Sejarah Bangsa Terjajah Mengukir Sejarah

>> Friday, January 28


"Manusia yang buta sejarah, tidak bisa mencipta sejarah"

Bagi pencinta agama, bangsa dan tanahair, saya coretkan puisi ini buat tatapan kalian. Sejarah bangsa terjajah yang bangkit mengukir sejarah. Ukiran sejarahnya masih belum sempurna, tetapi bangsa ini terus mengukirnya dan harapan kini terletak di bahu generasi sekarang.

1786 Francis Light mendarat di Pulau Pinang
tanda Tanah Melayu dimasuki pendatang
British menjajah tersangatlah malang
habis kekayaan Tanah Melayu dibawa pulang

Bangkit Tok Janggut, menyeru 'Jihad'
Tok Gajah, Mat Kilau, Dato' Bahaman, menyambut gagah
keris dihunus, agama dijulang
bangkit Melayu, bangsa berjuang

Pasir Puteh menjadi saksi
1915, syahid Tok Janggut demi ibu pertiwi
agama dijulang tinggi, bangsa dihormati
itulah Melayu, bangsa berani

Disember 1941, orang Jepun datang menerjah
10 minggu cukuplah sudah
teruk 'malaya' kena belasah
habis Tanah Melayu dicengkam penjajah

British pula buat tak endah
janji ditabur, tinggal sampah
syahid Leftenan Adnan bersimbah darah
askar Melayu terbilang gagah

Menang Jepun datang menjajah
"Asia untuk Asia", slogan diketengah
konon untuk menghalau penjajah
tapi datang membawa musibah

Hiroshima, Nagasaki menyembah tanah
akhirnya Jepun menyerah kalah
British kembali, kononnya membawa tuah
tanpa sedar, British juga penjajah!

"Malayan Union" untuk Malaya
laungan Sir Edward Gent nusa bergema
Ketuanan Melayu dihakis paksa, Tanah Melayu dijajah semula
langsung dibawah British 'derhaka'

Bangkit Dato' Onn mengibar bendera
tak rela Malaya dijajah semula
'sapa hampa' nak tunjuk 'tera'
kami bangsa mahu merdeka

Hidup Melayu! laungan bergema
seorang anak bangun berbicara
wahai ibu!, wahai bapa!
bagaimana nasib kami semua, bila anda sudah tiada?

Semangat Melayu berkobar gila
akhirnya 'merdeka' dijulang bersama
1957, laungan Tunku bergema, Merdeka! Merdeka !
disambut hadirin penuh makna, tanda kita sudah merdeka

Sampai sini, pena hamba berbicara
hamba bangga jadi anak Malaya
hidup Melayu, slogan hamba
demi AGAMA hamba perjuangkannya

Nukilan oleh

Pena Mujahid

Hak Cipta Terpelihara

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP