Bila manusia jadi binatang!

>> Friday, January 14


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti BINATANG TERNAKAN, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf 7: 179.


Binatang!

Mungkin itu 'kata' yang terbaik untuk menggambarkan perwatakan manusia manusia ini.

Anak dibunuh, dihempas sehingga...

"Mangsa (anak umur 18 bulan) didapati patah tulang peha kanan dikatakan telah dihempas oleh bapanya ke atas tilam di rumah mereka pada Jumaat lalu," katanya ketika dihubungi hari ini. Dzuraidi berkata, lelaki itu pulang ke rumah daripada berniaga dan dikatakan berselisih faham dengan isterinya lalu masuk ke dalam bilik dan mencapai tali pinggang dan memukul peha kanan anaknya dan menghempaskan mangsa ke atas katil" petikan berita

Anak baru 18 bulan

Bayi- (gambar) didera dan dipukul sehingga mati. Tak dapat saya bayangkan jeritan, tangisan, hibaan, rayuan, penderitaan anak kecil ini ketika dipukul.

Nur Dania Qistina Nurafizan

Apa sudah jadi?

Sedangkan binatang tahu kasihkan anak.

Teringat tika kecil dahulu, saya pernah di kejar lembu keliling sawah sebab ibu lembu marahkan saya, kacau anak dia. Sejak itu, saya insaf

Lembu pun tahu sayangkan anak.

Sekadar gambar hiasan

Dunia oh dunia!

Banyak lagi berita berita sedih sebegini.

Putaran Sejarah

Putaran sejarah kembali dengan putarannya. Jahilah 1400 tahun lalu kini berulang. Sama!, memang sama!

Manusia hilang nilai kasih sayang, anak anak dibunuh..ibu sanggup bunuh anak sendiri, bapa apatah lagi! apa bezanya dengan jahiliyah dahulu?

Manusia hilang sifat malu, dulu wanita jahiliyah berpakaian menampakkan dada, apa bezanya wanita sekarang?!.

Sistem riba, ekonomi, penindsasan..semuanya berulang, bahkan mungkin lebih teruk

Kecewa?!.

Apakah Rasulullah SAW kecewa dengan masyarakat jahiliah ketika itu?

Ya, mungkin

Tapi, apakah baginda berputus asa?

TIDAK!TIDAK SAMA SEKALI!

Baginda berusaha, dan terus berusaha membina sekelompok orang yang benar benar mukmin, dan kelompok ini membesar dan terus membesar membenam arus deras jahiliah

Muhammad adalah utusan Allah, dan orang orang yang bersama dengan dia bersikap keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya. Pada wajah mereka tampak tanda tanda bekas sujud....( Al-fath 48: 29)

Peranan Kita?

  1. Berusaha mendalami 'sejarah' sirah baginda rasulullah saw, sebagai teladan dan panduan dalam memikul amanah dakwah. Orang yang tidak mengetahui sejarah, tidak akan mampu mencipta sejarah. Demikian al-quran mengajarkan sejarah lampau untuk panduan generasi kemudian. Sejarah Ashabul kahfi (Al-Kahf 18: 9-26), kisah pemilik kebun anggur yang angkuh (18: 32-42), sejarah Musa a.s dan Khidir a.s (18: 60-82), sejarah Dzulkarnain (18: 83-101), semuanya termaktub dalam Al-Quran sebagai panduan kepada generasi kemudian
  2. "Kami membacakan kepadamu sebahagian dari kisah Musa dan Firaun dengan sebenarnya untuk orang yang beriman (Al Qasas 28: 3)
  3. FOKUS, jangan apabila berlaku satu dua kes bunuh anak, maka kita pun 'sibuk' buat seminar 'kesalahan bunuh anak', begitu juga gejala sosial lain, zina, lesbian gay dan lain lain. Semua masalah yang berlaku adalah 'presenting problem' bukan 'root problem'. Orang yang bijak adalah orang yang membetulkan 'root problem' bukan hanya 'presenting problem'(Saya tidak menafikan usaha orang yang berusaha membanteras 'presenting problem, insya Allah beroleh pahala yang besar)
  4. Tunas dan akar yang tidak elok akan selamanya menghasilkan buah yang tidak elok. Satu buah berjaya dijaga, PASTI akan tumbuh buah yang lain
  5. Dari gejala zina, kemudian buang bayi, kemudian gay dan lesbian, kemudian bunuh anak, kemudian..(boleh tambah sendiri)
  6. 'Root problem' adalah masalah ketidakfahaman remaja akan Islam yang sebenar, meyebabkan mereka membesar dalam lingkungan jahiliyah yang dibawa oleh masyarakat sekeliling. Tugas pendakwah adalah mengeluarkan mereka dari kepompong yang rosak dan menjadikan mereka generasi 'ghuraba' (asing).
  7. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". H.R. Muslim. 'Asing' ialah orang yang tetap mempertahankan keislamannya walaupun masyarakat disekeliling kebanyakannya sudah tidak mahu lagi beramal dengan ajaran Islam yang sebenarnya
Wallahua'lam
Pena Mujahid
Kuching

p/s maaf kalau gaya bahasa terlalu emosi, mungkin sebab saya mempunyai anak (gambar sebelah kanan blog) yang sebaya dengan bayi diatas menyebabkan saya tidak dapat menggambarkan betapa tergamaknya 'binatang' itu menyeksa dan membunuh anak sendiri

3 comments:

zikr January 16, 2011 at 10:18 PM  

alhamdulillah, artikel yang boleh disebarluas utk pelajaran kita semua, betapa umat Islam sudah hilang arah, kembalilah kpd ajaran Islam. Mak bapak di Malaysia perlu sedar betapa pentingny atarbiyah dan dakwah, malangnya ramai yg memandang sinis kpd pendakwah.

nalzarun January 18, 2011 at 8:28 AM  

Sekadar berita terkini...

Pelajar hilang dibunuh kejam

SAMARAHAN 17 Jan. – Seorang remaja yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam hari ini.

Mayatnya ditanam dalam tanah sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang rumah salah seorang suspek di Kampung Sadong Jaya dekat sini, hari ini.

Utusan Malaysia

Nauzubillah... Al-
Fatihah kepada mangsa

Tinta.Muallimah January 18, 2011 at 3:11 PM  

jahiliah hari ini terlebih burok aklhlaknya dari jahiliah zaman nabi.Pada zaman jahiliah bayi2 dibunuh dengan berkubur tetapi hari ini bayi2 dibunuh dan dicampakkan dimerata-rata tempat.

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP