Anda adalah anda!!, Nasihat buat Teman

>> Tuesday, December 21


Anda adalah anda!

Anda berhak memilih apa yang anda rasakan terbaik!
Anda berhak menentukan arah hidup anda!
Anda berhak kerana hati dan jiwa adalah milik anda!

Ya, anda adalah anda!!..

Jadilah seekor ikan yang berenang dilautan.
Walau hidup dilautan masin, namun isinya tak pernah masin,
Itulah anda!

Jadilah seperti buah mangga muda,
Dilempar batu untuk diambil isinya,
Ia tidak pernah marah,
Tetap menunjukkan 'siapa' dirinya,
Sebiji MANGGA yang berharga..

Ya, itulah anda!
Anda adalah anda!!!!!

Ketika anda lemah.
Siapa yang anda harapkan?
Jamaah!, ikhwah!, akhawat! murabbi! atau?

Anda adalah anda!,
Harapan hanya pada anda,

Langkahkan diri untuk membina diri!
Tiada yang lain selain Ilahi,
TARBIYAH DZATIYAH
Itulah seni diri.

Ya, anda tetap anda!

Samaada kita bersama atau tidak,
Anda tetap anda,

Tunjukkan siapa anda!
Tunjukkan tarbiyah anda!,
Pengaruhi suasana sekeliling!
Hidupkan medan amal!
Jangan biarkan 'air laut' mempengaruhi!!

Akhir kata

Berjuang! Berjuang! Berjuang!
Hidup ini hanya sekali,
Berikan yang terbaik untuk diri
Dan paling baik untuk 'deen' ini

Kerana apa?

Kerana anda adalah anda!!
Bukan yang lain

Salam Perjuangan!

Abu Redha
Sarawak

2 comments:

zikr December 21, 2010 at 11:16 PM  

teruskan hafidz berpuisi, nampaknya berpuisi adalah bakat terpendam ntum yang tak terserlah ketika di matrik dulu, dah buat master, baru terserlah..

pena mujahid December 22, 2010 at 11:30 AM  

Jazakallah..mudah mudahan isi2 tersirat yang cuba disampaikan melalui puisi difahami kebanyakan orang hendaknya..

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP