Ni filem dakwah??

>> Sunday, December 26

Saya menonton movie trailer " Aku Masih Dara" filem arahan Ahmad Idham dan juga beberapa sesi temuramah dengan pelakon dan pengarah filemnya



"Ia adalah pembongkaran kepada masalah remaja islam zaman sekarang yang makin jauh tersasar daripada landasan sebenar. Filem ini sangat dekat dengan masyarakat kerana ia benar-benar berlaku di Malaysia pada hari ini"..petikan ucapan Ahmad Idham, pengarah filem (sumber)

"Filem ini FILEM DAKWAH, mengisahkan tentang kehidupan remaja, dan remaja akan mudah menerima nasihat terkandung dalamnya kerana sesuai dengan jiwa diorang" ...petikan ucapan yang saya dengar dari 'pemain' filem ini

"Filem ini dikatakan cuba menyelami dunia remaja kini yang terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang kian hari kian membimbangkan. Dikhuatiri jika tidak dibendung secara serius ia akan memusnahkan golongan pelapis yang akan menerajui Negara suatu hari nanti. Disampaikan menerusi genre aksi dilihat lebih mudah diterima oleh golongan sebegini" ..petikan komen filem 'samseng jalanan' arahan Farid Kamil (sumber)

Dengan congakan sifir yang sama dengan filem ini, Ahmad Idham dan sekutunya mengarahkan filem REMPIT yang sempat mencetuskan kontroversi suatu masa dahulu.

Gambar dari filem 'aku masih dara', bersama 'ustaz dari mesir' yang menurut ceritanya, telah menginsafkan mereka

Persoalannya,

Benarkah filem filem ini boleh menyedarkan masyarakat?

Satu Analogi

Ahmad hendak ke masjid, kononnya ingin membersihkan diri. Dalam perjalanan ke masjid, beliau melalui 'Bukit Bintang' dan singgah ke salah sebuah kelab hiburan

Masuk sahaja ke kelab hiburan, beliau bermain judi bersama rakan rakan, melanggan perempuan dan kemudiannya meminum arak.

Tiba tiba, beliau rasa sedikit insaf, dan kemudiannya meneruskan perjalannnya semula ke masjid. Sempat solat dua rakaat, istighfar dan kemudiannya ingin pulang ke rumah.

Dalam perjalanan pulang, teringat semula 'game judi' yang belum dihabiskannya, beliau pun singgah semula ke kelab hiburan dan bermain semula.

Persoalannya, apakah Ahmad benar benar insaf?, atau hanya sekadar melepaskan batuk ditangga?

Berbalik kepada perbincangan utama

Saya tidak pasti, apakah tujuan sebenar filem filem seperti ini dihasilkan, namun saya cuba bersangka baik (walaupun susah sebenarnya)

Andainya tujuan mereka baik, untuk menyedarkan masyarakat, samalah seperti tujuan Ahmad untuk ke masjid tadi. Namun jalan yang dilalui kotor, penuh maksiat sehinggakan beliau terjebak dengannya.

Benar, akhirnya beliau insaf.

TETAPI

Babak kesedaran dalam filem hanya berlaku beberapa minit terakhir setelah melalui berbagai babak maksiat yang lain.

Apa yang penonton dapat,

'Lakonan keinsafan' yang hanya dimainkan beberapa minit terakhir atau 'lakonan penuh maksiat; yang dimainkan sebagai adegan utama filem tersebut?

Akhirnya,

Orang akan teringat adegan adegan 'lucah', 'gangster', 'rempit, angkat tayar motor', 'mengurat perempuan' 'berpelukan atas katil', 'ayat ayat lucah' dan pelbagai lagi perkara jijik lain

Tak ubah seperti Ahmad yang sempat insaf, tetapi kemudiannya teringatkan maksiat yang pernah dibuatnya. Dan kerana ketagih, beliau kembali dengan maksiat.

Apa yang diharapkan dari filem ini?

Penonton keluar panggung wayang dan kemudiannya mencari 'ustaz mesir' untuk membimbing mereka atau mengajak 'teman' nya ke hotel untuk memadu asmara kerana teringatkan adegan dalam filem tersebut atau meniru aksi 'Farid Kamil' membonceng motosikal sambil menukar posisi dengan aweknya!!

Bagaimana pula dengan anak anak kecil yang menonton?, Insafkah mereka atau mereka hanya akan meniru aksi aksi ganas dan seks dalam filem???

HENTIKAN SEBELUM PARAH!!!

Pengajaran dari Al- Quran

Firman Allah Subahhanahu Wa Taa'la

Dan janganlah kamu mencampuradukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah sembunyikan yang hak itu, sedangkan kamu mengetahui (al-Baqarah 2:42 )

Kebenaran perlu diikuti dengan kebenaran. Andai tujuannya baik, maka jalan yang dilalui juga harus baik.

Syaitan juga bijak mempengaruhi manusia, Terkadang perkara buruk (seperti di atas) dinampakkan baik kepada manusia sehingga manusia terikut dan memberi pujian kepada perkara buruk tersebut

Kemudian syaitan membisikkan (fikiran jahat) kepadanya, dengan berkata, “Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon keabadian (khuldi) dan kerajaan yang tidak akan binasa?” (Taha 20:120)

Dalam ayat ini dijelaskan bagaimana syaitan memperdayakan nabi Adam a.s dengan menutup kebatilan (larangan Allah untuk makan buah dari pohon khuldi) dengan kebaikan. Dia memperdayakan lagi..

“Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya, “Sesungguhnya aku ini benar-benar termasuk para penasihatmu. (Al A'raf 7: 21)”

Penyudah bicara,

Saya menyeru kepada semua supaya jangan terpedaya dengan 'taktik kotor' yang dimainkan oleh syaitan dan sekutu sekutunya ini. Mereka menampakkan seolah filem filem ini adalah filem dakwah tetapi natijah disebaliknya adalah KEHANCURAN.

Wahai orang melayu!

Berfikirlah sebelum menerima!!

Abu Redha
Sarawak

2 comments:

izzat December 28, 2010 at 10:32 AM  

salam..
ana setuju dgn enta akhi berkenaan ulasan di atas..

Amin Baek December 30, 2010 at 5:59 PM  

salam ziarah..

juga setuju..mcm2 filem,rempit,evolusi drift,tah apa jadah lg,dihebahkan untuk memberi keinsafan dan sbgainya..

tp akhirnya,perkara sebegitu la yg makin bertambah..anak muda dibasuh minda mereka,"owh..inilah melayu rupanya"..huhu.

nauzubillah..moga Allah memberi hidayah dan rahmatNya kepada kita semua serta kesempatan utk taubat..amiin

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP