10 Tips Pena Mujahid

>> Friday, December 31


Halaqah ataupun biasanya dikenali sebagai usrah adalah nadi dalam sesebuah Jamaah/Organisasi dakwah. Halaqah adalah salah satu medan tarbiyah, juga 'alat' yang menghubungkan Jundi (ahli) dan Qiyadah (pimpinan). Maka, halaqah yang baik akan menatijahkan suatu amal yang baik, melahirkan INDIVIDU Muslim yang soleh dan seterusnya memacu pertumbuhan sebuah masyarakat yang islamik.

Berikut 10 'tips' untuk menjadikan halaqah anda BEST dan MUNTIJAH (success)
  1. Murabbi dan mutarabbi hadir dalam keadaan bersedia ILMU, RUHI dan FIZIKAL. Murabbi datang dengan niat membimbing mutarabbinya dan mutarabbi datang dalam keadaan bersiap sedia untuk dibimbing (bukan sebab dipaksa)
  2. Persiapan murabbi amat penting. JANGAN terlalu bergantung pada buku semata. Murabbi haruslah kreatif menyampaikan taujihat dengan melihat perkembangan semasa
  3. Suasa halaqah didominasi oleh SEGMEN RUHI, bukan suasana 'akademik'/ 'thaqafah' dan bukan juga perbincangan organisasi semata mata. Murabbi perlu memberi perhatian dan bimbingan dalam 'FIQH DAKWAH' bukan 'fiqh ulamak'
  4. Isu isu semasa yang PENTING sahaja diperbincangkan. Kalau tak dikawal selia dengan baik, segmen ini boleh jadi 'melalut' dan memakan masa halaqah
  5. Perbincangan tentang 'reporting' dakwah. Murabbi haruslah mengambil berat akan kerja dakwah mutarabbinya. Mutarabbi pula perlu merasa bertanggungjawab untuk melaporkan kerja dakwahnya dan mencari jalan penyelesaian sekiranya terdapat masaalah
  6. Perkongsian masalah. Mutarabbi haruslah bersedia untuk berkongsi masalah peribadi dengan murabbinya dan peserta halaqah yang lain. Dari sini akan lahir bibit bibit ukhwah yang kuat.
  7. Adab berhalaqah. Mutarabbi harus menghormati murabbinya dalam batas sepatutnya. Tidak memotong cakap murabbi dan menghormati 'idea' dan pandangan murabbi. Sekiranya mutarabbi ada idea yang lebih baik, boleh diutarakan dan dibincangkan.
  8. 'Mutabaah Amal' perlu dipantau dengan baik, Murabbi haruslah mengambil langkah segera sekiranya melihat mutarabbinya ada masalah dalam sudut ibadah.
  9. Halaqah tidak berlangsung terlalu lama. 5 jam adalah jangka waktu yang MAXIMUM. Sebaiknya 2 atau 3 jam bergantung pada 'level' halaqah tersebut.
  10. Setiap pertemuan dan perbincangan yang berlangsung direkodkan dalam satu buku/fail untuk rujukan akan datang. Sebaiknya setiap halaqah mempunyai fail/buku rekod sendiri
"HALAQAH BENAR BENAR TELAH MERUBAH HIDUP SAYA!!"

Frasa yang pernah saya laungkan dulu hingga kini, dan PASTI anda dan mutarabbi anda akan laungkannya sekiranya anda sukses membawa halaqah

Selamat Berjaya!

Wallahua'lam,
Pena Mujahid

Catatan

Halaqah : Biasa dikenali sebagai usrah. Sebuah kelompok kecil.
Murabbi : 'Naqib' orang yang mengelolakan halaqah atau usrah
Mutarabbi : Peserta halaqah/Usrah

1 comments:

Izzat Zainal December 31, 2010 at 4:23 PM  

salam..
syukran atas perkongsian..moge dkwh makin mantap

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP