Politik Semasa - Analisa pandang Pena Mujahid

>> Sunday, January 2


Saya kurang berminat hendak mengupas isu politik, dan bukan juga objektif utama blog Pena Mujahid ini dibina.

Tetapi, melihat senario politik semasa yang saya anggap kritikal. Mak ayah, pak cik mak cik, kaum kerabat asyik sibuk bergaduh isu isu remeh temeh, 'anak angkat ' yang tak kena mengena ambil kesempatan (sekadar perumpamaan).

Saya menulis sedikit coretan berkenaan senario dan isu isu politik semasa agar pembaca blog Pena Mujahid ini mempunyai sedikit gambaran politik yang berlaku dewasa ini.

  1. Karpal Singh. Melihat kepada sejarah penglibatan beliau dalam politik. Banyak terdapat 'hidden agenda'. Kenyataan beliau yang putar belit. Sekejap jadi kawan, sekejap jadi lawan. Sekejap 'Anwar harus bertaubat', sekejap 'Anwar pemimpin pilihan'. Pening. Dahulu, dia yang mendedahkan Anwar Ibrahim sebagai 'peliwat', kemudian dia pula yang tukang bela Anwar Ibrahim di Mahkamah. Kenyataan orang sebegini, sangat tidak boleh diterima pakai.
  2. "If you want Islam, over my dead body", ..kenyataan Karpal Singh. Cukup kurang ajar. Dah cukup menunjukkan dia sangat anti pada Islam dan perjuangan PAS. Tiba tiba ada pemimpin Islam cakap "Siapa usik Karpal, langkah mayat ambo dulu"..Terbalik 180 darjah. Orang yang menghentam Islam dibela kerana ada KEUNTUNGAN POLITIK.
  3. Umno pula suka cari isu. Bila 'pakatan lawan' petik ayat al-quran. Dibelasahnya habis habisan. Semua media digunakan. Apa untungnya pada orang Islam?, orang bukan Islam hanya geleng kepala, Islam AGAMA EKSLUSIF kata mereka. Kita TAK BOLEH dekat dengan Islam, nak baca kitab diorang pun tak boleh, kata mereka lagi. Ya, mungkin huraiannya tentang Al-Quran salah, namun ada cara yang lebih baik untuk menegur jika Islam menjadi tujuan bukan politik kepartaian semata.
  4. Teo Ni masuk perkarangan masjid, buat senam aerobik dengan penduduk sekitar. Sekali lagi, dia kena belasah (kata kata bukan fizikal). Memang betul beliau salah. Tapi cara teguran terhadap beliau salah. Beliau seorang individu non muslim yang tak tahu ajaran agama Islam. Cuba berpakaian sebaik mungkin untuk masuk ke masjid. Beliau mengenakan baju yang bersopan (menurut beliau) sewaktu masuk ke masjid dahulu (kes sebelum ini). Salahnya, tak pakai tudung. Dan kali ni, nak senam aerobik, jadi beliau pakai baju sukan (yang mungkin menurut beliau tika itu tak salah), mungkin beliau pun tak pernah terfikir pakaian sukan dia ketat, sebab memang dah jadi 'trend' umum pakaian sukan perempuan ketat
  5. Mungkin juga beliau dah biasa tengok orang Islam dalam tv dan stadium pakai pakaian macam tu waktu senam aerobik. Beliau ambil kesimpulan mudah, 'O.k la kot'. Jangan sebab masjid, maka pakaian ketat jadi salah bagi orang Islam. Islam bukan hanya di Masjid!!. tapi SALAH TETAP SALAH..beliau memang patut diperingatkan
  6. Pemimpin pemimpin Islam baik dari PAS, UMNO maupun KEADILAN kawasan perlu lebih bekerja keras memberi kefahaman Islam kepada pemimpin pemimpin yang bukan Islam supaya tidak berlaku lagi salah faham sebegini yang menyebabkan mereka (bukan Islam) menjadi semakin jauh pada Islam
  7. Menghormati pemimpin adalah salah satu sifat mulia dalam Islam, bahkan sangat digalakkan. 'Taasub' (fanatik) kepada pemimpin, itu yang salah. Ahli maupun pemimpin KEADILAN perlu menghindarkan sifat ini. Kenyataan seperti 'Anwar anugerah Tuhan', harus cuba dielakkan kerana terdapat unsur 'taasub'. Selain itu, KEADILAN perlu memperkasakan pentarbiyahan ahli seperti yang pernah dilakukan Anwar dalam ABIM dulu.
  8. Orang Melayu RAMAI tetapi BERPECAH kerana politik. Hampir tiada isu yang disepakati antara UMNO dan PAS. Bila Umno lancarkan Islam Hadhari, PAS bangkang, lancar 'Hadharah Islamiyah', bila Umno kata 'Ketuanan Melayu', PAS kata 'Ketuanan Islam', Bila PAS nak lancar mata wang Islam (dinar), UMNO bangkang tak mahu. Bukankah baik sekiranya perkara yang melibatkan kebaikan agama dan bangsa ini dibincangkan dan dipersetujui bersama untuk kebaikan Islam
  9. Bangsa lain juga berpecah politik, tetapi dalam perkara yang melibatkan kaum mereka, mereka boleh bersatu. Kongres Ekonomi Cina Malaysia sebulat suara mengeluarkan resolusi 'ekuiti bumiputera 30% perlu dikurangkan secara berperingkat'. Tiada pula DAP membangkang. Pemberian biasiswa kepada bukan bumiputera naik 45% dari 10 % . Melayu cuma dapat kelebihan 5%. Apa istimewa orang Melayu jadi rakyat Malaysia!??. 5 tahun lagi, kalau desakan berterusan, mungkin Melayu 40%, bangsa lain 60%. Sapa tahu!. Kuota pelajar bukan bumiputera ke MRSM (yang asalnya dibina untuk orang melayu) naik dari 0% ke 10% kemudian 30% (untuk MRSM terpilih).
  10. Lupakan politik sempit sementara!, Lihat, apa sudah jadi dengan bangsa Melayu kita. Gejala sosial!, Gay dan lesbian yang mula menular!, Ekonomi Melayu yang jauh mundur!, Gejala buang anak dari kalangan kaum Melayu!, peratus Melayu gagal di universiti! dan banyak lagi.
  11. SEPAKATLAH! sebelum bangsa kita HANCUR menjadi kenangan sejarah disebabkan politik sempit orang Melayu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP