, jika difikirkan sekali imbas, memang ada benarnya. Tetapi kalau didalami, terlalu banyak kekusutannya.

Jamaah (Perkumpulan) dan Tajammu' (Mengumpul)

Jamaah secara bahasa boleh diertikan dengan "sejumlah besar manusia" @ "sekelompok manusia yang berhimpun untuk mencapai tujuan yang sama", berbeza dengan tajammu', tajammu' juga bermaksud sekelompok manusia yang berhimpun tetapi masing masing peserta perhimpunan mempunyai pandangan dan prinsip masing masing dan tidak didasari dengan rencana dan matlamat yang jelas.

Sebahagian orang (seperti kisah ustaz diatas) berpandangan bahawa dalam Islam tidak perlu berjamaah, hanya perlu tajammu' (mengumpulkan), seperti mengumpulkan manusia dalam pengajian pengajian umum dan diberi kefahaman Islam tanpa perlu ada perencanaan yang jelas, dan tanpa perlu ada misi dan visi sebuah gerakan.


Ceramah atau pengajian umum seperti dalam gambar diatas memang menimbulkan kesedaran kepada pendengar. Namun, Islam menuntut lebih dari itu, Islam meminta tenaga tenaga mereka diatur sebaiknya untuk mengembangkan Islam. Dan itu hanya dapat dilakukan melalui sebuah organisasi (jamaah)

Projek Amal Islami

Bila berbicara tentang Islam, kita bukan hanya berbicara dari sudut ritual ibadah semata. Bukan hanya aspek solat 5 waktu, puasa, zakat, haji..full stop

Bila berbicara tentang Islam, seharusnya kita berbicara dalam skop yang lebih luas

Projek Amal Islami

Tak pernah dengar?

Ya, itulah Islam. Rasulullah SAW telah menunjukkan akan hakikat Islam ini lama dahulu. Beliau berbicara tentang Islam dan projek Islam dalam semua aspek kehidupan

Ibadah, Keluarga, Politik, Ekonomi, Pemerintahan, Peperangan, Khalifah, dan lain lain

Rasulullah SAW mengatur dan membuat perencanaan tentang strategi dakwahnya. Hasilnya, Madinah berjaya ditakluki hasil perancangan Rasullah saw dan para sahabat r.a menghantar Musa'b ibn Umair ke Madinah, Yaman dibawah pimpinan Muadz ibn Jabal dan Habsyah dibawah pimpinan Jaafar bin Abi Talib. Perancangan demi perancangan, akhirnya Islam berjaya melebarkan sayapnya menakluki beberapa buah negara dunia dan ketika kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam berjumlah lebih kurang 124,000

Nah, mana mungkin semua ini dilakukan hanya dengan 'tajammu' tanpa adanya 'Jemaah'!

Kalau kita beranggapan Islam hanya mencakup aspek 'ibadah' ritual semata. Berserban, berjubah, solat, puasa, dan yang lain lain yang mencakup takrifan individu,

Ya, memadai hanya dengan tajammu' untuk menegakkannya tetapi seandainya kita memahami Islam dengan pengertian sebenar, maka kita akan katakan hanya 'Jamaah' yang mampu menjayakannya bukan 'tajammu'

Kaedah Feqah mengajarkan

“sesuatu yang tak sempurna sesuatu yang wajib tanpanya maka hukumnya juga adalah wajib"

Sekiranya, orang kafir sahaja 'terancang' dan saling bantu membantu dalam perancangan mereka menghancurkan Islam, apakah umat Islam tidak perlu bersatu dan merancang?

Adapun orang-orang yang kafir, sebagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. jika kamu (hai Para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, niscaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerusakan yang besar”. (Al-Anfal:73)


Gambar: Akh Mambi sedang menyampaikan taujihat di Rehlah I-Medik ISMA Sarawak di Gunung Serapi

Belajar dari da'i Salafu Saleh, Menjadi Rajul 'Amah

Imam Ahmad bin Hanbal dikagumi kerana sifat 'leadership' yang dimilikinya. Beliau memimpin satu jamaah umat Islam

Seorang ahli zuhud yang masyhur, Bisyru bin al-Haris al-Hafi Rahimahullah mendapati ada tiga sifat istimewa yang terdapat pada Imam Ahmad bin Hanbal. Dengan sifat-sifat ini, Imam Ahmad dianggap melebihinya berbanding dirinya. Salah satu daripada sifat-sifat istimewa itu ialah; "...beliau merupakan imam orang ramai..” (Imam Al Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin)

Para ilmuan rijal (hadis) menyifatkan Imam Al-Auza’i pula sebagai rajul ‘ammah –orang yang bersama orang ramai

Demikian juga seorang ahli hadis, faqih dan thiqah yang lain iaitu Abu Ishak al-Fazari. Ulama rijal berkata: “Dia adalah seorang rajul ammah. Dia telah mendidik penduduk-penduduk di sempadan Islam di tanah tinggi Syam dan semenanjung yang mengadap ke Rom. Beliau mengajar mereka tentang sunnah dan cara hidup Rasulullah S.A.W., menyuruh manusia kepada
kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran

Demikian juga Khalid bin Abdullah al-Wasiti, salah seorang ahli hadis yang thiqah dan merupakan salah seorang dari guru-guru Imam al-Bukhari. Dia diifatkan sebagai rajul ammah (Ibnu Hajar dalam Tahzib al-Tahzib )

Pengenalan-pengenalan kepada rijal di atas menjelaskan bahawa mereka semua adalah da’i yang mengajar manusia. Ilmu mereka tidak meletakkan mereka hanya di dalam bilik-bilik. Mereka turun ke medan, memimpin masyarakat membuat pendirian dan sikap politik.

Para ulama’ sejak dahulu sentiasa menubuhkan jamaah-jamaah dan mencari sahabat-sahabat mereka untuk sama-sama melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar (Ahmad Ar-Rasyid dalam Al-Munthalaq


Konsep berjamaah dari Al-Quran, Hadis dan Athar

Amal jama’ie dan gerakan berjamaah merupakan perkara yang dipusakai dari Nabi-nabi a.s. Firman Allah:


“Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata".” (Yusuf 12:108)


“Berapa banyaknya nabi yang berperang bersamanya kaum (Al-Ribbiyyun) yang banyak.” (3:146)

Ibnu al-Qayyim berkata: “Al-ribbiyyun” di sini bermaksud “jamaah jamaah” seperti yang telah disepakati oleh ahli tafsir. Satu pendapat lagi mengatakan ia berasal dari perkataan “al-ribbah” yang bermaksud “jamaah”. Al- Jauhari berpendapat: “Al-ribbi” merupakan kata nama tunggal bagi “alribbiyyun”, iaitu beribu-ribu orang manusia (Ibnu al-Qayyim dalam Miftah Dar al-Sa’adah).

Rasulullah SAW bersabda

“Kalian hendaknya senantiasa bersama jamaah, karena serigala akan menerkam kambing yang tersesat lagi sendirian”. HR Abu Daud

Umar Alkhatab pernah berkata

"..tidak ada Islam kecuali dengan Jamaah, tidak ada jamaah kecuali dengan kepimpinan dan tidak ada kepimpinan kecuali dengan ketaatan" (Ad-Darimi)

Kesimpulan

Mewujudkan kumpulan atau Jamaah untuk membangunkan Islam merupakan contoh terbaik dari salafus saleh. Bahkan dikuatkan lagi dengan contoh sirah baginda rasulullah saw dan juga beberapa ayat dari ayat Al Quran

Sebuah 'bangunan' Islam tidak akan mampu berdiri gah tanpa ada kontraktor yang mahir, juru ukur yang tepat, jurutera yang bijaksana dan pekerja yang cekap.

Islam perlu didirikan dengan perencanaan yang rapi dan tersusun lebih dari hanya membina bangunan, maka adakah cukup hanya ber'tajammu' bukan berjamaah?

Fikirkanlah!

Abu Redha
Sarawak

14 comments:

Syaheera My (Qolbi) November 26, 2010 at 2:05 PM  

Bernas!
Ana sepakat.
Jzkk ats pencerahan.

hisyam_mujahid November 26, 2010 at 6:44 PM  

untuk yang mengatakan kita menyeru kepada hizbiyyah, katakan kepada mereka:

rasulullah pada zaman baginda mendakwahkah masyarakat kafir kepada islam. justeru apakah mungkin wujud pelbagai jemaah yang didasari oleh perbedaan pendapat? malah jika ada perselisihan ia boleh terus dirujuk kepada baginda.

adapun dakwah pada zaman kini kita menyeru masyarakat yang telah sedia islam tapi mengamalkannya dengan kefahaman yang separa, kepada islam sebagaimana yang difahami dan diamalkan pada zaman rasulullah dan salafus soleh selepasnya.

lalu ada yang merasakan dakwah yang terbaik ialah dengan menekankan masalah aqidah dan menghidupkan sunnah, ada yang meyakini usaha penegakan khilafah secara drastik, ada pula yang meyakini dakwah dengan menghidupkan biah yang baik dan melatih diri melazimi islam dengan keluar selama sekian sekian hari.

adapun kita pula meyakini kepentingan usrah/halaqah sebagai nukleus dakwah ini. masing-masing semuanya berpegang dengan dalil yang kuat dan nas yang jelas.

adapun mereka yang katanya tidak menyeru kepada hizbiyah seperti dalam artikel di atas, sebenarnya juga menyeru kepada hizbiyah kerana hanya sering menyalahkan orang lain yang tidak sependapat dengan mereka. lebih ekstrim ada yang malah menyesatkan kelompok lain.

sejak dahulu lagi manusia berbeda pendapat dan berpecah tapi dalam ruang lingkup yang dibenarkan, dengan wujudnya kepelbagaian mazhab tanpa ada yang menyalahkan antara satu dengan yang lain, melainkan mereka yang terlalu taasub dengan pendapat sendiri.

wallahu a'lam.

Anonymous November 30, 2010 at 1:32 PM  

soalnya bukan soal ada jemaah ke tak, soalnya kenapa suka berpecah?

Kenapa ISMA nak gaduh ngan IKRAM? kenapa IKRAM nak hantar agents sana sini dan tak berlaku jujur? kenapa ada ustaz tu dulu tahlah PPMM cuba utk compete ngan PMRAM di mesir pastu skang tubuhkan ISMA mesir dgn gaya yang sama? byk lagi soklan2nye.

Ana harap pikiran kita tak tipikal. Tulisan anta ni hanya copy&paste kepada tulisan2 atau pikiran2 yng sudah sedia ada dan tidak menjawab persoalan utama. Berlaku kritis. Masalah utama skang adalah perpecahan yg berlaku yg mungkin anta sendiri tak sedar

NB berdesing dah dgr telinga ini mendengar ustaz-ustaz ISMA kutuk IKRAM, IKRAM kutuk ISMA, org IKRAM masuk PAS utk kutuk pimpinan ulama dan sbgnyer. Mungkin anta ni baru lagi. Pastu mereka ni lah yg paling malas belajar agama sebab Hasan Al-Banna (cikgu pertanian), Syed Qutb (ahli bahasa), Fathi yakan, dan lain2 yg bukan ulama sudah cukup bagi mereka utk jadi rujukan. Ulama2 dalam ikhwan atau bekas ikhwan spt Muhammad Al-Ghazali, Ramadhan Al-Buti, Abdul Karim zaidan dan sayyid sabiq tidaklah diketengahkan sgt buku2 mereka. Very sad.

asma' November 30, 2010 at 2:12 PM  

salam ukhwah..

rasanya persoalan utama telahpun dijawab penulis,iaitu mengapa perlu wujud jamaah-jamaah. bukan seperti yg saudara/ri anonymous fikirkan. mungkin boleh dibuka tajuk yang baru seperti..mengapa ada jamaah-jamaah yang kutuk mengutuk antara satu sama lain..
wallahualam

pena mujahid November 30, 2010 at 11:57 PM  

Terima Kasih, saya menjawab persoalan orang yang tak suka berjemaah dan hanya mahu bergerak sendirian

Tiada kena mengena IKRAM, ISMA dan lain lain yang tak berkaitan. Saya menjawab permasalahan yang berlaku di tempat saya, dan permasalahan itu bukannya permasalahan IKRAM dan ISMA, permasalahan sebahagian 'orang pondok' yang tak suka berorganisasi..

Jangan cepat melenting sebelum memahami. jangan cepat emosional sebelum mengerti..kelak membinasi diri

paley December 2, 2010 at 5:30 PM  

salam,

ntahpape la...amal dakwah tak setara mana pun. punyala ramai orang islam yang murtad, kufur, syirik, fasiq etc kat luar sana. para da'i islam dok bertelingkah pasal jemaah. apakah kita dah takde keje? atau takde bende yg lebih penting untuk diselesaikan?

apapun ana setuju dengan artikel di atas tentang org2 yg taknak berjemaah ni. nak jadi kambing lone ranger kot. termasuk juga mereka yang mengambil jalan yang tak sesuai dengan sirah Rasulullah saw.

cuma apa yang ana nampak adalah perpecahan yang berlaku di kalangan jemaah yang mengadaptasi benda yang sama, mengclaim bahawa mereka ikhwan, tetapi dalam masa yang sama tak mahu berada dalam barisan saf yang sama. pelik tapi itulah realiti yang berlaku.

cukuplah bagiku tiada seorangpun punya celah untuk menuntut dariku di akhirat kelak. allahua'lam.

mujahid umar mokhtar December 6, 2010 at 4:39 AM  

jalan kita berbeza, namun destinasinya sama..moga berjumpa disana kelak...kita seru kpd Islam dan bukan jamaah kan? =)

pena mujahid December 6, 2010 at 11:27 AM  

Kaedah dalam Surah Yusof 12: 108

Al Islamiyah Qabla Jam'iyah..Ajak kepada Islam sebelum Jamaah. Jamaah hanya wasilah untuk menyumpurnakan cita cita Islam, tanpa adanya jamaah, tak mungkin cita cita ini tercapai..

http://hafidzyusoff.blogspot.com/2010/03/tadabbur-surah-yusuf-12-ayat-108.html

Penyoal December 21, 2010 at 5:18 PM  

Saudara penulis, bagaimana pula yang terlibat ber'jemaah' ni disebabkan tiada jemaah lain di kwsnnya...Dia hanya mendapati Jemaah A shj di tempatnya..bahkan dia agk kurang sehaluan dgn Jemaah A itu td... sehinggakan dia merasakan kalau ada jemaah lain di tempatnya cth Jemaah B dan C..dia akan "tengok" dulu keserasian jemaah tersebut dgn dirinya @ fikrahnya..kalau serasi..dia mungkin akan tinggalkan Jemaah A yg dia ikuti sblum itu.
Bila ditanya, "Kenapa ikut jemaah A?" Jwpnnya: sekurang2nya dpt mendekatkan diri kpd Allah..

Persoalannya, bolehkah "jemaah" ni diguna SEMATA-MATA 'pakai buang' utk tujuan dekat kpd Allah? Sebab tiada "jemaah" lain..so, masuk je lah mane yg ade...kalau dah ade jemaah yg lebih memuaskan hatinya..maka, yg lama akan ditinggalkan...
Mohon pandangan antum..

pena mujahid December 22, 2010 at 12:47 PM  

Maaf, saya rasa yang sebetulnya, bukan 'pakai buang' tapi 'mencari yang terbaik'..

Hasan Al Bana, sebelum menubuhkan ikhwan telah menyertai beberapa kumpulan tarikat, akhirnya beliau melihat, tarikat bukan menggambarkan islam yang sebenar, beliau keluar dan mendirikan IM yang lebih syumul (boleh rujuk muzakkirat dakwah wa daiyah)

Yusof Qardhawi, juga keluar dari jemaah dia yang sebelum ini dan mnyertai IM (boleh rujuk kenanganku bersama IM)

Beberapa pemimpin tarikat dan juga salafi yang terkesan denggan dakwah Al Bana juga meninggalkan jemaah mereka dan menyertai IM (boleh rujuk memoar hasan Al Bana-muzakkirat dakwah wa dai'yah)

Zainab Al Ghazali bersama pengikutnya membubarkan jamaah beliau dan menyertai IM kerana keyakinan mereka pada IM

Kenapa?

Kerana mereka mencari yang terbaik dalam hidup, mencari jamaah yang mereka rasakan lebih mendekati Islam dan mereka berjuang habis habisan untuk menegakkan Islam dalamnya.

Sekiranya situasi diatas berlaku, perkara yang perlu dimuhasabah adalah

1. Pelaku- Adakah beliau keluar dari Jamaah asalnya sebab 'suka suka' atau ada sebab lain yang lebih kukuh seperti fikrah dan cara kerja jamaah b/c yang diyakininya lebih dekat kepada cara Islam. Sekiranya, hanya suka suka-memang salah beliau-

2. Pimpinan Jamaah- Menanyakan sebab sebenar pelaku, kenapa meninggalkan jamaah, dan kemudiannya mengambil langkah langkah berkesan untuk menanganinya supaya tragedi ini tidak berulang kembali, sekiranya menyangkut tentang fikrah-maka perlu diperjelaskan semula kepada pengikut pengikut yang lain supaya benar benar memehami fikrah yang cuba dibawa..

Wallahua'lam
hanya sekadar pandangan orang biasa

Anonymous October 28, 2011 at 7:26 PM  

salaam. bagi ana,x payah nak paksa org 'berjemaah' . datangkan sialm dulu baru jemaah. kalo x faham islam,macamana nak tahu perjuangan dlm jemaah tu. ingat,tanzim kita berbeza,tapi perjuangan kita sama. kita ni bukan memperjuangkan jemaah,tapi kita memperjuangkan tauhid dan iman.wallahu'alam. =D ukhti sarah

Anonymous October 28, 2011 at 7:29 PM  

*datangkan islam dulu baru jemaah

Anonymous October 28, 2011 at 7:33 PM  

wasilah(jemaah) menuju ghoyah(Allah)

NurAin Salamah March 1, 2013 at 9:56 PM  

Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Khilafah Islam Akhir Zaman

Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

Kami mengundang Anda Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
Bukan Menjadi bagian dari Bangsa-bangsa berdasarkan Daerah

Kunjungi Undangan kami Kehadiran anda kami tunggu di
di http://dimelayu.co.nu

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP